2024 Kuala Terengganu Trip With Gediks Family| Part 2

Aktiviti kami buat sepanjang berada di KT mainly food hunting. Tempat makan yang kami pilih untuk food hunting adalah adalah Dapo Fateema. Dapoo Fateema adalah tempat makan ini menyajikan menu breakfast dan hanya ada pada waktu breakfast sahaja. Kami pergi breakfast di situ pada hari kedua di KT. 

Menu yang ada adalah nasi lemak,nasi minyak, telur bakar telor goyang dan banyak lagi. Dan menu yang paling menarik di situ adalah minumannya. Sebab minuman breakfast nya dibuat sangat pekat dan padu dan ada toppig ice cream. Minumannya adalah the peng float, the hijau float dan banyak lagi.

Saya order roti bakat dengan kaya dan telur separuh masak. Minuman pula order teh peng float. Sedap semuanya. Farid order nasi minyak. Nasi minyak pun sedap jugak.

Bila dah kat KT wajibla makan celup tepung dan nasi dagang. Untuk celup tepung, kami pilih makan di area Pantai Penarik Setiu. Di Kedai NL Celup Tepung Bira Pata. Tapi kedai ini di daerah Pemaisuri. Tapi dalam sejam je nak pergi kedai ni dari homestay. Kedai ni terletak di lokasi yang best sebab tepi pantai dan betul-betul menghadap pantai. Sangat cantik dan menarik. Kedai pun besar. Makan di situ dapat lihat permandangan pantai dan merasai tiupan angin pantai.






Main menu kedai ni of course celup tepung. Menu makanan berat iaitu goreng-goreng pun ada banyak jugak. Kami order beberapa set celup tepung dan keropok lekor. Dessert bingsu pun order dua jenis iaitu mango dan strawberry. Untuk drink order coconut shake untuk saya. Semuanya sedap. Tak adalah yang tak sedap.




Untuk nasi dagang, kami makan masa breakfast hari last day. Pilh makan di kedai local di area perkampungan. Last year makan di kedai nasi dagang yang dah viral dan famous iaitu Kedai Nasi Dagang Atas Tol. Untuk trip kali ni, pilih kedai makan yang biasa dan bukan viral tapi rasa tip top. 

Nasi Dagang Manir

Camne boleh tahu rasa tiptop. Sebab kedai ni di cadang oleh kawan mus yang asal dan tinggal di situ. Kedai makan nasi dagang ni adalah kedai Nasi Dagang Manir. Memang sedap nasi dagang kedai ni. Pekat kuah gulainya.Nasi dagang pun lembut je. Itulah semua tempat makan yang kami pilih untuk aktiviti food hunting kami.

Continue reading Part 3 by clicking 2024 Kuala Terengganu Trip With Gediks Family| Part 3

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment