Eat, travel & shop in Kuala Terengganu’s popular places| Day 1

Kalau pergi Kuala Terengganu, banyak tempat menarik dan tempat makan sedap yang boleh pergi. Saya dan family saya ada pergi Kuala Terengganu baru ni sebab stay dua hari satu malam je di Kuala Terengganu, dapat pergi beberapa tempat je. Tak apalah sampai Kuala Terengganu pun sebab ada pergi Wedding Reception anak sepupu di Kuala Besut. Selepas pergi kendurilah, bermalam lah di Kuala Terengganu untuk jalan-jalan di bandar ni.

Wedding Reception hari Sabtu. Hari Jumaat dah gerak dari KL dan bermalam di Gambang, Pahang. Esok paginya terus check out dan terus gerak ke tempat wedding recetion di Kuala Besut. Balik dari wedding reception, gerak ke homestay yang kami book f Kuala Terengganu.Nama homestay kami book untuk bermalam sehingga hari Ahad esoknya Homestay Nuriffa.

Kuala Terengganu’s popular places
Bergambar di hadapan Homestay Nuriffa

Best Homestay Nuriffa ni. Homestay ni adalah rumah sebijik di atas tanah lot. Laman di hadapam rumah sangat luas yang boleh parking banyak kereta dan dikelilingi pagar. Dalam homestay ada tiga buah bilik, tiga toilet, satu ruang dapur lengkap dengan kelengkapan memasak, satu ruang tamu ada tv dan sofa dan satu ruang makan ada set meja makan. Kemudahang yang disediakan di homestay sangat lengkap. Paling penting ada iron dan iron board. Barang penting untuk kaum hawa. Hehe. Dan satu lagi semua bilik ada aircon. Rate homestay adalam RM230/night.

Kuala Terengganu’s popular places

Selepas check in, malamnya kami dinner di Restoran D’Suasane Ibai. Kedai yang menyajikan menu ikan bakar, masakan kampung dan ala thai. Kami sampai sebelum pukul 9pm macamtu. Tapi pilihan ikan untuk ikan bakar dah tak banyak. Berbeza kalau compare dengan Jeram Ikan Bakarr. Pukul 9pm, kedai ikan bakar di Jeram meriah dengan pilihan seafood.

Kuala Terengganu’s popular places

Kami pilih seekor siakap untuk dibakar. Dan beberapa ekor sotong besar utk dimasak goreng tepung dan juga masak merah untuk ada kuah.Ada order tomyam dan sayur. Rasanya ikan bakar lah paling sedap. Lain daripada lain perapan yang digunakan untuk ikan bakar. Pekat, cukup rasa dan sedap perapan digunakan. Ikan bakar pun garing di luar dan lembut dan fresh isi di dalamnya. 

Kuala Terengganu’s popular places

Kuala Terengganu’s popular places

Kuala Terengganu’s popular places

Sotong goreng tepung pulak, rangup dan sedap salutan tepung pada sotongnya. Kuah pencicah untuk ikan bakar dan sotong goreng tepung juga pekat dan sedap. Habis dalam RM160 untuk semua kami order ni.

Kuala Terengganu’s popular places

Kuala Terengganu’s popular places

Kuala Terengganu’s popular places


Restoran inipun cantik tempatnya. Suasana dan dekorasi restoran ini sangat unik kerana dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan di sekelilingnya. Ala-ala kampung tradisional gitu.

Continue reading part 2 by clicking Eat, travel & shop in Kuala Terengganu’s popular places| Day 2

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment