2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 2

Selepas sukaneka, barulah start aktiviti luar chalet. 

Mula dengan late lunch di Asam Pedas Pak Man. Since kami ramai, tauke kedai book meja untuk kami di dalam hall restuarantnya. Hall ini yang di book hanya untuk group besar. Macam geng legend. Untuk reservation di dalam hall, kena bagi dahulu deposit RM100.


Selesa jugak tempat makan di hall nya. Dan luas. Untuk makan, saya order asam pedas ikan pari. Sedap dan pekat kuahnya. 

Dah siap makan pergi ke Pantai Klebang pula, yang merupakan salah satu pantai popular di Melaka. Pantai Klebang sekarang bukan pantai Klebang dulu. Sekarang dah tersangat meriah. 

Eh boleh pulak terjumpa Mus kat Pantai Klebang. Dia pun tengah bercuti di Melaka jugak rupanya. Tapi balik hari jeala

Pelbagai aktiviti yang best boleh buat di Pantai ini. Antaranya boleh main laying-layang, boleh tengok pertunjukkan api pada waktu malam, dan nak sewa naik ATV pun ada. Dulu mana ada ATV ride di Pantai Klebang ni. Kitaorang apa lagi memang tak lepaskan peluanglah naik ATV.


Pasar malam pun ada di Pantai Klebang. Pelbagai lah pilihan makanan dan minuman  yang boleh dibeli time bersantai di Pantai Klebang untu isi perut. Sangat ramai datang jalan-jalan di Pantai Klebang. Agak struggle la nak cari parking di situ.

Malamnya, dari Pantai Klebang gerak ke Ikan Bakar Fort Supai untuk dinner. Restaurant ini adalah restaurant terapung. Menarik tempatnya sebab dapat menikmati view sungai dan hutan paya bakau sambil menjamu selera menu lauk bakar-bakar. 

Tapinya pilihan seafood macam tak banyak. Untuk ikan siakap pula, semuanya size besar-besar. Terpaksalah pilih saiz besar untuk dimasak ikan bakar. Jenuh jugaklah nak habiskan siakap bakar sebab perut macam kenyang lagi. Tadi late lunch kan. Habis makan dinner, gerak balik homestay dan berakhir sudah hari kedua Family Day Geng Legend.


Esoknyya, aktiviti di homestay sahaja hinggalah check out. Request owner untuk late check out sebab nak santai di homestay dan pantai lama sedikit. Breakfast pun masak sendiri. Memang untuk hari ketiga tak ada keluar mana-manalah hingga check out. Permandangan pantai pun cantik. Rugi kalau tak duduk lama sedikit di pantai ni. Bersih pun bersih.



Dalam pukul dua petang check out. Untuk lunch, makan di Gerobok Salai. Di sini pelbagai jenis juadah salai dan masak lemak cili api yang ada ditawarkan di situ. Saya pilih menu itik salai. Saya memang akan pilih lauk yang saya tak pernah dan tak reti masak sendiri.


Tamat sudah Family Day Geng Legend bagi tahun 2024 yang berlangsung di negeri Melaka. Family Day sangat best dan sangat havouc. Jom jom plan untuk next family day pulak. Hehe.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment