Ada satu malam tu selepas family dinner dengan Gediks Family untuk sambut birthday beloved Didi di Bukit Jelutong, semua pulang ke rumah since dah nak buat apa-apa aktiviti dah. Since malam masih muda dan Sabtu malam pulak yang esoknya masih cuti lagi, apalagi ajak Kimchi bawak budak-budak menikmati suasana KL pada waktu malam. Dan Kimchi ajak pergi Saloma Bridge yang lagi cantik untuk pergi pada waktu malam.
Saloma Bridge lagi cantik pergi waktu malam sebab lampu-lampu yang banyak warnanya dipasang pada waktu malam. Yeala kalau dipasang pada waktu siang, bukannya Nampak apa pun. Salamo Brdge ni actually jejantas untuk pejalan kaki tapi dibuat dengan yang cantik dan menarik. Menjadikan ramai pengunjung datang untuk jalan-jalan dan OOTD di situ.
Dah nama jejantas of coursela tak kena bayar apa-apa. Tapi kalau ada bawak kereta dan semestinya nak kena parking. Haaa parking yang kena bayar dengan rate teramat kayangan. Parking dalam sejam macamtu kena dalam RM15++. Yeala dahla parking dalam area Kuala Lumpur, then dekat dengan tempat menarik pulak tu.
Jalan nak ke Saloma Bridge baru perasan bersebelahan dengan kubur Islam. Tapi sebab ramai orang dan ada jugak polis yang jaga area di situ, tak ada rasa apa-apa. Lagipun kubur Islam. Buat nak takut since umat Islam yang ditanam di kubur tu. Tapi tak lama lepas tu, ada lalu FYP Tik Tok saya yang ada pengunjung kena serangan hysteria semasa jalan berdekatan kubur tersebut. Wallahulam.
Tiga ketul seronoklah tengok lampu-lampu di Saloma Bridge. Ada lebih 4000 LED warna-warni. Lampu di Saloma Bridge bertukar warna dan tema ikut musim perayaan atau cuti. Time kami pergi bertemakan bendera Malayisa.
Saloma Bridge dengan rekaan gaya sirih junjung yang ada2 tempat untuk OOTD. Dari situ jugak boleh lihat KLCC da semua bangunan pencakar langit yang ada di KL. Ada jugak beberapa mascot untuk pengunjung bergambar. Diletak tabung yang boleh nak beri ikut seikhlas hati selepas bergambar dengan mascot tersebut. Dak tiga ketul pilih untuk bergambar dengan mascot Mickey Mouse berlatarbelakangkan KLCC.
Saloma Bridge boleh dikunjungi sehingga pukul 12pm. Buka balik pada pukul 5pagi. Dibuat ada waktu tutup untuk faktor keselamatan. Sangat menarik untuk dikunjungi Saloma Bridge ni. Dapat jugak terapkan semangat patriotik pada anak-anak bila kunjungi Saloma Bridge kerana sangat bertemakan negara Malaysia. Boleh repeat kunjungi Saloma Bridge lagi.
No comments:
Post a Comment