Pertama Kali Seumur Hidup Datang Tengok Sambutan Merdeka Secara Live

Masa perarakan sambutan merdeka negara kita tahun lepas, sungguh luar biasa kemeriahannya dengan kunjungan rakyat Malayisa. Tersangat ramai yang datang nak tengok love. Ada yang sampai-sampai KL terpaksa patah balik sebab terlampau sesak sangat. Yeala ini adalah perarakan pertama selepas PKP. 

Ikutkan saya ada je ajak Kimchi tengok perarakan secara live untuk sambutan merdeka tahun lepas. Saya pun seumur hidup tak pernah lagi datang tengok perarakan secara live. Tapi Kimchi cakap better tengok di rumah sahaja. Sebab satu ini perarakan pertama dibuat sejak PKP. Semangat rakyat Malaysia tersangatlah lain lepas dah lockdown lama. Second buat di Kuala Lumpur. Tahulah kan area Kuala Lumpur ni bila dah ramai datang akan sesak yang tak boleh bawak bincang. Third content creator di kalangan rakyat Malaysia pun semakin meningkat. Impak dari PKP jugaklah. Jadi ramailah content creator yang nak buat content untuk media social masing-masing. 

Memang betul pun. Sedara belah mak dan ada kawan jugak yang datang nak tengok perarakan dengan naik train, bila dah sampai stesen di KL, dapat berjalan sedikit je ke tempat perarakan. Then terpaksa patah balik sebab terlalu ramai rakyat Malaysia datang tengok perarakan merdeka. Memang buat keputusan yang tepatlah untuk tengok di rumah sahaja. 


Tapi untuk sambutan merdeka tahun ini, my SIL, Ena ajak tengok secara live sebab lokasi tahun ni di Putrajaya. Jadi kawasannya more luas compare KL. Then ada rumah adik ipar di Cyberjaya yang dekat dari tempat perarakan di Putrajaya. Jadi malam sebelum hari perarakan boleh tidur di rumahnya dan gerak awal pagi pada hari perarakan. Atas few reasons ni, Kimi pun bersetuju untuk turut serta tengok perarakan secara live. Wah first time datang tengok perarakan live ni.


Pada hari perarakan iaitu 31 Ogos 2023, kami gerak pukul 7 pagi dari rumah Mimi.Sampai Putrajaya nak dekat pukul 8 pagi macamtu. Rezeki budak-budak sangat sebab by the time kami lepas jalan masuk Putrajaya, polis yang jaga di situ terus tutup jalan masuk Putrajaya tu sebab dah sesak. Kami sempatlah nak dapat parking dekat dengan tempat perarakan. Kalau Ena & family tak sempat, terpaksa parking jauh.

Kami dapat parking di area bangunan KPK. Memang hadapan bangunan ni je perarakannya. Tapi dah penuh dengan lautan manusia even dah dekat dengan perarakan. Jadi dapat tengok dari jauh sahajalah. Itupun kalau yang di hadapan semuanya duduk. Kalau berdiri memang yang kat belakang tak dapat tengoklah.







Walaupun ramai dan sesak, masih tak samalah vibe nya compare tengok di TV.Sangat meriah. Dapat tengok pertunjukan jet pejuang di udara. Dan semua yang datang situ penuh dengan semangat patriotic. Mostly yang datang mengenakan pakaian bertemakan Malaysia. Budak-budak pun seronok tengok perarakan walaupun tengok dengan panjat kerusi yang ada di situ.




Kalau perarakan dibuat di Putrajaya, boleh repeat datang tengok live lagi. Kalau di KL, better tengok di TV sahaja. Apapun seronok sangat tengok perarakan merdeka secara live.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Meriahhhh tengok LIVE kann 😍

    Yaaa..sebelum PKP kan mmg kat Putrajaya selalunya.. Tak sure kenapa KL last year..huhu.. Nona pun tak pernah lagi pergi

    ReplyDelete