Geng Legend Baraan Raya Staycation at D’Orkid Homestay, Ijok

Sambutan raya puasa tahun ini tersangatlah luar biasa. Boleh lihatlah keadaan trafik balik kampung untuk sambutan raya puasa baru ni. Yang nak balik KL dari kampung di pantai timur kena tempuhi jem puluhan jam. Tapi tempuhlah jem banyak jam mana pun, tak pernah menyerikkan anak perantau untuk balik kampung lagi. Lagi rasa seronok adalah.


Aktiviti beraya pada bulan Syawal pun sama luar biasa semangat orang kita. Sebabnya bila tiba weekend raya, mana-mana tempat akan jem. Most of orang melayu akan keluar untuk pergi beraya. Tu sebab Program Baraan Raya Geng Legend untuk tahun ini, semua geng legend sepakat untuk gathering di satu tempat sahaja, dengan bermalam di homestay selama satu malam. Tiada ziarah semua rumah geng legend macam baraan raya tahun-tahun sudah. Bagi bapak-bapak off dari tugas driving ke semua rumah geng legend. Heh heh.

Kami book D’Orkid Homestay, Ijok. Homestay ini ada satu buah rumah dan dua chalet. Yang rumah ada enam bilik. Dua master bedroom dan empat bilik biasa. Rate bilik biasa, masterroom dan chalet tak sama. Homestay ini ada swimming pool. Wajib cari homestay ada pool untuk anak-anak geng legend berhibur. Supaya mak pak dapat membawang dengan tenangnya. Ahaks.






Chalet untuk keluarga kami


Sampai jea homestay terus prepare bahan-bahan untuk masak juadah raya. Dah ada list juadah untuk dinner malamnya tu dan untuk pagi raya esoknya. Juadahnya adalah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, tumisan jawa dan lontong. Sate dan kuah kacang order dengan tauke sate which Liza & Faid. Lemang pun order jugak. Selesai masak dan makan makan dan membawang, tengok letupan bunga api disponsor oleh Roma.





Pada esok paginya, since semua juadah dah siap masak just hidang jeala. Set up meja jugak. Tak ada dah masak-masak. Pagi tu nak kena spend masa lebih untuk bersiap dan melawa. Akan ada aktiviti bersalaman dan bermaafan. Beri duit raya kepada anak-anak geng legend juga. Dan semestinya OOTD. Hehe. 







Kami dapat extend check out time to 2:30pm. Sepatuntya 12pm. Thanks to owner homestay. Tapi even dapat extend few hours pun, rasa macam tak cukup masa jugak. Agak rushing kemas-kemas homestay dan tak dapat nak bergambar banyak banyak dengan geng perempuan perempuan. Tak sempat bergambar di semua port cantik di situ. Makan juadah raya pun saya sempat satu round je.. Heh Heh. Tapi sambung je makan di rumah sebab ada bungkus. 




Walaupun baraan staycation tahun ini tak sama seperti kebiasaan baraan raya tahun-tahun sebelum ni, iaitu pergi ke semua rumah geng legend, baraan staycation tetap menyeronokkan. Vibe nya sama macam sambutan hari pertama raya puasa di kampung dengan keluarga. Yela geng legend memang dah macam keluarga sendiri. Kalau dah berkumpul dengan geng legend memanglah menyeronokkan. Tak pernahlah tak havouc.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment