Tahun ini saya sekeluarga sambut raya pertama di Kampung Jempol, Negeri Sembilan. Kampung Jempol adalah kampung nenek belah mak saya yang saya panggil uwan. Untuk grandparents belah saya, hanya tinggal uwan sahaja. Belah Kimchi juga hanya tinggal seorang juga. Iaitu opah belah arwan mak Kimchi.
Balik Kampung Jempol dua hari sebelum raya. Tak hadap jem balik kampung sebab ikut Jelebu. Waze ajar jalan ni. Kalau ikut Bukit Putus, confirm jem. Dapatlah sampai sebelum berbuka puasa. Akan balik Taiping untuk sambut raya pada hari kedua Syawal.
Start last year, dah kena tukar arrangement balik raya. Kalau masa baru kahwin kami berdua beersepakat untuk balik satu kampung untuk raya. Means tahun tu Raya puasa just balik Taiping je. Bila Raya Haji pulak balik Negeri Sembilan je. Then next raya, akan bertukar kampung. Buat macamni sebab nak supaya memoptimumkan masa untuk diluangkan di kampung. Kurangkan masa habis kat jalan. Kos balik kampung pun dapat dijimatkan
Tapi sejak mak Kimchi meninggal, kena tukar kepada setiap raya akan balik dua-dua kampung. Yang bergilir tukar hanya kampung mana yang balik dahulu untuk sambut raya pertama. Tak apalah walaupun akan banyak masa habis atas jalan, tapi dapat lebih kita kerap balik jumpa orang tua.
Tema warna baju raya tahun ini adalah royal blue. Semua baju raya beli di Jakel. Senang beli di Jakel ni. Semua peringkat umur dan jantina ada. Juadah untuk raya macam biasa wajib ada rendang, lemang, lontong, nasi impit dan kuah kacang. Dan ada pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek batik, pudding roti dan pudding oreo.
Pada 1st Syawal semestinya dimulakan dengan solat raya. Saya macam biasa tak dapat join. Kena siapkan dua ketul. Actually tak ingat bila last sekali pergi solat raya. Kalau tak kekangan, memang akan pergi. Lepas semua balik dari solat raya, diteruskan dengan aktiviti kemuncak keluarga Enon iaitu bersalaman, beri duit raya dan bergambar. OOTD of course adalah.
Tak sempat habis acara bersalaman, dah terima kunjungan raya oleh keluarga atok sedara. Memang setiap raya, fix atucara 1st raya rumah uwan. 1st raya memang keluarga atok sedara datang beraya sampai malam dan kami tak akan ke mana-mana. Start 2nd raya baru beraya rumah sedara.
Syawal tahun ini agak mencabar dari segi cuaca. Tersangatlah raya. Baju raya sememangnya bukan material serap peluh. Duk bagi tiga ketul minum air supaya stay hydated. Alhamdulillah tak demam tapi kena batuk.
Esoknya 2nd Syawal dah gerak balik Taiping pulak. Habis masa kat jalan jela sebab jem. Sekian cerita 1st Syawal di Kampung Jempol, Negeri Sembilan. Kepada pembaca blog saya yang beragama Islam, harap belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.