28 December 2023

Tiga ketul bersuka ria di event Thomas and Friends

Thomas And Friends adalah antara cartoon yang almost semua kids kenal. Tiga ketul pun samalah memang tahulah cartoon kereta api ni. Masa yang first time sampai rumah Farid bulan 5 haritu, ada pergi event Thomas And Friends: All Engines Go! sempena Thomas’ 78th Birthday di Sunway Big Box. Syok jugak event ni sebab banyak aktiviti menarik yang boleh join. Yang paling penting ada yang tak perlu bayar. Heee.




Tapi kalau nak naik Thomas Kiddie Train, kena ada resit mana-mana kedai di Sunway Big Box yang total RM30 ke atas. Kalau tak ada, tak dapat naik. Tiga ketul tersangat excited dapat naik kiddie train. Tak kisahlah takat pusing kat sekitar ruang legar floor yang sama ada event Thomas ni jugak. Yang penting dapat naik kiddie train.




Ada bounce house yang besar jugak untuk kids main lompat-lompat tak hingat dunia di dalamnya. Tiga ketul tak ketinggalan masuk dan lompat-lompat tak hingat dalam bounce house ni.

Di tengah-tengah event ni ada dipasang train track yang besar dan Panjang dan dibiarkan kereta api bergerak not stop di atas track ni. Kids memang sukalah tengok.



Then macam biasalah ada banyaklah jenis toy Thomas and Friends di situ. Actually itulah main purpose event ini dibuat. Nak racun kids supaya mengepow parents masing-masing untuk beli toys Thomas and Friends. Kuikuikui. But tiga ketul tak termakan dengan godaan mainan yang ada di situ. Haha.

Apapun tiga ketul sangat having fun dengan event Thomas and Friend ni. Happy 78th Birthday, Thomas & Friends.

22 December 2023

Happy times with Family At Garfu Place, Taiping

Kat Taiping ada banyak café Hipster yang boleh pergi untuk makan nak juga healing. Café Hispter memang dapatlah nak duduk tenang-tenang bila dah berada di situ kerana keestetikan deco nya.

Ada satu malam tu, makan di café hipster lagi estetik di kafe Garfu Place. Pergi situ bukan nak makan untuk kenyang sebab dah makan malam dah. Just nak family mertua nak gather Bersama-sama sambal order makanan ringan-ringan.


Memang cantik enterior deco kafe Garfu Place. Siap ada vespa di dalam café ni yang dijadikan salah satu hiasan di situ. Budak dua ketul sibuk nak naik vespa ni.

Untuk makan sebab just nak makan ringan-ringan sahaja kan. Kami order Hawaian pizza dan Cheese Pizza, spaghetti bolognaise untuk Zafran, French fries. Geng lelaki ada order nasi goreng. Ada order drinks jugak. Not bad rasanya. Habis dalam RM250 macamtu. Boleh tahan harganya. Order menu western kan.





Next time kalau ada rasa nak makan di Garfu Place lagi, boleh try order menu lain. Sebab rasa semua makanan yang kami order, sedap.