22 September 2024

2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 2

Selepas sukaneka, barulah start aktiviti luar chalet. 

Mula dengan late lunch di Asam Pedas Pak Man. Since kami ramai, tauke kedai book meja untuk kami di dalam hall restuarantnya. Hall ini yang di book hanya untuk group besar. Macam geng legend. Untuk reservation di dalam hall, kena bagi dahulu deposit RM100.


Selesa jugak tempat makan di hall nya. Dan luas. Untuk makan, saya order asam pedas ikan pari. Sedap dan pekat kuahnya. 

Dah siap makan pergi ke Pantai Klebang pula, yang merupakan salah satu pantai popular di Melaka. Pantai Klebang sekarang bukan pantai Klebang dulu. Sekarang dah tersangat meriah. 

Eh boleh pulak terjumpa Mus kat Pantai Klebang. Dia pun tengah bercuti di Melaka jugak rupanya. Tapi balik hari jeala

Pelbagai aktiviti yang best boleh buat di Pantai ini. Antaranya boleh main laying-layang, boleh tengok pertunjukkan api pada waktu malam, dan nak sewa naik ATV pun ada. Dulu mana ada ATV ride di Pantai Klebang ni. Kitaorang apa lagi memang tak lepaskan peluanglah naik ATV.


Pasar malam pun ada di Pantai Klebang. Pelbagai lah pilihan makanan dan minuman  yang boleh dibeli time bersantai di Pantai Klebang untu isi perut. Sangat ramai datang jalan-jalan di Pantai Klebang. Agak struggle la nak cari parking di situ.

Malamnya, dari Pantai Klebang gerak ke Ikan Bakar Fort Supai untuk dinner. Restaurant ini adalah restaurant terapung. Menarik tempatnya sebab dapat menikmati view sungai dan hutan paya bakau sambil menjamu selera menu lauk bakar-bakar. 

Tapinya pilihan seafood macam tak banyak. Untuk ikan siakap pula, semuanya size besar-besar. Terpaksalah pilih saiz besar untuk dimasak ikan bakar. Jenuh jugaklah nak habiskan siakap bakar sebab perut macam kenyang lagi. Tadi late lunch kan. Habis makan dinner, gerak balik homestay dan berakhir sudah hari kedua Family Day Geng Legend.


Esoknyya, aktiviti di homestay sahaja hinggalah check out. Request owner untuk late check out sebab nak santai di homestay dan pantai lama sedikit. Breakfast pun masak sendiri. Memang untuk hari ketiga tak ada keluar mana-manalah hingga check out. Permandangan pantai pun cantik. Rugi kalau tak duduk lama sedikit di pantai ni. Bersih pun bersih.



Dalam pukul dua petang check out. Untuk lunch, makan di Gerobok Salai. Di sini pelbagai jenis juadah salai dan masak lemak cili api yang ada ditawarkan di situ. Saya pilih menu itik salai. Saya memang akan pilih lauk yang saya tak pernah dan tak reti masak sendiri.


Tamat sudah Family Day Geng Legend bagi tahun 2024 yang berlangsung di negeri Melaka. Family Day sangat best dan sangat havouc. Jom jom plan untuk next family day pulak. Hehe.

2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 1

Family Day Geng Legend tahun ini pilih untuk buat di Melaka. Ini adalah kali kedua buat di Melaka untuk family day Geng Legend. Masa misi mencari tempat untuk family day, gap masa antara book tempat penginapan dan tarikh family day tak berapa nak panjang.

Jadi nak cari tempat yang ada available lapan bilik(sebab geng legend ada lapan keluarga), harga mampu bilik, ada fasiliti lengkap untuk event family day, lokasi menarik dan sebagainya banyak pilihan di negeri Melaka. 


Setelah cari dan survey, dan voting jugak, Homestay & Chalet Sena Bayu di Melaka telah dipilih untuk tempat geng legend berkumpul dan bermalam selama tiga hari dua malam untuk event Geng Legeng Family Day bagi tahun 2024.

Bilik chalet kami

Chalet ini lengkap dengan segala fasiliti terutamanya yang asas dan ada ruang laman yang luas untuk nak buat acara sukanneka dan parking kereta. Chalet ini betul-betul menghadap pantai. 

Tapi kurangnya tak ada swimming pool. Ikutkan tempat penginapan untuk family day geng legend suppose kena pilih ada swimming pool. Tapi itula nak dapat tempat yang ada semua kriteria yang nak, memang susah nak cari. Dengan masa limited nya. So tak ada rezeki nak dapat tempat penginapan yang ada swimming pool.

Since homestay takde pool, bawak pool super dupa ke homestay. Pinjam kawan Fai punya. 

Tapi view pantai di chalet ini sangat cantik. Still boleh mandi pantai walaupun tak ada swimming pool. Siap boleh memancing lagi. Mak mak apalagi tak lepaskan peluang OOTD di pantai cantik ni .


Untuk Family day ni, setiap family ada tugasan masing-masing kena buat. Macam kami sebagai AJK lapangan kena plan itenari family day yang berlangsung selama tiga hari dan dua malam dan kena book tempat makan yang nak pergi makan.

Hari pertama iaitu hari check in, just stay santai-santai di homestay. Tak ada pergi mana-mana. Mandi dan rehat rehat di pantai. Minum petang dan dinner dengan memasak di homestay. Setiap family ada bawa masing-masing punya bahan-bahan basah seperti yang dah dibincangkan dan dipersetujui.

Masak masak di dapur chalet


Esoknya event sukaneka. Event sukaneka buat di laman hadapan homestay. Sukaneka kami ada banyak kategori supaya semua main. Tiada terkecuali. Ada kategori family, pasangan, kategori kanak-kanak kecil, sedang-sedang, besar dan banyakla. Haha. Berkumpulan pun ada. AJK sukan adalah Faid & family yang arrange game dan prepare hadiah.



Continue reading part 2 by clicking 2024 Geng Legend Family Day At Homestay & Chalet Sena Bayu, Melaka| Part 2

21 September 2024

Jana Pendapatan & Bantu Tingkatkan Ekonomi Rakyat Palestin Dengan Bisnes Bersama Al’ard

Kita semua sedia maklum dengan peperangan berlaku di negara Palestin. Peperangan ini berterusan  dan tiada tanda akan berhenti. Peperangan ini telah mengakibatkan kesan kemanusiaan yang amat dasyat kepada rakyat Palestin kerana telah meragut puluhan ribu nyawa, kerosakkan harta benda dan banyak lagi.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam sedaya upaya cuba menghulurkan bantuan semampu yang boleh kepada rakyat Palestin, bagi mengurangkan kesengsaraan mereka. Ada yang menghulurkan bantuan wang. Ada yang tidak putus putus berdoa kepada Allah SWT agar bumi Palestin bebas dari cengkaman kuku besi Israel. 

Ingin kongsikan satu cara untuk membantu rakyat Palestin agar mereka sentiasa ada bekalan untuk menjalani kehidupan di tanah Palestin yang tidak berhenti dibedil oleh rejim Israel. Caranya adalah dengan membeli produk keluaran syarikat Palestin. Syarikat Palestin ini adalah Al’Ard. 

Ini kerana Al’Ard di Malaysia yang bermula dengan sistem ejen, rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestin untuk dijual. Dengan jual produk ini, dapat menjana pendapatan melalui perniagaan, seterusnya turut dapat salurkan dana secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah. Ini mampu membantu meningkatkan ekonomi rakyat Palestine.



Untuk pengetahuan semua, Al’Ard merupakan satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia. Dan bukan itu sahaja, pejabat Al-Ard di Malaysia ini juga, yang lokasinya di Shah Alam, Selangor juga adalah satu-satunya pejabat operasi di luar Palestin.

Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun telah memberi keyakinan kepada Al-Ard untuk menjalankan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.


Itulah sebabnya walaupun produk Al-Ard dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.

Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ juga sedang berlangsung. Sasaran kempen ini adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin.


Sejak permulaan kempen pada awal Disember 2023, sudah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00

Sepanjang berlangsungnya kempen, akan sentiasa iberikan perkembangan dari masa ke masa sehinggalah berjaya capai nilai sasaran kempen ini.


JUAL PRODUK YANG BETUL-BETUL DATANG DARI PALESTIN

Memetik kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


“Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”


“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.





PARTNER AL’ARD

Sebelum ini Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen.

Setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualan dan Sistem Alard Partner diperkenalkan.

Dahulunya proses penjualan dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan, kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam system.

Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:


Kategori 1: Gold Partner

- Margin keuntungan sehingga 40%

- Pembelian Pertama RM3,888.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00


Kategori 2: Silver Partner

- Margin keuntungan sehingga 32%

- Pembelian Pertama RM388.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00


Kategori 3: Bronze Partner

- Margin keuntungan sehingga 20%

- Pembelian Pertama RM188.00

- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00


Sales Kit

Al’Ard juga turut menawarkan Sales Kit/Marketing Support seperti:

- Channel Telegram Konten

- Gambar/Poster/Video

- Flyers Product

- T-Shirt Al’Ard

- Bunting

- Promotion Stand

- Non-Woven Bag

- Web Listing


Jika berminat untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard yang boleh bantu jana pendapatan kita dan bantu ekonomi rakyat Palestine, boleh hubungi di

Lamanweb: www.partneralard.com atau

nombor whatsapp: https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard


9 September 2024

Resipe Waffle dengan blend semua bahan dan confirm tak rasa pahit

Kenapa kat tajuk blog ni saya mention tak rasa pahit? Ada ceritanya dan ceritanya macamni. Masa bercuti di Cameron Highland tahun lepas, pilih untuk menikmati tea dan dessert di salah satu café yang terkenal di CH. Terkenal sebab ada permandangan cantik di keliling café ni. Kalau sebut nama café mesti semua tahu. Taknak sebut café ni sebab ada cerita tentang not so good review café ni.

