Late lunch at 10 Thai, Tamarind Square, Cyberjaya

Haritu ada tolong Mimi dan Adi pindah rumah. Angkat barang-barang dari rumah sewa ke rumah barunya. Selepas selesai angkat barang pada pukul 4 lebih, baru teringat belum lunch lagi. Mimi ajak lunch di 10 Thai. Thai Ten terletak di mall yang ada Indoor Garden yang sangat cantik iaitu Tamarind Square. 

Suka pergi Tamarind Square sebab banyak port OOTD yang cantic dan tempat sesuai untuk healing. Saya pernah sampai sekali yang di introduce oleh Mus. 10 Thai adalah restaurant yang menu berasaskan Thai. So, main menu adalah nasi dan lauk-pauklah siamlah. Dah late lunch kan. Haruslah makan nasi sebab lapar sangat. Dengan baru lepas tolong angkat barang rumah lagi.


Menu yang kami pilih untuk late lunch kami adalah kami pilih set C, set untuk 4 orang makan. Set C ini ada Clear Tomyam Chicken, Thai Omelet, Daging Masak Merah, Stir Fried Mixed Vegetable, Siakap tiga Rasa dan 1 Jug of Juice. Macam tak cukup kan order satu set jea since dewasa ada enam pax. Kids lagi. Tapi Adi dan Mimi order menu lain iaite Chicken Pad Kra Pa with rice. Pastu add on satu lagi lauk iaitu Deep-Fried Squid.



Order semua ni campur few fancy drinks, habis dalam RM320. Macam pricey. Yeala restaurant level kayangan kan. Kalau makan di Ikan Bakar Jeram, boleh dapat RM200++ order menu macamni. Tapi rasa semua foodnya, semuanya sedap-sedap. Tak adalah yang tak boleh diterima tekak. 


Cuma rasa sedap tu just cukup untuk makan sekali sahajalah. Tak akan repeat makan lagi sebab yeala harganya kayangan kan. Kita ni bukan level kayangan. Sedar diri tu. Huhu. Tapi sangat menenangkan jiwa makan di 10 Thai sebab interior design kedai ni sangat cantik dan cozy.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment