Bawak anak & anak buah Hargai jasa P.Ramlee dengan melawat Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak
Semua filem Allahyarham P. Ramlee especially yang bertemakan komedi tak pernah jemu tonton walaupun dah ratusan kali ulang sebab lahir-lahir dah ada kan filem Allahyarham P. Ramlee. Almost semua filem beliau akan ada pengajaranlah.
Pernah pergi rumah Allahyarham P.Ramlee yang terletak di Penang. Then saya baru tahu, ada rumah beliau satu lagi rupanya. Dan yang terkejutnya rumah tersebut boleh je nak pergi anytime sebab tak sampai sejam pun dari rumah kami. Rumah Allahyarham P. Ramlee di area Kuala Lumpur.
Tahu pun sebab Kak Ida ajak pergi sebab dia ada datang KL. Kalau dia tak ajak memang ingat yang kat Penang tu jeala rumah Rumah Allahyarham P. Ramlee. Actually rumah P.Ramlee yang kat Penang adalah rumah kelahiran P.Ramlee. Manakala yang di KL iaitu di Setapak adalah rumah semasa hidup beliau dengan isterinya, Saloma dan merupakan rumah banglow setingkat.
Sekarang rumah ini diberi nama Pustaka Peringatan P.Ramlee dan tempat yang boleh nak mengenali Tan Sri Ramlee dan juga ingin menambah ilmu pengetahuan am tentang jasa Tan Sri Ramlee terhadap seni tanah air. Banyak jugak barangan kepunyaan beliau dan keluarga beliau dipamerkan di Pustaka ini. Even kereta yang pernah menjadi milik beliau pun ada dipamerkan di area luar Pustaka.
Nak masuk free je. Anak fruits dan my kids especially Dak Zafran dapat menambah ilmu mengenai latar belakang seniwan negara. Agak rasa ralat sebab dah umur mid 30s baru tahu tentang rumah P.Ramlee satu lagi ni. Tapi better late than never kan.
Apapun bangga ada seniwan yang memberi banyak sumbangan terhadap seni dan budaya negara. Semoga Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan keluargannya yag dah meninggal dunia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
0 comments:
Post a Comment