5 July 2024

Mak & Abah 59th Birthday Celebration At P&C Kitchen Restaurant Eco Ardence

Birthday mak dan abah adalah pada bulan yang sama dan juga tahun yang sama. Yang tak sama haribulan je. Tu jodoh tu. Hehe. Since both lahir bulan dan tahun yang sama, setiap tahun hari jadi mak abah memang celebrate sekali.


Sambutan birthday mak abah tahun ini diraikan dengan family dinner di restaurant yang berdekatan di rumah saya. Di area berdekatan Alam Jaya. Nama restaurant adalah  P&C Kitchen Restaurant Eco Ardence. Sambut di restarant tu sebabnya semuanya termasuklah family Farid ada berkumpul dan bermalam di rumah saya.

Nak makan di restaurant ni hanya boleh walk in sahaja. Time dinner sangat ramai nak makan di situ. Kena beratur kalau semua meja dah penuh. Jadi kami betul-betul solat maghrib on time dan terus gerak selepas siap solat. Rasanya kalau dalam sejarah solat saya, solat ini antara yang terpaling jaga waktu. Huhu.

Alhamdulillah time kami sampai, terus ada meja yang cukup untuk bilangan kami semua. Actually meja yang kosong tu di sediakan untuk ada customer menunggu giliran sebelum tu. Kata pekerja tu, selepas customer tersebut memberitahu bilangan pax, dia pergi jalan-jalan sekejap dan minta call dia bila dah ada meja available untuk dia. 

Tapi bila dah ada meja untuk customer tersebut, dia tak muncul-muncul. Call customer tu pun taka da answer. Dan kebetulan pulak kami sampai. Since tak dapat reach customer tu, meja kosong tu yang cukup pulak untuk kami sekeluarga dapat kepada kami. Rezeki untuk kami tak perlu beratur dan menunggu lama.

Menu restaurant ni ada western dan nasi pun ada. Tempat makan untuk gedik family gathering tak kisah nak menu bertemakan western ke Japanese ke tapi kena ada menu nasi. Tempat makan yang tak ada menu nasi tak boleh pilih untuk tempat makan-makan gediks family. Sebabnya abah kena makan nasi.

Variety of drinks


Grilled Chicken Chop

Indomee streaky beef



Most of us order chicken grill menu. Sedap. Ada jugak yang order nasi dan mee goring. Pun sedap jugak. Kedai ni tersangatlah full house. Total semua dalam RM410.

To mak abah, happy birthday to u. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn

1 comment:

  1. senang jugak birthday bulan yg sama.. blh celebrate sekali.. hehe..
    alhamdulillah.. kita tgk gambar pon dah terliur! haha

    ReplyDelete