27 January 2024

OOTD & Main Golf Mini di Spritzer EcoPark, Taiping

Spritzer adalah brand mineral water kegemaran ramai rakyat Malaysia, di mana kilangnya adalah di Taiping. Dan area kilang Spritzer ni ada Spritzer Park. Spritzer Park ni adalah tempat yang keluarga boleh buat aktiviti riadah. Tapi walaupun tak jauh pun dari rumah hometown Kimchi, dah anak tiga baru sampai ke Spritzer Park ni.






Spritzer Park adalah taman hijau berlandskap yang ada golf mini, kafe dan dan melawat kilang pembotolan air Spritzer pun boleh. Tapi time kami pergi Spritzer Park haritu tak buatlah aktiviti lawatan sebab sampai pun awal petang. Even tak melawat kilang pun, taman nya cantik dan banyak port yang boleh OOTD. Kami semua kerja bergambar di setiap port cantik. Sungai dan jambatan pun ada juga di situ.



Kalau nak golf mini, kena bayar RM10 untuk sewa alatanya. Tapi bola golf boleh jadi milik kita. Budak-budak memang seronoklah dapat main golf mini.





Tak besar sangat Spritzer Park ni. Dalam 2-3jam cukup spend masa dan buat semua aktiviti di situ. Kalau lawat kilang Spritzer spend lagi 30-60 minit lagi di situ. Apapun landskap Spitzer Park sangat cantik. Tempat sesuai jugak untuk photoshoot. Budak-budak juga boleh seronok di situ sebab ada golf mini.

No comments:

Post a Comment