2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 1

Family Day Geng Legend tahun ini pilih untuk buat di Melaka. Ini adalah kali kedua buat di Melaka untuk family day Geng Legend. Masa misi mencari tempat untuk family day, gap masa antara book tempat penginapan dan tarikh family day tak berapa nak panjang.

Jadi nak cari tempat yang ada available lapan bilik(sebab geng legend ada lapan keluarga), harga mampu bilik, ada fasiliti lengkap untuk event family day, lokasi menarik dan sebagainya banyak pilihan di negeri Melaka. 


Setelah cari dan survey, dan voting jugak, Homestay & Chalet Sena Bayu di Melaka telah dipilih untuk tempat geng legend berkumpul dan bermalam selama tiga hari dua malam untuk event Geng Legeng Family Day bagi tahun 2024.

Bilik chalet kami

Chalet ini lengkap dengan segala fasiliti terutamanya yang asas dan ada ruang laman yang luas untuk nak buat acara sukanneka dan parking kereta. Chalet ini betul-betul menghadap pantai. 

Tapi kurangnya tak ada swimming pool. Ikutkan tempat penginapan untuk family day geng legend suppose kena pilih ada swimming pool. Tapi itula nak dapat tempat yang ada semua kriteria yang nak, memang susah nak cari. Dengan masa limited nya. So tak ada rezeki nak dapat tempat penginapan yang ada swimming pool.

Since homestay takde pool, bawak pool super dupa ke homestay. Pinjam kawan Fai punya. 

Tapi view pantai di chalet ini sangat cantik. Still boleh mandi pantai walaupun tak ada swimming pool. Siap boleh memancing lagi. Mak mak apalagi tak lepaskan peluang OOTD di pantai cantik ni .


Untuk Family day ni, setiap family ada tugasan masing-masing kena buat. Macam kami sebagai AJK lapangan kena plan itenari family day yang berlangsung selama tiga hari dan dua malam dan kena book tempat makan yang nak pergi makan.

Hari pertama iaitu hari check in, just stay santai-santai di homestay. Tak ada pergi mana-mana. Mandi dan rehat rehat di pantai. Minum petang dan dinner dengan memasak di homestay. Setiap family ada bawa masing-masing punya bahan-bahan basah seperti yang dah dibincangkan dan dipersetujui.

Masak masak di dapur chalet


Esoknya event sukaneka. Event sukaneka buat di laman hadapan homestay. Sukaneka kami ada banyak kategori supaya semua main. Tiada terkecuali. Ada kategori family, pasangan, kategori kanak-kanak kecil, sedang-sedang, besar dan banyakla. Haha. Berkumpulan pun ada. AJK sukan adalah Faid & family yang arrange game dan prepare hadiah.



Continue reading part 2 by clicking 2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 2

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment