Jalan jalan di Stadium Sultan Ibrahim yang gah lagi cantik

Stadium Sultan Ibrahim iaitu stadium Bola Johor adalah salah satu stadium bola tercantik lagi gempak di Malaysia. Rasanya stadium bola tercantik di Malaysialah. Compare dengan Stadium Bola Negara kita, Stadium Bola Johor jauh lebih gah.


Ni sebabnya founder iaitu TMJ yang sangat minat bola Sepak memberi sumbangan dari wang peribadi beliau, dalam jumlah yang sangat besar untuk pembangunan bola sepak Johor. Termasuklah fasiliti stadium bola Johor. 

Saya ada pergi ke stadium kebanggaan rakyat Johor masa ada pergi rumah Farid last year. Stadium ni drive tak sampai 30 minit dari rumah Farid. Pergi pada waktu malam sebab lagi cantik pergi waktu malam. Lampu-lampu warna bendera Johor mengelilingi Stadium Johor dibuka sehingga pukul 12 malam.

Di Stadium Sultan Ibrahim memang kerja bergambar jeala sebab cantik berlatarbelakangkan lampu-lampu Stadium ni. Boleh jugak nak merasa nak naik kereta Hummer Limo. Naik Hummer ni akan dibawa pusing-pusing sekitar stadium. Tapi kena bayar RM25/pax tak silap. Saya tak naik.

Tak boleh masuk dalam stadium. Nak masuk kena tunggu ada game kat situ dan beli tiket. Ada few restaurant fast food di stadium kalau nak makan. Kami singgah makan di Woodfire. Just order few set untuk sekadar nak mengunyah dan lepak santai. Sebab baru je lepas dinner di rumah Farid. Sedap jugak burger Woodfire kami order ni.







Nice jugaklah jalan-jalan di Stadium Sultan Ibrahim. Banyak port boleh OOTD sebab stadiumnya sangat cantik.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment