Makan di Cloves Restaurant & Café, Bangi untuk buka puasa bersama keluarga

Ena ajak makan di Cloves Restaurant & Café untuk buka puasa masa puasa bulan Ramadhan haritu. Restaurant ini terletak di Bangi. Untuk buka puasa, restaurant ini menyajikan hidangan buffet. Bulan-bulan lain, hanya ada order ala carte.  Ini setahu sayalah.


Buffet buka puasa restaurant ni menyajikan banyak pilihan menu. Ada local dan juga western. Yang western ada menu yang dimasak upon request iaitu pasta. Semua jenis pasta kita boleh request untuk disediakan oleh tukang masak pasta tu. So akan dapat pasta panas-panas. Ada juga mushroom soup dan garlic bread.


Yang menu local, ada nasi, pelbagai jenis lauk-pauk dan mee pun ada. Untuk bahagian desssert pun ada banyak jenis seperti brownies, cream puff, karipap, red velvet, pudding caramel dan banyakla dessert lain yang disajikan untuk buka puasa. Paling best ada kambing bakar jugak.


Restaurant ini ada sediakan ruang solat. Ruang solatnya di belakang restaurant. Tapi untuk ambil wuduk kena ambil di toilet di dalam restaurant. Harga buka puasa ialah RM50/dewasa, RM35/kid yang umur 7-12 tahun. Bawah 7 tahun free.



Bagi saya semua makanan dan juga minuman yang disajikan di Cloves Restaurant & Café sedap. Tak ada tak ok. Hopefully improve keselesaan untuk solat. Boleh repeat lagi makan di situ even pada tak bulan puasa pun sebab semua makanannya kena dengan tekak.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment