Eat, travel & shop in Kuala Terengganu’s popular places| Day 2

Aktiviti first day di Kuala Terengganu hanya sempat buat satu aktiviti iaitu makan d Restoran D’Suasane Ibai. Esoknya pada hari kedua, breakfast di tempat wajib breakfast kalau sampai Kuala Terengganu iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Awal gerak dari homestay sebab takut kena beratur Panjang.

Kuala Terengganu’s popular places

Sampai-sampai dah nampak beratur panjang di kaunter. Tapi belum sampai terkeluar dari kedai. Stail kedai ni, kena order dan bayar dahulu di kaunter, then baru dapat nombor meja yang kitab oleh duduk. Makanya  tak boleh la ye nak cop meja dahulu sebelum order macam biasa kita buat di kedai lain.

Kuala Terengganu’s popular places


Menu kami order of course nasi dagang. Tapi lauknya adalah ayam goreng. Selalunya kalau lauk ayam ni ayam gulai kalau dimakan Bersama dengan nasi dagang. Macam first time saya makan nasi dagang berlaukkan ayam goreng. Ada jugak lauk ikan. Then ada order jugak keropok lekor satu pinggan. Untuk kuah nasi dagang, adalah gulai telur. Rasanya ok no wonder setiap hari tak pernah tak ramai orang datang makan di Restoran Nasi Dagang Atas Tol ni. Kuah pekat dan cukup rasa. Tak pedas which I like. Nasi dagang lembut. Lauk ayam goreng pulak garing di luar dan isi dalamnya lembut. Total kena bayar untuk kami order ni adalah RM60++

Kuala Terengganu’s popular places

Semua minuman yang kami order iaitu teh ais, teh hijau air etc semuanya pekat dan sedap. Tapi potong kaki punya manis. Hari-hari minum air manis macamni, mau cepat kena kencing manis.

Dah selesai kenyangkan perut, bawak tiga ketul main pasir di Pantai Batu Buruk. Sian pulak bawak budak-budak jalan-jalan, tapi tak ada selitkan aktiviti yang tiga ketul suka buat. Dahla dari hari Sabtu aktivit makan je.Pi kenduri pun makan jugak.Bagi my kids aktiviti makan ni sangat memberi tekanan kepada mereka. Tak suka langsung food hunting sebab tak suka makan. Gitulah anak-anak kami. Memang berperang nak bagi makan especially makanan yang healthy dan mengenyangkan. Dak Zafirah dahlah sampai sampai Kuala Terengganu, sebut nak main sand castle setiap kali nampak pantai.

Kuala Terengganu’s popular places


Since dari malam sebelumnya plan nak bawak tiga ketul main pasir di Pantai Batu Buruk, lepas dinner ikan balar terus pi Mr DIY, belu peralatan mainan bina sand castle.

Kuala Terengganu’s popular places

Kuala Terengganu’s popular places



Sampai je Pantai Batu Buruk, meluru tiga ketul main pasir pantai. Seronok bukan kepalang dapat main pasir pantai. Pantai Batu Buruk pun bersih sangat. Pasir pun halus je. Ombak agak kuat. Tu tak orang mandi pantai tu.

Kuala Terengganu’s popular places



Tiga ketul dapatlah main dalam sejam. Tak dapat nak main lama sangat sebab dah makin panas terik. Sampi dalam pukul 10am, cuaca dah panas terik sedikit.Dak Zayden pun macam tak berapa sihat. Apapun puas hati sebab tiga ketul happy.

Kuala Terengganu’s popular places


Balik dari pantai Batu Buruk, terus balik homestay bersiap untuk check out. Aktiviti terakhir adalah buat aktiviti popular lain pulak selain food hunting iaitu shoppingggg. Kat Kuala Terengganu tempat shopping wajib singgah semestinya Pasar Payang.

Pasar Payang ni adalah bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Kuala Terengganu’s popular places


Pasar Kedai Payang betul-betul mengadap Laut China Selatan. Dalam bangunan Pasar Kedai Payang ada banyak gerai yang pelbagi jenis barangan seperti barangan, kuih-muih tradisional, pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu, hasil kraf tangan dah banyak lagi. Tapi lorong-lorong untuk pengunjung lalu dalam pasar pasar paying tak besar sangat. Kalau ramai orang memang sesak dan jadi panas. Anak-anak yang tak tahan memang akan meragam termasuklah anak kami. Keselamatan anak-anak pun kena jaga. Takut hilang. Since anak-anak kami meragam terpaksa mintak atuknya jaga mereka dalam kereta. Maknya sambung shopping lagi. Hehe.

Kuala Terengganu’s popular places


Mak dapat shopping kain pasang untuk raya tahun depan. Hasil shopping kami makanan dan selebihnya of course untuk dua ketul Zafirah dan Zayden. Dapat baju, makanan dan  belon. Nasib baik abangnya dah besau. Dah tak mengepau dah.

Kuala Terengganu’s popular places


Itulah aktiviti popular wajib buat di Kuala Terengganu yang sempat kami buat. Yeala duk dua hari satu malam kan. Then ada pergi kenduri jugak tu. Kira banyak la tu aktiviti dapat buat. Next time sampai lagi Kuala Terengganu, buat aktiviti popular lain pulak. Paling penting kena selitkan aktiviti yang kids duka buat. Barulah percutian lagi memorable. Hehe.

Back reading Part 1 by clicking Eat, travel & shop in Kuala Terengganu’s popular places| Day 1

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments:

  1. Wahh! Betul2 enjoy ni..
    Mcm2 aktiviti dpt buat.
    Nnti ajklh mk lsng join sama...

    ReplyDelete
  2. bahagia nya dapat bercuti dengan keluarga

    ReplyDelete
  3. Real experiences shared by previous clients offer a glimpse into a company's reliability and competence. Look for testimonials that highlight successful local SEO campaigns and positive interactions.

    ReplyDelete