Dalam Islam, Ibadan Korban dan Aqiqah adalah sunat muakkad. Korban adalah bertujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW. Akikah pula dibuat sebagai kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak
Kedua-dua ibadah ada melibatkan sembelihan haiwan yang halal dimakan. Bezanya bagi Korban adalah satu bahagian daripada tujuh bahagian unta atau lembu atau kerbau atau kambing. Manakala akikah disunatkan bagi anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing.
Kedua-dua ibadah ini jika bagi Umat Islam di Malaysia biasanya dilakukan di Malaysia dan diuruskan sendiri. Akan tetapi saban tahun diperhatikan terutamanya ibadah korban, semakin berkurang umat islam yang sebelum ini tidak pernah tinggal melakukan setiap tahun, tetapi tidak dapat meneruskan atas sebab kekangan kewangan.
Sekarang ada satu lagi alternative kepada yang ingin melakukan ibadah korban dan aqiqah tapi kos nya akan lebih rendah berbanding yang dilakukan di Malaysia. Alternatif ini adalah Ibadah Qurban dan Aqiqah dilaksanakan di Tanah Suci Mekah kerana harga di Mekah lebih murah. Harga kambing di Mekah juga murah kerana adalah makanan asasi di sana. Ibadan korban Qurban dan Aqiqah akan dilakukan oleh Umrah Tanah Suci Trading Enterprise(UTS).
Daging korban akan diagih-agihkan dibeberapa negara islam yang miskin iaitu Azerbaijan, Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra, Leone, Sudan, Syria dan Tanzania.
Perkhidmatan Ibadah Korban dengan pihak UTS akan tidak menerima bukti bergambar atau video secara individual. Sebabnya Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang. Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban. Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing. Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing. Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu. Tetapi bagi perkhidmatan Ibadah Aqiqah, bukti bergambar atau video secara individual dapat disediakan oleh pihak UTS.
Tapi jangan risau. UTS merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah yang berpengalaman. UTS mengambil tanggungjawab menyediakan pekhidmatan pelaksanaan Korban dan Aqiqah kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dengan mudah, murah, diyakini dan dipercayai di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan. Pusat sembelihan didalam tanah haram adalah yang dilesenkan atau diberi permit. Pusat sembelihan yang ada di tanah haram juga kurang daripada sepuluh.
Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ibadah korban atau aqiqah di Mekah dengan syarikat Umrah Tanah Suci, boleh layari di url:
No comments:
Post a Comment