Had Breakfast At Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam, Petaling Jaya With Gediks Family
Masa raya haritu, mak ada buat makan-makan untuk family belah mak. Start dari lunch sampailah malam. Since mak dan semua penat kerana seharian jamuan raya di rumah dan saya pun ajak dan belanja semua Gedik Family breakfast di luar untuk keesokkan hari. Saya dan Farid pun esoknya jugak pagi-pagi nak balik rumah masing-masing jugak. Tempat kami breakfast adalah di Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam, Petaling Jaya.
Kalau dah nama kopitiam, menunya sama seperti kopitiam lain lah iaitu menu regular Malaysian comfort food. Ada kopi kampung, nasi lemak, roti bakar, masakan goreng-goreng dan etc. Ikutkan hati nak order roti bakar sebab roti bakar kopitiam ni kan rasa lain. Then vibe makan di kopitiam of courselah lagi best makan di rumah. Tapi saya tak dapatlah ikut hati. Harus order menu yang boleh dua ketul makan jugak iaitu Hainanese Chicken Chop. Sebab menu ni je yang ada French fries. Nak order French fries taka da.
Mostly order roti bakar yang datang sekali dengan telur separuh masak. Abah, Mus & Kimchi order nasi lemak. Didi dan Zafran order mee goreng. Oklah semua menunya not bad. Tempatnya deco berkonsepkan classic. Deconya sepertti kopitiam lama zaman sebelum merdeka dahulu kala. Sangat classic. Saya habis dalam RM160. Agak kayangan lah harganya.
Dah habis makan, semua pulang ke sarang dan back to reality life selepas tamat cuti raya panjang. Lemau nak kerja selepas cuti Panjang ni. Tapi Gather gather macamni seronok. Nak gather tempat macam ini kena ada duit. Nak ada duit kenalah kerja kan, Itu kena back to reality back life balik tu. Huhu. Kena sematkan dalam hati yang kerja itu juga adalah satu ibadah. Barulah lemau itu hilang dan dating keseronokkan bekerja.
0 comments:
Post a Comment