7 July 2024

Enjoying Cameron Highlands again after lockdown| Part 1

Sebelum pelaksanaan PKP, setiap tahun wajib naik Cameron Highland. Paling kurang pun sekali setahun akan jalan-jalan Cameron Highland. Even tahu akan kena hadap jem lagi-lagi pergi time cuti sekolah, tetap akan pergi Cameron Highland. 

Cameron Highland sahajalah tempat di Malaysia yang boleh feeling berada di oversea musim sejuk. Tempat lain panas. Dah Malaysia memang negara panas kan. Satu lagi tempat yang boleh merasai suasana sejuk adalah Genting Highland. Cuma Genting Highland main attraction nya adalah theme part dan shopping. More to urban tourism gitu. Cameron Highland pula, tempat-tempat menariknya mostly adalah nature seperti ladang the, kebun bunga dan etc.

Selepas PKP dan lifted dan rakyat Malaysia boleh kembali menjalani kehidupan tanpa sekatan, mana-mana tempat pelancongan padat dengan orang kita. Tak kira lah cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke. Agaknya kesan dah lama naw terkurung dalam rumah. Orang kita pun jadi lebih menghargai masa dengan yang tersayang dengan cuba untuk create memorable moment with family as much as possible pun ada jugak

Jadi sejak PKP pada tahun 2020 dan dah lifted pun saya tak pergi lagi Cameron Highland sebab tak sanggup hadap jem punya pasal. Hinggalah pada akhir tahun 2023, pergi jugak Cameron Highland. Bercuti di sana satu keluarga. Lagipun Dak Zayden tak pernah lagi sampai sana sejak Dak Zayden lahir. Itupun pilih pergi bercuti time cuti Sultan Selangor tu yang jatuh juga pada tengah minggu. Kurangla sedikit jem sebab rakyat Selangor je yang cuti.

Pilih bermalam di Kea Garden Guest House yang terletak di Brinchang. Ratenya dalam RM150++/night. Pilih bermalam di situ sebabnya of course rate nya marhaen. Then banyak tempat menarik yang boleh pergi hanya within walking distance dari Guest House ni. Antaranya The Sheep Sanctuary, Kea Farm market dan banyak lagi.



Bilik yang kami book di Kea Garden Guest House ni okla. Tak luas. Ada dua katil dan basic facilities tu ada seperti TV, peti ais, kipas dan kettle. Toilet pun okla. Tapi boleh pulak lubang saliran toilet sumbat tiap kali mandi. No wonderlah ada siap sediakan selipar dalam toilet. Untuk redah takungan air dalam toilet. Apoo. Masalah sumbat di toilet sangat sangat tak boleh diterima. Sinki ke, lubang saliran ke. Toilet bowl lagila. Untuk nak iron pula, ada disediakan fasiliti iron. Kena jalan sedikit nak ke area yang ada disediakan iron tu. Sib baik di tingkat yang sama dengan bilik kami.




Sukakan suasana di sekitar Guest House ni. Sebab ada landskap yang ada banyak tanaman pelbagai jenis species bunga. Bersih pun bersih. 


Pada malamnya, dinner steamboat di restaurant yang dalam bangunan yang sama dengan Guest House. Depan bilik kami je. Nama restaurant steamboat ini adalah Sinar Hijjaz. seafood dan makanan di Sinar Hijjaz ada banyak pilihan tapi almost semua my kids tak makan. Yang ada pun French fries tapi tak top up bila dah habis. Kami pun taklah datang lewat.  




End up Zafirah meragam sebab lapar dan penat pun sama. Ada nasi goreng pun pedas. Tuela apa boleh buat. Anak picky eater. Since Zafirah meragam terus balik bilik dan tidur. Hajat nak jalan-jalan malam untuk merasai angin sejuk tempat tinggi tak kesampaian. 

Esok paginya saya bangun awal dan keluar jalan-jalan di sekitar Guest House. Cuci-cuci mata dan rehatkan minda dengan lihat permandangan pokok-pokok bunga dan gunung. Sangat dapat relax kan my mind. Oh my English. Bahaha.

Tak lama lepas tu tiga ketul pun bangun. Terus bersiap untuk pergi ke The Sheep Sanctuary yang hanya boleh jalan kaki jea dari bilik kami. On the way ke sanctuary ni akan lalu Ked Farm Market. Masa balik dari Sheep sanctuary ke Guest House, adalah dapat beberapa barang hasil shopping Kea Farm iaitu strawberry dan juga dessert.

Continue reading part 2 by clicking Enjoying Cameron Highlands again after lockdown| Part 2

No comments:

Post a Comment