Lunch At Serai Restaurant, Setia City Mall

Serai Restaurant dibuka di Setia City Mall (SCM) beberapa tahun lepas. Tak ingat bila exact tahun restaurant ini dibuka. Just ingat masa baru join TG, Serai ni tak ada lagilah di SCM.

Spaghetti Beef Bacon Oglio Olio


Besar jugak restaurant ni. Ambik macam dua lot kedai jugak di SCM. Then ada satu lagi restaurant baru dibuka di SCM yang sama level dengan Serai iaitu Chef Wan. Level agak kayangan. Sebab tu dua dua restaurant saya tak pernah pergi makan lagi. Duk lalu je depan dua-dua restaurant ni.

Then baru-baru ini barulah ada pergi lunch di Serai. Itupun lunch dengan auditor, unitmate dan bos factory. Restaurant ini menyajikan menu yang ada kedua-dua eastern dan juga eastern. Saya of course lah order menu western which is Spaghetti Beef Bacon Oglio Olio. Harganya RM30. Rasanya sedap dan cukup rasa. Ada rasa pedas jugak sebab ada chili flakes. 

Nasi ulam ayam bakar

Hazelnut Chocolate Shake

Untuk drink pula saya order Hazelnut Chocolate Shake. Harganya RM18. Bos dan auditor order menu local which is nasi lemak pandan dan Unitmate order nasi ulam. Semua feedback makanan yang diaorang order sedap.  Bos bagitau nasi lemak Serai Pandan ni memang recommended sebab sedap. Tempatnya pun deconya cantik sangat.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: