Makan sedap sambil menikmati pemandangan Sungai di Rumah Makan Rusa Lenggong
Di Lenggong rupanya ada tempat yang menarik untuk pergi rupanya. Dekat dengan rumah arwah Opah belah mak Kimchi pulak tu. Nama tempat ini adalah Rumah Makan Rusa Lenggong. Family Kimchi baru tahu kewujudan tempat ini.
Yang menariknya Rumah Makan Rusa Lenggong yang ada kedai makan dan juga chalet, lokasinya betul-betul tepi sungai. Tempat makan ini ada laluan pejalan kaki untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai area kedai makan ini.
Since nama kedai pun ada nama rusa, sememangnya ada menyajikan hidangan rusa. Tapi kami tak order lah menu rusa sebab tak biasa makan. Just order non exotic menu. Kami order dua set ikan yang sama. Set ikan kami order ni ada ikan patin masak lemak cili api, talapia bakar, ikan pekasam goreng dan ayam goreng kunyit. Agak berkonsepkan masakan kampung. Yang bestnya dengan set ini ada hidangan yang kids makan iaitu ayam goreng kunyit ni. Gambar first posting ini adalam gambar set hidangan yang kami order.
Sedap jugak masakan hidangan yang kami order. Budak-budak pun suka. Yang syoknya menikmati hidangan ni sambal melihat permandangan sungai yang cantik. Sangat mendamaikan jiwa. Sungainya bersih pulak tu.
Dah siap makan, jalan-jalan di laluan pejalan kaki untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai dan juga OOTD.
Time kami kat situ almost nak check in sebab ada chalet jugak kan. Macam syok je check in river front chalet ni. Tapi just ada satu chalet je yang kosong time tu. Takpe next time plan bercuti di chalet ni dan juga repeat makan di Rumah Makan Rusa Lenggong.
0 comments:
Post a Comment