2024 Kuala Terengganu Trip With Gediks Family| Part 3
Tempat-tempat menarik di KT juga ada juga kami kunjungi
untuk trip ni. Antaranya adalah muzium Terenganu. Muzium ni adalah request dari
Dak Zafran. Dak Zafran sekarang ni sangat suka pergi ke tempat yang boleh baca
pasal sejarah. Mak pak kenalah sokong minat Dak Zafran sebab benda baik dan tak
beyond kemampuan. Pergi Muzim Terenganu pada hari kedua.
Besar Muzium Terenganu ni. Struktur binaan Muzium Terenganu
penuh dengan ukiran melayu tradisional dan dari binaan kayu. Sangat cantik dan
klasik menjadikan Muzium Terngananu ada banyak port cantik untuk bergambar.
Dalam muzium semestinya menyediakan informasi mengenai sejarah Terengganu untuk
para pengunjung. Dak Zafran memang bacalah semua informasi yang ada di situ.
Next tempat jalan jalan adalah bawa kids main pasir di
Pantai Penarik. Dekat dengan kedai yang kami makan celup tepung tu iaitu Kedai
NL Celup Tepung Bira Pata. Selepas makan di kedai celup tepung ni, bawak kids
main pasir pantai. Haruslah kena ada banyak sedikit aktiviti yang kids suka
buat.
Tempat menarik terakhir adalah Rumah Warisan Haji Su. Rumah
kayu tradisional milik orang kaya dahulu kala yang bernama Haji Su. Setelah
meninggal rumahnya dibeli oleh kerajaan Terengganu dan dijadikan muzium. Rumah
warisan ini sebegini sememangnya sangat penting untuk dipulihara agar generasi
generasi muda boleh lawati untuk kenal dengan seni bina melayu tradisional
zaman silam.
Actually takde dalam itenari pun untuk pergi ke rumah
warisan haji su. Malah tak tahu pun kewujudan rumah ni. Masa on the way nak
balik homestay lepas makan nasi dagang manir ada lalu hadapan rumah warisan ni.
Dengan ada nampak geng bikers tengah melawat rumah warisan ni. Kami apa lagi
singgahlah. Sangat menarik untuk dilawati rumah warisan haji su. Dapat kenal
macam mana rupa rumah golongan pertengahan masa silam.
Inilah semua tempat yang gediks food hunting dan lawat selama tiga hari dua malam. Main Aktiviti yang tak sempat buat time trip ini adalh shopping especially shopping di Pasar Pasang. Tapi sempat je membeli barangan keropok lekor frozen. Next trip InsyaAllah dapat slot in aktiviti shopping di Pasar Payang. Sebab aktitiviti shopping especially di Pasar Payang juga adalah antara wajib dibuat kalau dah sampai Kuala Terengganu.
0 comments:
Post a Comment