Lunch at Bananabro, Setia City Mall to celebrate farewell

Ada lunch di Bananabro, Setia City Mall untuk celebrate farewell staff yang satu division dengan saya. Dia adalah antara yang paling saya suka nak tanya apa-apa berkaitan dengan kerja. Tak terkata bertapa sedihnya hati melihat sorang demi sorang yang sama division meninggalkan kami semua. 

Bananabro adalah kedai makan yang menyajikan makanan yang berkonsepkan India. Kena pulak dengan race  yang nak diraikan iaitu India jugak. Bananabro ni baru dibuka di Setia City Mall last year. Banyak kali terasa nak makan Bananabro.



Sebab Nampak macam best jea makanan nya. Dengan makan atas daun pisang sekali. Tapi setiap kali lalu depan Bananabro mesti penuh. Kadang-kadang sampai kena beratur untuk tunggu giliran dapat tempat.


Kali ni dapat jugak makan di Bananabro. Itupun time kerja dah flexicle. Boleh keluar lunch seawall pukul 11 pagi. Sharp pukul 11 pagi dah keluar office untuk book tempa makan.


Untuk menu, hanya ada satu set yang boleh dipilih. Tapi satu set ni ada nasi, tiga  jenis kuah curry dan kuah dhal, dua jenis sayur, peria gorang tepung, papadam dan pencicah yogurt. Semuanya adalah refillable. Tapi taka da lauk yea. Kena order lain untuk lauk. Harga satu set RM12.90


So untuk lauk, since tiga orang makan, order fried squid ring. Dulu lagi terliur tengok sotong goreng ni kalau tengok orang makan di Banana bros. Dan order jugak ayam goreng dan ayam Varuvel. Harganya setiap lauk RM9.90.




Rasanya semuanya sedap. Tak pedas langsung. Sangat okla untuk saya sebab tak suka pedas. Tapi masakannya macam manis-manis sedikit. Yang goreng tepung macam sotong dan peria, sangatlah crunchy gorengan tepungnya. Sotong pun fresh. Ditambah pulak makan atas daun pisang. Naiklah aroma daun pisang pada makanan.

Seorang dalam RM40++ makan di Bananabro tapi puas hati makan di sini sebab sedap. Banyak kali makan di Bananabro pun tak akan jemu. Yang penting dapat sambut farewell staff yang kami sedih nak berpisah di tempat makan yang best.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment