My first brother, Farid kan kerja di Singapore dan menetap di Iskandar Puteri sejak dari tahun 2019. Tapi saya tak pernah sampai rumah Farid stay.. Farid dah pindah rumah yang ketiga dah. Saya satu rumah Farid pun tak pernah sampai. Padahal Gediks Family banyak kali pergi rumah Farid. Pernah sampailah ketiga-tiga rumah Farid.
Yeala. Tahun 2020 hingga 2021 tahun pandemic. Dua tahun tak berjalan mana. Dah masuk tahun endemic, banyak hal duniawi yang nak kena buat. Jadi bukan setakat rumah sewa Faridlah, Johor pun tak sampai jugaklah.
Jadi untuk nak celebrate gediks family yang lahir pada May & June, plan untuk celebrate di rumah Farid. Yang lahir May Mak, Abah dan Zafirah. June pulak Zafran. Mak kata rumah Farid iaitu serviced apartment cantiknya macam hotel. Ada dua area swimming pool. Satu di ground floor dan satu lagi di rooftop. Then landskap di situ tersangatlah cantik dan banyak port untuk OOTD.
My SIL book event space yang berdekatan dengan rooftop swimming pool untuk birthday celebration. Agak luas event space nya. Cuma tak ada tempat BBQ. Kalau nak BBQ kena celebrate di swimming pool ground floor. Tapi even ada tempat BBQ, bila malam, tak cantic nak bergambar sebab gelap. Tu stick to celebrate di event space di rooftop.
Since taka da BBQ, masak siap siap burger di rumah Farid. Prepare makanan lain jugak iaitu cocktail, Sheperd Pie, nasi dan lauk ayam masak merah. Nasi dan laun wajib ada sebab abah tak boleh tak makan nasi bila tiba waktu makan. Then ada beli birthday cake dan dessert.
Celebration start dengan nyanyi birthday song untuk semua birthday babies dan disusuli dengan acara potong cake. Lepas tu sesi pemberian hadiah dan of course bergambar. Then makan dan tengok kanak-kanak riang terjun swimming pool rooftop. Diaorang dari tadi lagi tak sabar terjun swimming pool.
Tidur di rumah Farid selama tiga hari dua malam. Macam tak cukup stay tiga hari sebab best sangat rumah Farid. Swimming pool d ground floor je ada tiga. Satu untuk kid, dua yang besar dan dalam. Ada dua lagi pool sauna. Di keliling swimming pool ada sunlounger dan gazebo untuk bersantai.
Area swimming pool dipenuhi dan dihiasi dengan landskap dan pokok-pokok yang cantik. Sampai Zafran ingat tengah check in hotel lah. Sebab dia ada tanya kenapa tak ada makan crossaint. Selalu check in hotel akan ada breakfast crossaint. Haha.
Rumah Farid tingkat yang kelima belas. Dari rumah Farid boleh nampak permandangan negara Singapore dan selat Teberau. Best staycation di rumah Farid. Kalah hotel lah. Dak Zafran dan Dak Zafirah duk sebut nak pergi rumah Farid lagi. InsyaAllah akan pergi rumah Farid lagi. Tapi bukan masa terdekatlah. Satu sebab boleh tahan jauh Iskandar Puteri ni. Satu lagi sebab rumah orang yang kena beriprivasi dan rehat kepada mereka.