Jana Pendapatan & Bantu Tingkatkan Ekonomi Rakyat Palestin Dengan Bisnes Bersama Al’ard

Kita semua sedia maklum dengan peperangan berlaku di negara Palestin. Peperangan ini berterusan  dan tiada tanda akan berhenti. Peperangan ini telah mengakibatkan kesan kemanusiaan yang amat dasyat kepada rakyat Palestin kerana telah meragut puluhan ribu nyawa, kerosakkan harta benda dan banyak lagi.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam sedaya upaya cuba menghulurkan bantuan semampu yang boleh kepada rakyat Palestin, bagi mengurangkan kesengsaraan mereka. Ada yang menghulurkan bantuan wang. Ada yang tidak putus putus berdoa kepada Allah SWT agar bumi Palestin bebas dari cengkaman kuku besi Israel. 

Ingin kongsikan satu cara untuk membantu rakyat Palestin agar mereka sentiasa ada bekalan untuk menjalani kehidupan di tanah Palestin yang tidak berhenti dibedil oleh rejim Israel. Caranya adalah dengan membeli produk keluaran syarikat Palestin. Syarikat Palestin ini adalah Al’Ard. 

Ini kerana Al’Ard di Malaysia yang bermula dengan sistem ejen, rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestin untuk dijual. Dengan jual produk ini, dapat menjana pendapatan melalui perniagaan, seterusnya turut dapat salurkan dana secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah. Ini mampu membantu meningkatkan ekonomi rakyat Palestine.



Untuk pengetahuan semua, Al’Ard merupakan satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia. Dan bukan itu sahaja, pejabat Al-Ard di Malaysia ini juga, yang lokasinya di Shah Alam, Selangor juga adalah satu-satunya pejabat operasi di luar Palestin.

Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun telah memberi keyakinan kepada Al-Ard untuk menjalankan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.


Itulah sebabnya walaupun produk Al-Ard dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.

Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ juga sedang berlangsung. Sasaran kempen ini adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin.


Sejak permulaan kempen pada awal Disember 2023, sudah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00

Sepanjang berlangsungnya kempen, akan sentiasa iberikan perkembangan dari masa ke masa sehinggalah berjaya capai nilai sasaran kempen ini.


JUAL PRODUK YANG BETUL-BETUL DATANG DARI PALESTIN

Memetik kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


“Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”


“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.





PARTNER AL’ARD

Sebelum ini Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen.

Setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualan dan Sistem Alard Partner diperkenalkan.

Dahulunya proses penjualan dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan, kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam system.

Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:


Kategori 1: Gold Partner

- Margin keuntungan sehingga 40%

- Pembelian Pertama RM3,888.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00


Kategori 2: Silver Partner

- Margin keuntungan sehingga 32%

- Pembelian Pertama RM388.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00


Kategori 3: Bronze Partner

- Margin keuntungan sehingga 20%

- Pembelian Pertama RM188.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00


Sales Kit

Al’Ard juga turut menawarkan Sales Kit/Marketing Support seperti:

- Channel Telegram Konten

- Gambar/Poster/Video

- Flyers Product

- T-Shirt Al’Ard

- Bunting

- Promotion Stand

- Non-Woven Bag

- Web Listing


Jika berminat untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard yang boleh bantu jana pendapatan kita dan bantu ekonomi rakyat Palestine, boleh hubungi di

Lamanweb: www.partneralard.com atau

nombor whatsapp: https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard


Share this:

CONVERSATION

1 comments: