Aqil Zafran 2024 Birthday Celebration at Kampung Boyan, Taiping

Tak lama sangat dah nak masuk tahun baru 2025. Baru sempat nak buat post pasal sambutan hari jadi Dak Zafran untuk tahun ini punya. Hari jadi Zafran tahun ini adalah yang ke sepuluh tahun. Sambut pada raya haji pertama di kampong Boyan. Raya Haji tahun ini adalah pada bulan yang sama dengan bulan kelahiran Dak Zafran iaitu June. 

Sambutan hari jadi ini disambut sekali dengan keluarga belah mertua yang lahir bukan setakat bulan yang sama dengan bulan kelahiran Zafran iaitu June, malah yang lahir pada Mei dan July pun disekalikan dengan sambutan ini jugak. Senang disekalikan macamni sebab bukan senang nak dapat kumpul ramai. Set up tempat potong cake di laman hadapan rumah. Nak buat tema ala garden macamtu.


Birthday cake beli di Harolds. Menu berat birthday merangkap menu raya hari pertama jugak adalah rendang, sambal udang, sambal ikan bilis, nasi lemak, sardin, lemang dan karipak. Most of menu masak sendiri diketuai oleh Kak Ida. Me macam biasa pembantu dapur. Heee.

To Dak Zafran, Happy 10th birthday to you. Semoga sentiasa panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Happy Birthday adik . Moga menjadi anak yang soleh cemerlang dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete