Enjoying Cameron Highlands again after lockdown| Part 2

Dah sampai The Sheep Santuary, beli tiket masuk dahulu. Harganya RM12/dewasa dan RM8/kid. Harga tiket termasuk makanan yang boleh diberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di sanctuary iaitu sheep dan Alpaca. 



Selepas dah masuk entrance, nak ke kandangnya kena turun bukit. Tapi baru sahaja jalan sedikit dah disambut oleh beberapa ekor kambing biri biri. Kambing biri biri tahu manusia yang baru sampai akan ada bawak pallet sheep. Tu kena ambush dengan kambing biri biri tu. 

Pekerja di situ suruh kami jalan hingga ke kandang kambing biri biri sebab situ yang ada banyak lagi kambing dan alpaca pun ada. Yang kami sibuk duk beria bagi makanan kat kambing yang ambush kami tu. Sampai sahaja tempat utamanya di situ yang ada banyak kambing biri biri yang bebas berkeliaran. Alpaca pun ada. Selain itu, ada booth yang jual makanan untuk haiwan.





Dak Zafirah paling excited interaksi dengan biri biri. Biri biri  situ pun bulunya putih dan bersih. Dak Zafirah tak takut langsung beri sendiri makanan kepada kambing. Siap usap dan pegang lagi. Dak Zayden pulak minta didukung sebab takut. Dak Zafran in between. Dia tak takut dan excited biasa-biasa. Haha.


Punya Dak Zafirah punya seronok dapat duk dekat dengan kambing biri biri, makanan haiwan few times lah minta dibelikan. Asyik nak bagi kambing biri biri makan je. Agak lama jugaklah spend masa di situ. Tak dapat nak stay sampai tengahhari pun sebab Dak Zayden banyak kali ajak balik. 

The Sheep Sanctuary sangat bersih dan tempatnya dikelilingi dengan gunung-gunung. Ala-ala mini NZ. Bagi saya, The Sheep Santuary dapat beri pengalaman yang menyeronokkan. Especially to Dak Zafirah. Habis spend masa di sanctuary, on the way ke bilik kami, singgah shopping di Kea Farm.

Check out sebelum tengahhari dan terus ke Cameron Centrum Mall. Cameron Centrum adalah mall yang baru dibuka. Di situ tak banyak kedai yang ada di situ. Kami makan Merry Brown untuk lunch. Kena jugaklah lunch di tempat yang kids picky eater ni makan. Supaya tiga ketul makan dan perut kenyang. Kalau pergi ke tempat viral tapi yang tiga ketul tak makan dah jadi macam kat Sinar Hijjaz tu.

Dah siap lunch, bergambar di sekitar Cameron Centrum sebab ada banyak perhiasan dan binaan yang bertemakan London seperti red london bus, red telephone box dan etc.



Siap bagi perut tiga ketul kenyang, haa turn mama papa pulak nak makan di tempat viral dan wajib pergi di Cameron Highland. Yang pertama semestingnya Abang Strawberry. Restaurant nya wow dah semakin besar dan luas. Last sekali pergi situ tak besar lagi. Makanan yang dijual di situ pun dah makin banyak jenis. Order ringan-ringan je sebab baru lepas makan Merry Brown. Kami order French Fries untuk tiga ketul, scone dan iced strawberry tea.



Dah siap makan di situ, tempat makan terakhir dan tempat yang terakhir sebelum pulang ke sarang semestinya Bharat. Sampai-sampai situ terus dapat meja yang betul-betul berhadapan view gunung-ganang dan ladang teh. Alhamdulillah rezeki sangat. 


Sini pun order ringan-ringan jugak iaitu waffle, strawberry cheese cake dan hot tea. Tapi kan wafflenye tak sure kenapa tak kena dengan tekak. Rasa pahit sangat. End up time on the way balik saya muntah. Huhu




Lepas siap makan, jalan-jalan di sekitar ladang the dan bergambar di situ. Sangat mendamaikan jiwa dan raga berada di situ. Kids pun enjoy turun panjat bukit. Sebab suhu chill chill je di situ. Tu sebablah masa sebelum PKP tiap tahun akan jalan-jalan CH.





Tahun ini pun macam plan nak pergi Cameron Highland lagi. Time cuti besday Sultan Selangor jugak. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, tahun ni pun akan bawak lagi tiga ketul jalan-jalan Cameron Highland.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
    Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

    ReplyDelete