Tak good review sebabnya salah satu dessert saya order, yang nak makan sambil minum tea dan menikmati permandangan indah ciptaan Allah SWT, tersangatlah tak sedap. Rasa pahit yang amat, even ada makan sekali dengan ice cream yang diletak sebagai topping dessert ni. End up time balik dari café ni saya muntah. Actually dessert ini adalah salah satu dessert kegemaran saya. Dessert ini dalah waffle.

Tak murah ye harga waffle with ice cream topping ni. Café ni famous dan well known. Since sakit hati sebab rasa tak setimpal dengan harga dan berada dalam perut saya sekejap sahaja, terus cari resipe waffle di TT. Sekarang media social yang saya suka buat carian adalah TT.

Actually dari dulu lagi, cari resipe waffle yang mudah. Waffle maker dah ada. Cari resipe mengunakan bahan dapur yang common. Means wajib dan sentiasa ada di dapur. Mak Tapi tak jumpa. Cara saya buat carian salah ke. Kalau jumpa pun mesti kena guna fresh milk. Dapur saya bukan sentiasa ada susu. Lepas tu stop mencari. Saya buat carian di google dan media sosial selain TT. Time cari dulu tak ada akaun TT. 

Lepas insiden muntah tu, saya sambung cari lagi. Kali ini cari di TT pula. Cari punya cari. Jumpa resipe ini sangat senang. Bahan dapur yang kena guna semua common dan saya ada. Tak ada guna fresh milk. Bukan setakat hanya mengunakan bahan yang mudah, malah cuma perlu blend je semua bahan hingga sebati. Saya memang suka resipe tak renyah ni.

Saya cuba buat waffle guna resipe ini dan jadi. Rasa sedap dan dapat texture ranggup di luar dan lembut di dalam. Resipe nya adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan

2 ½ cawan air

2 biji telur

3 cawan tepung gandum

¾ cawan minyak masak

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu baking powder

½ sudu soda bikarbonat

3 sudu besar gula

½ sudu kecil garam


Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit

2. Tuangkan adunan secukupnya menggunakan ke dalam mesin waffle.

3. Tunggu hingga masak

4. Sapu dengan flavor yang disukai atau yang ada di dapurlah. Macam saya sapu dengan chocolate dan peanut butter spread.


Banyak kali minum petang dengan buat waffle. Kimi pun kata sedap. Lepas dah pandai buat waffle sendiri, tak ada sangat dah beli waffle kedai punya. Buat sendiri lagi puas hati sebab tak akan dapat rasa tak sedap macam makan kat café di CH tu.

8 September 2024

Iftar Staycation at Rhazz Villa Hillview, Kuala Lumpur With ISMI Clans

Buka Puasa bersama keluarga ISMI untuk puasa Ramadhan baru ini sama-sama pilih untuk iftar staycation di Rhazz Villa Hill View. Keluarga ISMI adalah keluarga saudara mara sebelah abah.

ISMI Iftar tahun ini adalah pertama kali buka puasa ISMI dengan menginap di tempat luar selama satu dua hari 1 malam. Supaya selain iftar, dapat juga buat bersama-sama untuk terawih, moreh hinggalah sahur keesokkanya.

Rhazz Villa Hillview lokasinya sememangnya menghadap permandangan bukit. Turut juga menghadap Highland Tower. Yea Highland Tower yang runtuh akibat daripada natural disaster. Al fatihah untuk mangsa korban tragedy Highland Tower yang beragama Islam. Villa ni di kawasan elit. Rumah-rumah dalam area Villa ni macam semuanya banglow. Tak ada yang tak banglow. 

Villa ini ada tujuh bilik dan lima bilik air. Ruang tamu yang luas. Ada swimming pool jugak. Besar juga pool Villa ni. Kids memang tak lepaskan peluang terjun pool dari check in sampailah nak check out. Hehe. Fasiliti untuk BBQ juga lengkap. Dapat membakar ayam percik untuk iftar dengan lancarnya.


Juadah untuk iftar, setiap family bawa at least satu makanan. Ada bawak lauk-pauk dan juga dessert. Yang masak di Villa pun ada seperti nasi, ayam percik dan sebagainya. Saya bawak churros Mr Churros. 



Ruang tamu Villa sangat luas. Muatlah semuanya terawih bersama-sama di ruang tamu. Siap ada meja snooker jugak tu.


Seronok berkumpul buka puasa bersama-sama dengan staycation. Selain buka puasa, ibadah lain juga dilakukan bersama-sama termasukah menunaikan solat terawih dan solat fardu secara berjemaah. Ikatan kekeluargaan menjadi bertambah erat dan pahala juga turut bertambah.