28 February 2024

Lunch with Friends at Gula Cakery, Tropicana Gardens Mall to Celebrate Kimchi’s 37th Birthday

Persatuan kerja Kimchi ada anjurkan event GoKart Challenge di Mykart Raceway Tropicana Garden dan Kimchi join challenge ni. Tapi nasib tak menyebelahi Kimchi, tak menang challenge ni. Mengakhiri challenge di tempat keenam.

Lepas habis event ni, pergi lunch di Gula Cakery dengan tiga kawan Kimchi yang kerja sama satu bahagian IO dahulu. Kimchi dan tiga member ni dengan isteri-isteri jugak sangat close. Banyak kali gathering dan bercuti bersama-sama. Tapi lunch di Gula Cakery dua, tak cukup korum sebab dua isteri member Kimchi tak dapat join.



Lunch ni celebrate birthday Kimchi jugak sebab baru beberapa hari je lepas birthday Kimchi. Member-member Kimchi buat surprise actually. Order cake bila sampai terus kata nak celebrate birthday Kimchi. Terkezut jugaklah Kimchi. Aware je member dia order cake. Ingat kan order untuk makan saje-saje. Rupanya untuk celebrate birthday dia.

Siap request dari pekerja Gula Cakery untuk mainkan lagu birthday dan pasang lilin pada cake. Bila lagu birthday dimainkan kami pun menyanyi  lagu birthday bersama-sama. Blushing jugaklah Kimchi.

Dah siap celebrate, makan makanan yang order. Saya order grilled chicken chop dan iced hazelnut latte. Rasa tak pernah mengecewakan. Sangat sedap. Latte pun tak rasa susu langsung. Dak Zafran order Spaghetti Bolognaise. Dah sampai dia punya, tiba-tiba Dak Zafran kata nak makan chicken grilled. Terliur tengok mama dia punya kot. Nampak dia teringin sangat, swapla makanan saya deng Dak Zafran punya.






To Kimchi Happy birthday to u. Semoga Panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

26 February 2024

3D2N Riverside Staycation at Sang Sungai Janda Baik| To Celebrate Mak Abah Wedding Annivesary & Dak Filzah Birthday

Sambutan ulang tahun perkahwinan mak abah tahun ini kami sekeluarga sepakat untuk staycation lama sedikit dari kebiasaan. Sambutan sebelum ini staycation selama dua hari satu malam. Sambutan tahun ini lama sedikit iaitu tiga hari dua malam. Lokasi kami pilih staycation unuk sambutan anniversary mak abah adalah di Janda Baik. Tempat kami bermalam selama tiga hari dua malam adalah di Sang Sungai Homestay, Janda Baik.


Sang Sungai Homestay ni Mus yang cari. Tempat ini dipilih sebab semua facility yang kami nak ada iaitu tempat BBQ, dapur yang lengkap dengan semua alat memasak dan paling penting betul-betul hadapan dengan sungai. 


Masa percutian Janda Baik sebelum ni yang kami ada naik ATV tu tak sempat nak mandi sungai. Yeala duk situ dua hari je. Hari check in terspend masa lebih dengan aktiviti ATV. Hari check in tak sempat mandi sungai. Nak mandi sungai keesokkanya iaitu hari check out, sungai dah deras dan dalam. Malam tu hujan. Tak dapat mandi sungai hinggalah check out. Tu percutian di Janda Baik kali ini staycation selama tiga hari. Biar dapat mandi sungai sampai lebam. Hehe.

Sang Sungai Homestay ini sememangnya ada kemudahan yang kami nak. Ada mini garden lagi. Cuma ownernya macam tak invest untuk deco baik interior mahupun exterior. Condition homestay dan juga facitility macam lama dan tak berapa dalam keadaan yang baik. Ada few spot berhabuk dah bersawang lagi. Rumah semut pun ada. Bawah adalah gambar-gambar dalam homestay ini.






Lepastu sampai-sampai sahaja homestay ni disambut dengan longgokan barangan terbuang di hadapan homestay ini. Macam tak berada di tempat percutian pun ada.  Tapi yang superbnya adalah betul-betul hadapan sungai dan sungainya sangat bersih. 






My kids and fruit kid memang syok dapat main air tanpa perlu fikir tentang kejar masa. Sebab duk situ dua malam kan. Farid dan Mus siap sewa pelampong besar dua biji lagi. Syok naik pelampong dalam sungai. Dihanyut oleh aliran air sungai.






Sambut anniversary mak abah pada malam kedua. Menu untuk sambutan adalam ayam BBQ, burger dan variety of desserts. Sambut sekali hari jadi Dak Filzah jugak. Gap beberapa hari sahaja dengan birthday Dak Filzah dengan anniversary mak abah. Makan-makan sambal menikmati kesejukkan angin malam di Janda Baik sangatlah menenangkan jiwa dan raga. Some of Enon clans yang stay Selangor/KL pun ada datang memeriahkan lagi event sambutan keluarga gediks ni.






Since staycation just santai dan kurang pergerakkan luar, jadi untuk makan mostly masak sendiri je di homestay. Just sarapan pagi ada beli kedai. 



Ada jugak singgah beli coffee di Kopi Ladang. Saya order cappuccino. Kimchi pulak order kopi ladang special. Asalnya nak order latte. Tapi Latte kan susu lebih dan takut guna susu yang rasa susu kuat sangat, saya tak boleh nak telan nanti. Tu order cappuccino. Tengok-tengok cappuccino pun rasa susu kuat jugak. Terus bagi Farid. Kimchi punya rasa susu kuat. Memang saya tak akan repeat minum coffe café ni.



Sangat-sangat menyeronokkan staycation di Janda Baik selama tiga hari ni. Dapat mandi sungai lama dan hingga puas hati. Even dapat homestay yang tak berapa nak ada vibe tempat percutian tapi kami masi lagi ok. Sebabnya betul-betul dekat sungai dan facility yang kami nak almost semua ada. 

To mak abah Happy wedding anniversary to both of you. To Dak Filzah, Happy birthday to you.

25 February 2024

Makan sedap sambil menikmati pemandangan Sungai di Rumah Makan Rusa Lenggong

Di Lenggong rupanya ada tempat yang menarik untuk pergi rupanya. Dekat dengan rumah arwah Opah belah mak Kimchi pulak tu. Nama tempat ini adalah Rumah Makan Rusa Lenggong. Family Kimchi baru tahu kewujudan tempat ini.

Yang menariknya Rumah Makan Rusa Lenggong yang ada kedai makan dan juga chalet, lokasinya betul-betul tepi sungai. Tempat makan ini ada laluan pejalan kaki untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai area kedai makan ini.


Since nama kedai  pun ada nama rusa, sememangnya ada menyajikan hidangan rusa. Tapi kami tak order lah menu rusa sebab tak biasa makan. Just order non exotic menu. Kami order dua set ikan yang sama. Set ikan kami order ni ada ikan patin masak lemak cili api, talapia bakar, ikan pekasam goreng dan ayam goreng kunyit. Agak berkonsepkan masakan kampung. Yang bestnya dengan set ini ada hidangan yang kids makan iaitu ayam goreng kunyit ni. Gambar first posting ini adalam gambar set hidangan yang kami order.

Sedap jugak masakan hidangan yang kami order. Budak-budak pun suka. Yang syoknya menikmati hidangan ni sambal melihat permandangan sungai yang cantik. Sangat mendamaikan jiwa. Sungainya bersih pulak tu.



Dah siap makan, jalan-jalan di laluan pejalan kaki untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai dan juga OOTD. 

Time kami kat situ almost nak check in sebab ada chalet jugak kan. Macam syok je check in river front chalet ni. Tapi just ada satu chalet je yang kosong time tu. Takpe next time plan bercuti di chalet ni dan juga repeat makan di Rumah Makan Rusa Lenggong.

21 February 2024

Jalan jalan di Stadium Sultan Ibrahim yang gah lagi cantik

Stadium Sultan Ibrahim iaitu stadium Bola Johor adalah salah satu stadium bola tercantik lagi gempak di Malaysia. Rasanya stadium bola tercantik di Malaysialah. Compare dengan Stadium Bola Negara kita, Stadium Bola Johor jauh lebih gah.


Ni sebabnya founder iaitu TMJ yang sangat minat bola Sepak memberi sumbangan dari wang peribadi beliau, dalam jumlah yang sangat besar untuk pembangunan bola sepak Johor. Termasuklah fasiliti stadium bola Johor. 

Saya ada pergi ke stadium kebanggaan rakyat Johor masa ada pergi rumah Farid last year. Stadium ni drive tak sampai 30 minit dari rumah Farid. Pergi pada waktu malam sebab lagi cantik pergi waktu malam. Lampu-lampu warna bendera Johor mengelilingi Stadium Johor dibuka sehingga pukul 12 malam.

Di Stadium Sultan Ibrahim memang kerja bergambar jeala sebab cantik berlatarbelakangkan lampu-lampu Stadium ni. Boleh jugak nak merasa nak naik kereta Hummer Limo. Naik Hummer ni akan dibawa pusing-pusing sekitar stadium. Tapi kena bayar RM25/pax tak silap. Saya tak naik.

Tak boleh masuk dalam stadium. Nak masuk kena tunggu ada game kat situ dan beli tiket. Ada few restaurant fast food di stadium kalau nak makan. Kami singgah makan di Woodfire. Just order few set untuk sekadar nak mengunyah dan lepak santai. Sebab baru je lepas dinner di rumah Farid. Sedap jugak burger Woodfire kami order ni.







Nice jugaklah jalan-jalan di Stadium Sultan Ibrahim. Banyak port boleh OOTD sebab stadiumnya sangat cantik.

20 February 2024

Lunch hidangan arab & western di Meqrizq Republic, Taiping

Di bandar Taiping, ada café yang kita oleh order menu arab dan western pun ada. Nama café ini adalah Meqrizq Republic.

Actually saya dan termasuklah anak jati Taiping tak tahu pun ada café ni. Café ni betul-betul di hadapan Klinik Kesihatan Taiping. Kitaorang terasa nak makan di tempat viral dan bila cari di TT, keluar café ni dalam carian. So apalagi tryla makan di café ni.

Saya asalnya nak order menu arab sebab suka makan hidangan arab ni. Tapi bila tengok menu western ada meal yang ada makanan yang boleh makan dengan Zayden dan Zafirah, so pilih untuk order western menu iaitu Chicken Grill. Makanan yang ada dua ketul ni makan adalah French fries. 

Boleh je nak order french fries sahaja. Tapi chicken grilled yang saya order french fries banyak dan saya tak makan french fries sangat. So makan saya punya dahulu. Kalau tak cukup baru order lagi. Untuk elak membazir.







Chicken grillnya ok not bad. Dak Zafran order spaghetti Bolognaise. His favourite food. Kimi pulak order lamb chop. Not bad jugak rasanya dan dagingnya agak lembut. Mimi order Nasi Mandy. Mimi kata sedap nasi Mandy yang dia order.

Ok je nak repeat makan just tak boleh selalu makan di situ sebab harga agak keras. Apapun rasanya semua hidangannya sedap.