31 January 2024

Had Me Time by Solo Breakfast at Ngopi & Toast, Saujana Utama

Kalau zaman tok kaduk dahulu kala, solo breakfast/dining atau orang kita panggil makan sensorang nampak macam kesunyiaan sangat. Ada orang kata loser pun ada. Ntah apa reason saya pun tak tau. Sekarang solo dining ni dah perkara yang biasa dah.

Saya pun banyak kali solo dining. Paling kerap masa mengandungkan Dak Zayden sebab kerja nak telan sushi je. Mula-mula mengidam sushi, ada best friend yang teman makan sekali. Office pulak dekat dengan shopping mall yang ada Sushi King. Asal teringin je ajak bestfriend lunch di sushi King.


Tapi bila dah kerap sangat nak makan sushi sebab dari awal hingga ke hujung pregnancy kerja nak telan sushi je, pergilah makan sensorang. Kesian pulak kat best friend nak kena lunch makan makanan Jepun je. Kat Sushi King pulak memang ada sediakan tempat untuk solo diner. Since dah kerap solo dining masa mengandungkan Dak Zayden, dah tak rasa kekok untuk solo dining. 

Baru ni saya teringin sangat nak makan English breakfast dan minum freshly brewed coffee di cafe. Tapi café yang ada menghidangkan breakfast meal macamni dan yang harga marhaen untuk saya, yang saya tahu jauh-jauh. Rupa-rupanya ada café macamni kat dalam Saujana weyh. Nama café ni ialah Ngopi & Toast.

Saya apalagi pergi solo breakfast di Ngopi & Toast pada hari saya tak bekerja. Tak pergi time cuti sebab crowded. Pergi solo breakfast untuk me time.

Di café ni tak ada sediakan tempat untuk solo diner macam di Sushi King. Tapi saya duduk je di 2 seater table. Untuk breakfast, saya order Sunshine Plate iaitu English breakfast ke American tak sure mana yang betul. Yang confirm bukan melayu breakfast. Hehe. Untuk drink saya order iced latte. Order taufufah Cream Mitai sebab ramai review dessert ni sangat sedap. Habis dalam RM41.

Sunshine Plate


taufufah Cream Mitai 

Iced latte

Sunshine plate ada scramble egg, hotdog, potato wedges, toast and kaya dan salad. Kalau ikutkan boleh je nak buat sendiri kat rumah sebab semuanya senang nak prepare dan ada yang frozen punya. Tapi biasalah vibe makan di café tak samala kan compare di rumah. Ice lattenya sedap. Tak rasa susu langsung. Taufufah Cream Mitai sedap dan manis. Orang ada kencing manis jangan makan. Huhu.

Tertunai jugak keinginan saya nak makan English breakfast di café asthetic. Dapat jugak me time. Boleh repeat makan di sini lagi sebab semua yang saya order sedap dan kena dengan tekak saya.

27 January 2024

OOTD & Main Golf Mini di Spritzer EcoPark, Taiping

Spritzer adalah brand mineral water kegemaran ramai rakyat Malaysia, di mana kilangnya adalah di Taiping. Dan area kilang Spritzer ni ada Spritzer Park. Spritzer Park ni adalah tempat yang keluarga boleh buat aktiviti riadah. Tapi walaupun tak jauh pun dari rumah hometown Kimchi, dah anak tiga baru sampai ke Spritzer Park ni.






Spritzer Park adalah taman hijau berlandskap yang ada golf mini, kafe dan dan melawat kilang pembotolan air Spritzer pun boleh. Tapi time kami pergi Spritzer Park haritu tak buatlah aktiviti lawatan sebab sampai pun awal petang. Even tak melawat kilang pun, taman nya cantik dan banyak port yang boleh OOTD. Kami semua kerja bergambar di setiap port cantik. Sungai dan jambatan pun ada juga di situ.



Kalau nak golf mini, kena bayar RM10 untuk sewa alatanya. Tapi bola golf boleh jadi milik kita. Budak-budak memang seronoklah dapat main golf mini.





Tak besar sangat Spritzer Park ni. Dalam 2-3jam cukup spend masa dan buat semua aktiviti di situ. Kalau lawat kilang Spritzer spend lagi 30-60 minit lagi di situ. Apapun landskap Spitzer Park sangat cantik. Tempat sesuai jugak untuk photoshoot. Budak-budak juga boleh seronok di situ sebab ada golf mini.

12 January 2024

Lunch Di 6 Piers Cafe, Shah Alam Untuk Sambut Hari Kelahiran Anak Maksu, Qisya Yang Ke Enam Tahun

Maksu ajak semua lunch di tempat makan special untuk nak sambut hari kelahiran anak kedua maksu yang ke Enam Tahun. Maksu mintak saya dan Didi pilih tempat makan untuk sambut birthday Qisya. Maksu tak sempat nak pilih disebabkan kesibukkan kerjanya. Jadual kerja pun tak normal macam kerja office sebab kerja nurse kan.

Bila nak pilih tempat makan special mestilah yang berkonsepkan asthetic. Café asthetic yang ownernya Muslim yang dekat dari rumah mak abah, banyak di Area Shah Alam dan Bangi. Di area rumah mak abah iaitu di Petaling Jaya memang tak ada tempat makan yang ada dua kriteria ni.


Cari punya cari dalam masa yang agak singkat Didi suggest lunch di 6piers, Shah Alam. Tak pernah makan di sini lagi. Just tahu café ni sebab yang sambut birthday Mus haritu plan asal nak lunch di 6piers ni. Malangnye date kami book,  ada event pulak di 6piers. Owner 6piers suggest untuk order dengannya, makan di kedai sebelah. Hmmm apo gitu. Just pilih tempat lain untuk sambut birthday Mus.

Nasib baik untuk sambut birthday Qisya tak terjadi insiden yang sama. Boleh book untuk kami lunch di situ. Malah time kami sampai, banyak meja yang available.

Menunya ada banyak jenis masakan iaitu local, western dan Korean pun ada. Mostly semua termasuklah saya order western menu. Abah je order nasi iaitu Nasi Goreng udang.



Nutella Shake ni sedap giler


Saya order sizzling lamb chop. Actually 50-50 nak order lamb ni. Takut akan dapat liat. Nak order jugak sebab macam dah lama tak makan lamb chop. Nasib baik lamb dimasak tak liat. Masalahnya alat cutlery yang diberi iaitu pisau adalah pisau butter. Bukan pisau untuk potong daging lamb chop. Memang berchintalah memotong lamb untuk dimakan. Sos & mash potato sedap. 


Sizzling Lamp Chop

Ice Caffe Latte

Untuk drink saya order, iced latte. Takut jugak nak order caffe latte di tempat yang tak pernah order. Takut rasa susunya kuat sangat. Tapi iced caffe latte tak rasa susu langsung. Memang saya sukalah. Kimchi pun order drink yang sama macam saya. Dia punya kena tambah gula. Diakan kuat manis.

Overall oklah rasa makanan dan minuman yang kami order. Untuk enam dewasa dan lima kids makan habis dalam RM320. Will repeat makan di sini lagi. Tapi selagi still provide pisau butter,tak akan orderlah lamb & steak. Huhu. To Qisya, Happy 6th Birthday to you. May all your dreams come true.

9 January 2024

2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 1

Persatuan under kerja Kimchi yang Kimchi join, yang dipanggil Perkasa Selangor ada anjurkan family day di Sunway Lagoon. Pendaftaran family day ini dibuka untuk ahli Perkasa dan first come first serve. Kimchi tanya nak join ke tak, saya memang naklah join since dah lama tak pergi Sunway Lagoon. Last sekali pada tahun 2017 masa anak sorang lagi. Then bayar harga tiket pun dengan harga diskaun ahli perkasa. 

Pada hari family day, pagi pagi dah kena berkumpul di depan entrance dan daftar di situ. Entrance yang kena berkumpul pun bukannya di main entrance. Untuk family day kena berkumpul di Surf Beach Entrance. Baru tahu ada entrance lain selain main entrance rupanya. Kami pukul 8 lebih dah sampai. 



Nak masuk under tiket family day ni ada guideline kena follow. Lepas dah confirm attendance, pekerja Sunway Lagoon yang incharge untuk family day Perkasa akan pakaikan wristband pada pergelangan tangan dan ada extra tampal sticker pada wristband menandakan kita masuk under tiket family day.



Dah masuk, semua peserta family day pergi berkumpul di Harbour Deck. Harbour Deck ini adalah event space yang telah dibook sehingga petang untuk event family day Perkasa. 





Event family day start dari pagi hingga tengahhari. Aktiviti-aktivitinya adalah mula dengan sarapan. Lepas tu warming up dan disusuli dengan sukaneka. Since sukanekanya dibuat di Surf Beach yang ada man made beach dan pool jugak, kids termasuklah tiga ketul tersangatlah tak tahan godaan nak main air dan pasir. 








Ada yang masuk kolamlah sebelum aktiviti sukaneka tamat. Tapi Dak Zafran dan Dak Zafirah sempat join sukaneka walaupun almost nak kecundang dengan kolam. Dak Zafran siap ada menang salah satu sukaneka yang dia join lagi. Hehe.



Dah tamat sukaneka, pergi ke  Harbour Deck balik untuk acara peryampaian hadiah dan lucky draw. Kimchi dapat hadiah lucky draw blender. Dak Zafran dapat hadiah yang dia menang sukaneka.



Habis sesi penyampaian hadiah dan lucky draw, family day diakhiri dengan sesi photoshoot dengan semua ahli perkasa dan lunch. Lunch sempat ambil tapi tak sempat makan. Sebabnya tiga ketul dah tak sabar nak main pool. Almost meragamlah. Huhu.

Start dengan main air di Little Zimbabwe. Water playground di sini sangat menarik dan colourful. Banyak slide dan water play equipment yang boleh dimain. Memang kids main air lamalah kat sini.






Lepas tu ajak pergi main air di Captain’s Splash Adventure. Water playground jugak. On the way ke water playground ni jalan-jalan tengok haiwan di Wild Life Park. Tapi tak sempat nak tengok semua haiwan yang ada sebab  nak spend lebih masa main air dan nak kejar masa supaya sempat main man made wave di surf beach. Man made wave start pukul 430pm.







Water playground Captain’s Splash Adventure lagi menyeronokkan sebab lagi besar dan lagi banyak waterplay equipment dan slide. Dak Zafran ntah berapa puluh kali main slide yang paling tinggi di situ. Stop main dan terpaksa balik ke  tempat berkumpul family day sebab Zafirah kecundang je. Matanya masuk pasir. 


On the way ke Harbour Deck, kebetulan ada tram tengah tunggu penuh dengan passenger. Apalagi naiklah since akan ke area berdekatan dengan Harbour Deck. Rezeki Kimchilah sebab suppose dia kena balik ke Harbour Deck dengan jalan kaki sambil dukung Dak Zafirah. Naik tram ni tak perlu nak berjalan sambil dukung Dak Zafirah. Dak Zafirah dah tak mampu nak berjalan sebab mata masuk pasir. Huhu. Naik tram pun menyeronokkan budak-budak jugak especially Dak Zayden.

otw ke Harbour Deck. sib baik ada tram tengah tunggu dekat dengan tempat turun ni. naik tram ke Harbour deck.

Naik tram

Dah sampai pit stop kena berjalan sedikit ke Harbour Deck. Time on the way, lalu depan food stall yang ada jual Pizza. Dak Zayden terus mintak Pizza. Terpaksalah layan permintaan Dak Zayden sebab takut meragam. Lagipun yang dia mintak solid food yang mampu mengenyangkan perut dia. Kebarangkalian untuk meragam menjadi lebih rendah bila kekenyangan perut makin meningkat. Huhu.

Dah kat kaunter untuk order, harga pizzanya large RM68++.Mak aiiii. Actually tahu je harga makanan yang dijual dalam Sunway Lagoon tak akan ada yang marhaen. Aware tu. Tapii tak expect harganya semahal macamtu. Dah size yang boleh dipilih sama ada personal dan large je. Personal tu harga RM20++. Tengok size personal tu. Hmmm celah gigi Zayden je. Bukan gigi saya tau. Haha. Bila bercuti ni, memang sentiasa kena prepare yang banyak duit kena keluar. Tak apa yang penting kids happy.

Dah dapat pizza, pergi ke Harbour Deck untuk rehat. Lunch makanan yang ambil sebelum main air tadi. Yea baru dapat lunch. Layan kids nak main air kan. Rehat dan solat sementara tunggu man made wave start.

Continue reading Part 2 by clicking 2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 2