Family Day at D’QNUT Chalet & Restaurant, Melaka

D’ QNut Chalet adalah tempat peranginan yang dipilih untuk diadakan tahun lepas punya Family Day KPSM. KPSM ni adalah division Kimchi kerja. Lokasi D’ QNut chalet betul-betul di tepi pantai. Sangat-sangat menarik tempatnya.


Chalet betul-betul tepi pantai

Even betul-betul menghadap pantai pun chalet ni, still ada jugak swimming pool. Ada dua option bagi yang nak main air dan mandi-manda. Kalau nak main air semula jadi, taknak rendam dalam chlorin dan boleh main pasir jugak, boleh mandi pantai. Kalau taknak rendam dalam air masin dan taknak lekit lekit dengan pasir pantai, boleh mandi swimming pool.

Famiy day ni selepas check in terus start dengan sukaneka. Tapi kami tak sempat turut serta sebab Kimchi ada tournament bola sepak. Kami sampai chalet time time sukaneka dah habis. Dapat join program malam je iaitu dinner. Untuk dinner ada program of couse makan makan BBQ buffet dan juga pertandingan. 

Dinner KPSM Family Day

Esoknya free dan easy. So kami mandi pantai dan Zayden dan Zafirah main pasir. Dak Zafirahlah paling suka main pasir pantai. Tempatnya untuk kebersihan moderate. Ada sampah di pantai.Pantai ni adalah private beach untuk chalet ni. Suppose kebersihan tak boleh tak maintain. 


Fasiliti di chalet ini banyak juga disediakan seperti playground, mini animal garden dan etc. Port cantik untuk OOTD pun ada jugak. 






Bilik Chalet kami punya agak kecil. Ngam ngam muat untuk katil queen sahaja. Then adalah space sedikit untuk letak luggage dan solat. Toilet oklah. 


Chalet kami


Apapun sangat suka persekitaran dan suasana di chalet ni sebab betul-betul menghadap pantai.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment