Maksu ajak semua lunch di tempat makan special untuk nak sambut hari kelahiran anak kedua maksu yang ke Enam Tahun. Maksu mintak saya dan Didi pilih tempat makan untuk sambut birthday Qisya. Maksu tak sempat nak pilih disebabkan kesibukkan kerjanya. Jadual kerja pun tak normal macam kerja office sebab kerja nurse kan.
Bila nak pilih tempat makan special mestilah yang berkonsepkan asthetic. Café asthetic yang ownernya Muslim yang dekat dari rumah mak abah, banyak di Area Shah Alam dan Bangi. Di area rumah mak abah iaitu di Petaling Jaya memang tak ada tempat makan yang ada dua kriteria ni.
Cari punya cari dalam masa yang agak singkat Didi suggest lunch di 6piers, Shah Alam. Tak pernah makan di sini lagi. Just tahu café ni sebab yang sambut birthday Mus haritu plan asal nak lunch di 6piers ni. Malangnye date kami book, ada event pulak di 6piers. Owner 6piers suggest untuk order dengannya, makan di kedai sebelah. Hmmm apo gitu. Just pilih tempat lain untuk sambut birthday Mus.
Nasib baik untuk sambut birthday Qisya tak terjadi insiden yang sama. Boleh book untuk kami lunch di situ. Malah time kami sampai, banyak meja yang available.
Menunya ada banyak jenis masakan iaitu local, western dan Korean pun ada. Mostly semua termasuklah saya order western menu. Abah je order nasi iaitu Nasi Goreng udang.
Saya order sizzling lamb chop. Actually 50-50 nak order lamb ni. Takut akan dapat liat. Nak order jugak sebab macam dah lama tak makan lamb chop. Nasib baik lamb dimasak tak liat. Masalahnya alat cutlery yang diberi iaitu pisau adalah pisau butter. Bukan pisau untuk potong daging lamb chop. Memang berchintalah memotong lamb untuk dimakan. Sos & mash potato sedap.
Untuk drink saya order, iced latte. Takut jugak nak order caffe latte di tempat yang tak pernah order. Takut rasa susunya kuat sangat. Tapi iced caffe latte tak rasa susu langsung. Memang saya sukalah. Kimchi pun order drink yang sama macam saya. Dia punya kena tambah gula. Diakan kuat manis.
Overall oklah rasa makanan dan minuman yang kami order. Untuk enam dewasa dan lima kids makan habis dalam RM320. Will repeat makan di sini lagi. Tapi selagi still provide pisau butter,tak akan orderlah lamb & steak. Huhu. To Qisya, Happy 6th Birthday to you. May all your dreams come true.
Happy birthday Qisha!
ReplyDelete