Resipe Waffle dengan blend semua bahan dan confirm tak rasa pahit

Kenapa kat tajuk blog ni saya mention tak rasa pahit? Ada ceritanya dan ceritanya macamni. Masa bercuti di Cameron Highland tahun lepas, pilih untuk menikmati tea dan dessert di salah satu café yang terkenal di CH. Terkenal sebab ada permandangan cantik di keliling café ni. Kalau sebut nama café mesti semua tahu. Taknak sebut café ni sebab ada cerita tentang not so good review café ni.

Tak good review sebabnya salah satu dessert saya order, yang nak makan sambil minum tea dan menikmati permandangan indah ciptaan Allah SWT, tersangatlah tak sedap. Rasa pahit yang amat, even ada makan sekali dengan ice cream yang diletak sebagai topping dessert ni. End up time balik dari café ni saya muntah. Actually dessert ini adalah salah satu dessert kegemaran saya. Dessert ini dalah waffle.

Tak murah ye harga waffle with ice cream topping ni. Café ni famous dan well known. Since sakit hati sebab rasa tak setimpal dengan harga dan berada dalam perut saya sekejap sahaja, terus cari resipe waffle di TT. Sekarang media social yang saya suka buat carian adalah TT.

Actually dari dulu lagi, cari resipe waffle yang mudah. Waffle maker dah ada. Cari resipe mengunakan bahan dapur yang common. Means wajib dan sentiasa ada di dapur. Mak Tapi tak jumpa. Cara saya buat carian salah ke. Kalau jumpa pun mesti kena guna fresh milk. Dapur saya bukan sentiasa ada susu. Lepas tu stop mencari. Saya buat carian di google dan media sosial selain TT. Time cari dulu tak ada akaun TT. 

Lepas insiden muntah tu, saya sambung cari lagi. Kali ini cari di TT pula. Cari punya cari. Jumpa resipe ini sangat senang. Bahan dapur yang kena guna semua common dan saya ada. Tak ada guna fresh milk. Bukan setakat hanya mengunakan bahan yang mudah, malah cuma perlu blend je semua bahan hingga sebati. Saya memang suka resipe tak renyah ni.

Saya cuba buat waffle guna resipe ini dan jadi. Rasa sedap dan dapat texture ranggup di luar dan lembut di dalam. Resipe nya adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan

2 ½ cawan air

2 biji telur

3 cawan tepung gandum

¾ cawan minyak masak

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu baking powder

½ sudu soda bikarbonat

3 sudu besar gula

½ sudu kecil garam


Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit

2. Tuangkan adunan secukupnya menggunakan ke dalam mesin waffle.

3. Tunggu hingga masak

4. Sapu dengan flavor yang disukai atau yang ada di dapurlah. Macam saya sapu dengan chocolate dan peanut butter spread.


Banyak kali minum petang dengan buat waffle. Kimi pun kata sedap. Lepas dah pandai buat waffle sendiri, tak ada sangat dah beli waffle kedai punya. Buat sendiri lagi puas hati sebab tak akan dapat rasa tak sedap macam makan kat café di CH tu.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment