21 October 2023

Lunch At Dubuyo, Setia City Mall With Geng HIMS

Ada satu hari haritu, hari stress saya dan geng HIMS saya jugak. Dah stress stress apalagi, terus cari makan sedap untuk lunch di Setia City Mall. Semua sepakat untuk makan di Dubuyo. Most of geng HIMS pernah makan situ dan diaorang kata sedap. Saya follow je nak makan mana-mana pun.

Lunch At Dubuyo Setia City Mall
Ni yang saya order Soondubu Jigae Beef

Dubuyo adalah restaurant makannan Korea dan ada sijil Halal dari Jakim. Yang besnya ada set lunch yang agak oklah harganya. Ada empat pilihan set lunch yang ada sekali drink yang harganya RM20/set. Oklah sebab campur drink sekali. Set-set bezanya pada main dish nya iaitu Spicy Topokki, Soondubu Jigae Chicken/ Beef, Honey Bulgogi Chicken atau Ramyeon. 

Lunch At Dubuyo Setia City Mall
Chicken Wing yang dapat 50% off kalau order time lunch

Lunch At Dubuyo Setia City Mall
Ni member order, Ramyeon

Saya pilih Soodubu sebab ada nasi dan dimakan dengan macam sup rebusan korea yang ada beef, telur dan tauhu lembut. Then kami tambah order lagi Buldak Wing untuk share. Meal ni ada 5 pieces chicken ayam yang dapat 50% off kalau order time lunch. 

Lunch At Dubuyo Setia City Mall

Sedap weyhh yang saya order ni. Makan nasi dengan sup dihidang panas-panas. Tak muak langsung dan tak pedas Soondubu Jigae saya order ni. Saya boleh makan sampai habislah. Tahu dahlah nak restaurant mana nak makan kalau terasa nak makan korea yang confirm kena dengan tekak tak lain tak bukan ke Dubuyo

4 comments:

  1. LeYa lama juga tak singgah makan di Dubuyo. Ermmm.... tengok2 menu kat atas ni yang terasa nak pergi ni... Hehe... Apa pun enjoy your food ya

    ReplyDelete
  2. Thanks for being a constant source of motivation, encouraging growth and exploration.

    ReplyDelete