29 July 2023

Mandi sungai di Janda Baik

Mandi sungai di Janda Baik

Masa sambut birthday kawan kastam di Lemuni tahun lepas, selepasnya itu pergi mandi di sungai Kampung Janda Baik pulak. First time mandi sungai di Janda Baik. Masa bercuti dengan Gediks Family di Janda Baik beberapa bulan sebelum tu tak dapat mandi sungai. Air sungai terlampau deras sebab baru lepas hujan.

Tak ada kecewa pun tak dapat mandi sungai masa bercuti dengan gediks. Lagi suka mandi swimming pool atau di waterpark. Tahu sungai lagi bersih. Pool pool ni ada chlorin. Tapi preparation untuk mandi lagi renyah. Pastu macam ada anxiety mandi sungai ni. Sebab banyak kes kepala air kan.

Mandi sungai di Janda Baik


Kawan -kawan kastam ajak mandi sungai sebab dah alang-alang kat Janda Baik. Lagipun lepas lunch di Lemuni, dah tak ada aktiviti nak buat dah. So apalagi mandi sungailah.

Kami pilih di area Kampung Janda Baik sebab area ni banyak pondok tepi sungai yang disewa untuk berkelah dan letak barang-barang. Nak sewa dalam RM30/pondok. Kami sewa dua pondok. Then bukak portable meja berdekatan pondok untuk letak makanan.

Mandi sungai di Janda Baik
Datang moto eskrem kat kami, confirmla pak maka kena pawla

Mampu mandi dua jam je sebab air sungai sejuk ya amat. Macam air baru keluar dari peti ais. Ke lagi sejuk. Sungai sangatlah bersih. Agak deras. Jadi budak-budak macam Dak Zayden memang kena berpegang kalau berendam dalam sungai even tak dalam pun sungainya. Semua budak sangatlah having fun mandi di sungai di Janda Baik.

Mandi sungai di Janda Baik


Mandi sampai nak dekat maghrib. Untuk nak mandi, ada toilet awam berdekatan area pondok kami. Mandi sungai ni memang kalau dibandingkan mandi di waterpark, kuranglah nak dapat facility yang selesa dan bersih seperti toilet, shower dan etc. Tapi hanya mandi sungailah yang kita dapat close dengan nature. Boleh menikmati keindahan pohon-pohon hijau yang ada di sekeliling sungai. Satu lagi air sungai bebas dari chemical. Itulah yang bestnya berkelah dan mandi sungai. Yang tak akan dapat kalau mandi di kolam buatan manusia.

22 July 2023

Minyak Zaitun Al-Ard Dijamin Tulen Dan Berkualiti Tinggi

Khasiat Minyak Zaitun sudah lama telah dibuktikan secara kajian saintifik.  Dengan pengambilan minyak zaitun, tubuh badan kita akan memperolehi pelbagai kebaikan. Oleh sebab itulah saya  sentiasa memastikan ada pengambilan minyak zaitun dalam hidup saya.

Tapi baru-baru ini saya dapat tahu cara pemilihan minyak zaitun yang saya lakukan selama ini adalah SALAH. Yea Salah. Sebab apa saya cakap salah.

Pertama saya pernah mengambil minyak zaitun dalam botol warna cerah. Kedua dahlah botol cerah, material botol minyak zaitun adalah plastik. Dua-dua ini adalah antara Big No No untuk pemilihan minyak zaitun berkualiti. Saya ulang lagi sekali 'BIG NO NO'. Aduhai minyak zaitun yang saya ambil selama ini adalah tidak berkualiti rupa-rupanya.

Terima kasih kepada Minyak Zaitun Al-Ard kerana menbekalkan produk minyak zaitun yang memenuhi ciri-ciri dan kriteria minyak zaitun yang tulen dan berkualiti tinggi.

Minyak Zaitun Al-Ard


Kenapa Minyak Zaitun Al-Ard memenuhi ciri-ciri minyak zaitun tulen dan berkualiti. Ini kerana Minyak Zaitun Al-Ard:

Pertama:  Pembotolan untuk minyak Zaitun adalah di dalam botol kaca gelap atau aluminium. Botol berwarna cerah tidak sesuai untuk minyak zaitun kerana kandungan khasiat akan hilang disebabkan oleh Proses Photo Oxidation kerana terdedah cahaya UV. Manakala botol plastik pula kandungan bahan kimia yang ada di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun.

Pilihan penggunaan Botol Aluminium yang dapat menyekat Cahaya 100% adalah pilihan Terbaik bagi Pembotolan Minyak Zaitun.

Kalau jumpa minyak zaitun di dalam botol plastik atau botol warna cerah atau kedua-duanya, haaa tahu dahlah memang tak berkualiti lah minyak zaitun tu.

Minyak Zaitun Al-Ard

Kedua: Minyak Zaitun Al-Ard Diproses Secara Moden Menggunakan Teknologi Terkini Mengikut Standard & Piawaian International Olive Council (IOC)

Ketiga: Dibotolkan dengan teknik yang betul iaitu Nitrogen Injection menggunakan Botol Kaca Hijau Anti Ultra Violet. Penggunaan Gas Nitrogen adalah untuk mengekalkan kandungan khasiat minyak zaitun.

Keempat: Minyak Zaitun Al-Ard Mempunyai Pensijilan Organik Tertinggi dari JAS (Japanese Agriculture Standard)  dan EU Organic (European Union). JAS mempunyai Standard atau Piawaian yang Terbaik di Dunia. Ini adalah bagi memastikan produk yang akan diedarkan di Negara Jepun adalah bermuti tinggi dan berkualiti serta dihasilkan mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan. Produk Minyak Zaitun Al-Ard telah dijual di Japan sejak lebih 10 tahun lalu.

Dan banyak lagilah keistimewaan Minyak Zaitun Al-Ard. Nak tahu keistimewaan minyak zaitun Al-Ard, boleh layari di FB Alard Malaysia .

Minyak Zaitun Al-Ard
Gambar dari FB Al-Ard Malaysia


Apabila kita mengambil Minyak Zaitun Al Ard yang tulen dan berkualiti tinggi, badan kita akan memperolehi banyak kebaikkan iaitu:

1. Kaya Dengan Antioksidan Mampu Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit-Penyakit Kronik

2. Menyelesaikan masalah cacing dan parasit dalam perut. Haa ini bagus. Anak yang susah nak makan ubat cacing boleh gantikan dengan minyak zaitun. Letak sahaja sedikit minyak zaitun pada nasi or etc, beri anak makan, case closed untuk nyah cacing tahunan anak.

3. Mampu membantu mendapatkan berat badan yang diidamkan

4. Membantu mengatasi masalah sembelit

Dan banyak lagi. Boleh layari di FB Al-Ard Malaysia untuk mengetahui kebaikan yang lain.

Minyak Zaitun Al-Ard


Pengambilan minyak zaitun ada pelbagai cara. Antaranya adalah:

Cara Pertama: Minum satu sudu makan, sebelum sarapan pagi dan satu suduk makan sebelum tidur malam, ketika perut kosong. Jangan minum air selama tiga minit selepas minum minyak zaitun.

Minyak Zaitun Al-Ard


Gambar dari FB Alard Malaysia

Cara Kedua: Campurkan ke dalam makanan. Tapi campurkan ke dalam makanan yang sudah siap dimasak. Bukan ketika masak atau digunakan sebagai minyak masak. Kalau tidak, kualiti minyak zaitun akan berkurang. Nak senang guna sebagai dressing di dalam salad/sayur-sayuran /makanan lain.

Cara Ketiga: Dinikmati dengan roti untuk mengantikan butter.

Cara keempat: Kalau taknak consume minyak zaitun, sapukanlah minyak zaitun di kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan. Minyak zaitun mampu menghilangkan kesan parut dan kekeringan kulit, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut  serta melebatkan dan menghitamkan rambut.


Dengan memilih untuk mengambil Minyak Zaitun Al-Ard,  saya tidak lagi ada masalah tersalah pilih minyak zaitun yang tulen dan berkualiti tinggi.

Selain produk makanan, Al-Ard juga ada menghasilkan produk penjagaan diri berasaskan minyak zaitun seperti Sabun Cecair Minyak Zaitun Al-Ard. Sabun ini boleh digunakan untuk cucian tangan, sabun mandian dan juga syampu rambut . 

Minyak Zaitun Al-Ard


Sabun cecair ini sangatlah saya suka sebab memperolehi banyak kebaikkan apabila mengunakan sabun ini. Antaranya adalah:

Pertama: Membersihkan kulit secara mendalam dengan menembusi liang-liang kulit.

Kedua: Menyuburkan dan membantu memperbaharui sel-sel kulit anda,.

Ketiga: Membantu melembapkan kulit secara semulajadi tanpa menyahkan minyak asli yang terdapat pada kulit kita.

Harga RM89.00 bagi saiz 250ml dan RM159.00 bagi saiz 500ml. 

Ianya jauh lebih jimat dengan pembelian produk saiz 500ml. 

Minyak Zaitun Al-Ard


Cepat-cepat dapatkan Minyak Zaitun Al-Ard kerana kualiti nya yang tinggi dan ketulenannya mampu memberikan banyak kebaikkan kepada tubuh badan kita.

Untuk pembelian minyak zaitun Al-Ard, boleh layari di

http://www.alardproducts.my

http://www.alard.my

Nak tahu maklumat lanjut mengenai minyak zaitun Al-Ard, boleh layari di

url:

FB: https://www.facebook.com/Alardmalaysia1/

Website Al-Ard Far East Sdn Bhd, Malaysia: www.alard.my

6 July 2023

Family Luncheon with Cuzzies At Tuah Café, Bangi Setelah Banyak Hari Makan Daging Korban

Balik dari kampung untuk raya Korban baru ni, setelah banyak hari makan daging korban, pergilah lunch western pulak. Lunch western di Tuah Café, Bangi. Anak-anak Maksu pun ada join jugak sebab tumpang balik Saujana sama.


Saya dan Kimchi order grilled chicken. Mak orde chicken chop. Mus cam biasa suka order menu berasaskan kambing iaitu lamp chop. Abah sejenis kena makan nasi jadi order salted egg squid rice. Didi order Grilled Chicken with Rice. Budak-budak order kids meal. Kids meal ada sekali dengan drink. Untuk food boleh pilih sama ada nak spaghethi bolognaise/cabonara or fish & chips. Apapun pun menu, harga tetap sama which is RM12/set.









Bagi saya all foods sedap. Lamb yang Mus order pun lembut. Mushroom sauce pun sedap. Dan portion pun not bad. Habis dalam RM236. Enterior deco restaurant ni pun cantic dan cozy. Pastu dah makan western food, kembali ke kehidupan nyata balik dengan makan masakan sendiri je. Pokai oiii kalau hari-hari nak makan western food di café hipster ni. Ahaks.

4 July 2023

Alami Dunia Ternakan Lembu Sambil OOTD di Ladang Farm Fresh

The Acre By Farm Fresh adalah salah satu tempat yang boleh kenali lebih mendalam aktiviti ternakan dan perladangan. Dan boleh jugak untuk OOTD sebabnya tempatnya ada banyak spot yang cantic untuk bergambar. Salah satu spot signature yang cantic untuk OOTD adalah permandangan rumput hijau yang luas dan cantik. Bila bergambar berlatarbelakangkan padan rumput ini, terasalah berada di NZ. Ceh caka terasalah berada macam pernah sampai je. Padahal tak pernah sampai NZ pun. Ahaks.


Kami sampai-sampai The Acre by Farm Fresh, pergi beratur untuk nak tractor. Dengan naik tractor ini, akan dibawa pusing Kawasan sekitar ladang. Tapi lembu-lembu tak dilepaskan ke ladang. Semua lembu duk dalam bangsal. Jadi tak dapatlah lihat lembu-lembu tengah makan rumput di ladang dari dalam tractor. Pusing-pusing naik tractor macam just dapat tengok fasiliti yang ada di situ, kolam, ladang sayur. Itu je. Tapi budak-budak dapat naik tractor pun dah seronok.



Then sebelum hantar kami semula, tractor bawak kami naik atas puncak bukit. Di atas bukit ada papan tanda perkataan Farm Fresh yanh cantic untuk bergambar. Boleh tengok gambar first. Kami spend dalam lima minit di situ, balik semula ke entrance ladang Farm Fresh. 


Study map tu. sebab besar dan luas jugak ladang farm fresh ni

Lepas tu jalan-jalan lihat aktiviti ternakan lembu di situ macam lembu tengah mandi, makan, bersanta dan tengah massage pun ada weii.. Jangan main-main dengan lembu sekarang. Kena jaga emosi lembu, Baru dapat lembu yag berkualiti. Boleh lihat lembu dewasa dan anak lembu.



lembu tengah sesi massage oleh alat urut macam roller

Selain lembu, haiwan ternakan lain pun ada di situ seperti ayam, ungags, arnab dan macam-macam lagi. Dah jalan-jalan lembu dan semua haiwan yang ada di situ, pergi masuk rumah aquariu. Kat rumah rumah aquarium menempatkan banyak ikan lagi. Rumah aquarium ada aircon. Jadi dapatlah sejat peluh kami sampai kering selepas jalan-jalan outdoor tadi.


Betul-betul hadapan rumah aquarium, ada tempat beratur untuk naik Kids Barrel Ride. Budak-budak apalagi memang naiklah Kids Barrel Ride sebab designnya menarik sangat. Di bawa pusing-pusing sekitar Kawasan di situ.



Di situ jugak ada padang rumput hijau yang luas yang ada banyak patung lembu. Tempat untuk bergambar. Cantik aii tempatnya sebab scenery nya cantic dan menenangkan. Di situ pun ada kolam ikan yang agak besar yang ada banyak ika koi. Dak Zafran seronok betul tengok ikan-ikan di kolam tu.








Kami tak habis pusing semua tempat tapi time kat padang yang ada patung lembu tu dah tengah hari. Dah panas. Tak larat nak sambung pusing tempat yang tak pergi lagi. Actually tempat yang tak pergi tu just macam taman dan ladang sayur. Tempat yang tak pergi pun tak apa. Tak rasa ralat pun. Sebelum balik, singgah beli susu farm fresh di kedai susu farm fresh.



Harga tiketnya RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Bagi saya oklah harga ni. Masih mampu milik dan kena dengan boleh banyak pengalaman yang best dan buat aktiviti menarik. Just time pergi tu lembu-lembu tak dilepaskan di ladang. Overall, best jalan-jalan di Ladang Farm Fresh.