3 January 2024

Lunch At Foodsbury, Shah Alam to Celebrate Mus' 27th Birthday

My youngest siblings, Mus turns to 27 years old on last December. Gediks family pilih untuk lunch di Foodsbury Shah Alam untuk menyambut hari kelahirannya.

Untuk saya ini kali kedua makan di Foodsbury. Yang first, masa baru anak sorang iaitu pada tahun 2016. Makan dengan Gediks Family jugak dan makan untuk menyambut hari kelahiran Mus jugak. Tahun 2016 tu sambut birthday Mus yang ke 20 tahun. Pilih makan di Foodsbury lagi ni sebab tak sempat nak survey tempat lain. Nak kena pilih tempat yang ada western food, kek dan paling penting rice meal yang boleh abah order. So repeat jeala birthday gathering di Foodsbury lagi. Lagipun dah tujuh tahun dah pun tak makan di situ since last saya makan di situ. Gediks family lain tak surela, tujuh tahun jugak ke macam saya.

Sizzling Chicken Chop. Sedap giler. Nampak macam portion kecik. Tapi dah habis makan, rasa kenyang.

Cabonara

Nasi meal untuk abah

Lasagna



Seingat saya masa makan yang first tu, pilihan makanan dan minuman yang boleh di order macam lagi banyak. Tapi yang kali ini, macam dah berkurang. Tapi rasa makanan dan minuman yang kami order tetap maintain sedap. Tempat pun cantik. Kalau dah deco bertemakan aesthetic ni, tak pernahlah tak cantik.

Iced Chocolate

Capuchino

Iced Hazelnut Latte

Yang saya order adalah Sizzling Chicken Chop. Kimchi pun order main course sama dengan apa yang saya order jugak. Untuk drink saya order Iced Hazelnut Latte dan Kimchi order Iced Vanilla Latte. Both coffee sedap dan kena dengan tekak saya. Takde overly milky taste.

For Mus, Happy 27th Birthday to you. Semoga Mus capai semua yang Mus hajati.

1 comment:

  1. Happy birthday kepada gerangan Mus! Happy family and happy tummy!

    ReplyDelete