31 May 2023

Picnic lunch and Healing at Lenggeng Forest Ecopark, Negeri Sembilan

Gediks family kalau ada pegi bercuti Bersama-sama, masa otw ke tempat percutian abah akan cari tempat yang boleh singgah untuk picnic lunch. Siap cari di internet tu. Tempatnya ada sungai, hutan rekreasi dan macam-macam. As long ada port yang boleh duduk untuk picnic lunch. Of course makanan untuk lunch akan prepare atau beli siap-siap sebelum gerak.

Macam percutian gediks family Bersama-sama Enon Clan di Mantin, cari-cari punya tempat yang boleh singgah masa otw ke homestay adalah Lenggeng Forest Ecopark, Negeri Sembilan. Di Lenggeng Forest Park ada sungai dan juga air terjun. Tapi tiada dikunjungi oleh orang ramai. Kemungkinan sungai dan air terjun tidak selamat untuk dimandi.



Angin di situ pun agak kuat. Sangat kuat sehingga nak terbanglah tikar kami nak bentang untuk picnic lunch. Oh ya port kami untuk picnic lunch di wakaf. Ye ada sebuah wakaf di situ. Seingat saya ada satu wakaf jeala. Even ada wakaf, still kena bentang tikar sebab lantai kotor. 

Untuk lunch, Geng PJ prepare kari ayam dan ikan goreng. Sangat enjoyla lunch masakan ma di situ sambal menikmati keindahan pohon-pohon hijau di sekeliling dan merasai angin yang agak kuat dan dingin.

picnic lunch di wakaf. ni je gambar lunch di wakaf yang sempat diambil


Dah siap makan, pergi ke sungai dan air terjun untuk healing dan OOTD jugak. Laluan nak ke sungai agak licin dan berlumpur sebab baru lepas hujan. Angin sangat kuat sampai boleh patahkan ranting pokok situlah. No wonder bukan tempat percutian Ecopark ni. Agak bahaya untuk orang ramai especially untuk kanak-kanak.




di belakang mak abah ada warning sign tempat tersebut


Selepas dah bergambar terus gerak ke tempat percutian kami. Lenggeng Forest Ecopark ni tempat yang boleh kalau nak singgah sekejap. Tapi tak boleh spend lama-lama takut jadi perkara tak diingini. Kat situ pun siap ada warning sign yang tempat tu tak sesuai untuk buat aktiviti percutian

23 May 2023

Enon Clans ziarah raya rumah parents di Petaling Jaya

Pejam celik pejam celik sedar sedar habis dah Syawal 1444. Masa sangat cepat berlalu. Ni saya baru sempat nak buat entri pasal keluarga belah mak iaitu Enon clans datang ziarah raya rumah mak di Petaling Jaya. Padahal syawal dah beberapa hari dah berlalu. Takpe pegang kata-kata yang ‘better late than nothing’.


Almost semua anak beranak keluarga Enon datang beraya. Kecuali few tak dapat join atas sebab tertentu. Menu mak sediakan untuk jamuan raya ialah mee sup, nasi lemak, ayam goreng berempah, cocktail dan kek pisang.


Time selepas zohor, ada buat sambut birthday untuk keluarga godiks yang lahir pada bulan May. Ada tiga May babies iaitu Mak, Abah dan Zafirah.Cake birthday dibeli di Secret Recipe dan di sponsor oleh Mus.




Ziarah raya keluarga Enon hingga ke malam. Malam baru close house. Actually rumah open selagi makanan ada lagi. Makanan dah habis, dah takde apa boleh jamu terpaksalah close house. Hehe. Anyway, thanks semua kepada semua yang datang ziarah raya rumah mak.

22 May 2023

Had Breakfast At Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam, Petaling Jaya With Gediks Family

Masa raya haritu, mak ada buat makan-makan untuk family belah mak. Start dari lunch sampailah malam. Since mak dan semua penat kerana seharian jamuan raya di rumah dan saya pun ajak dan belanja semua Gedik Family breakfast di luar untuk keesokkan hari. Saya dan Farid pun esoknya jugak pagi-pagi nak balik rumah masing-masing jugak. Tempat kami breakfast adalah di Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam, Petaling Jaya.

Kalau dah nama kopitiam, menunya sama seperti kopitiam lain lah iaitu menu regular Malaysian comfort food.  Ada kopi kampung, nasi lemak, roti bakar, masakan goreng-goreng dan etc. Ikutkan hati nak order roti bakar sebab roti bakar kopitiam ni kan rasa lain. Then vibe makan di kopitiam of courselah lagi best makan di rumah. Tapi saya tak dapatlah ikut hati. Harus order menu yang boleh dua ketul makan jugak iaitu Hainanese Chicken Chop. Sebab menu ni je yang ada French fries. Nak order French fries taka da.


Nasi lemak

Hainanese Chicken Chop

Mee goreng mamak

Mostly order roti bakar yang datang sekali dengan telur separuh masak. Abah, Mus & Kimchi order nasi lemak. Didi dan Zafran order mee goreng. Oklah semua menunya not bad. Tempatnya deco berkonsepkan classic. Deconya sepertti kopitiam lama zaman sebelum merdeka dahulu kala. Sangat classic. Saya habis dalam RM160. Agak kayangan lah harganya. 

Dah habis makan, semua pulang ke sarang dan back to reality life selepas tamat cuti raya panjang. Lemau nak kerja selepas cuti Panjang ni. Tapi Gather gather macamni seronok. Nak gather tempat macam ini kena ada duit. Nak ada duit kenalah kerja kan, Itu kena back to reality back life balik tu. Huhu. Kena sematkan dalam hati yang kerja itu juga adalah satu ibadah. Barulah lemau itu hilang dan dating keseronokkan bekerja.

10 May 2023

Tunai Ibadah Korban & Aqiqah Di Tanah Suci Mekah Dengan UTS Trading

Dalam Islam, Ibadan Korban dan Aqiqah adalah sunat muakkad. Korban adalah bertujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ia dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW. Akikah pula dibuat sebagai kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak 

Kedua-dua ibadah ada melibatkan sembelihan haiwan yang halal dimakan. Bezanya bagi Korban adalah satu bahagian daripada tujuh bahagian unta atau lembu atau kerbau atau kambing. Manakala akikah disunatkan bagi anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing.


Kedua-dua ibadah ini jika bagi Umat Islam di Malaysia biasanya dilakukan di Malaysia dan diuruskan sendiri. Akan tetapi saban tahun diperhatikan terutamanya ibadah korban, semakin berkurang umat islam yang sebelum ini tidak pernah tinggal melakukan setiap tahun, tetapi tidak dapat meneruskan atas sebab kekangan kewangan.

Sekarang ada satu lagi alternative kepada yang ingin melakukan ibadah korban dan aqiqah tapi kos nya akan lebih rendah berbanding yang dilakukan di Malaysia. Alternatif ini adalah Ibadah Qurban dan Aqiqah dilaksanakan di Tanah Suci Mekah kerana harga di Mekah lebih murah. Harga kambing di Mekah juga murah kerana adalah makanan asasi di sana. Ibadan korban Qurban dan Aqiqah akan dilakukan oleh Umrah Tanah Suci Trading Enterprise(UTS).

 


Daging korban akan diagih-agihkan dibeberapa negara islam yang miskin iaitu Azerbaijan, Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra, Leone, Sudan, Syria dan Tanzania.

 


Perkhidmatan Ibadah Korban dengan pihak UTS akan tidak menerima bukti bergambar atau video secara individual. Sebabnya Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang. Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban. Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing. Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing. Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu. Tetapi bagi perkhidmatan Ibadah Aqiqah, bukti bergambar atau video secara individual dapat disediakan oleh pihak UTS.

 


Tapi jangan risau. UTS merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah yang berpengalaman. UTS mengambil tanggungjawab menyediakan pekhidmatan pelaksanaan Korban dan Aqiqah kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dengan mudah, murah, diyakini  dan dipercayai di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan. Pusat sembelihan didalam tanah haram adalah yang dilesenkan atau diberi permit. Pusat sembelihan yang ada di tanah haram juga kurang daripada sepuluh.

Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ibadah korban atau aqiqah di Mekah dengan syarikat Umrah Tanah Suci, boleh layari di url:

FB: https://www.facebook.com/umrahtanahsuci?mibextid=ZbWKwL

Url: http://utskorban.com/