Bawak Cucu-cucu Mohd Noor Mendalami Sejarah Malaysia dengan Melawat Muzium Negara

Pada cuti sekolah akhir tahun lepas, family ipar dan ayah mertua yang duduk di Perak, ada datang KL untuk bercuti di KL. Sebelum datang KL, adalah discuss dalam group whatapps family tempat menarik di KL untuk bercuti. Discuss punya discuss tempat yang dinak pergi adalah Muzium Negara dan juga Farm Fresh. 

Farm Fresh akan share di entri lain. Entri ni nak cerita pasal bawak kanak-kanak riang bawak ke Muzium Negara. Nak bawak diaorang lawat Muzium Negara sebab ada yang tak pernah sampai. Main purpose of course nak bagi budak-budak kenal Malaysia dengan lebih mendalam.

Tiket masuk Muzium Negara hanya RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Murah kan. Dah nama pun Muzium Negara. Muzium untuk negara Malaysia. Tempat yang menempatkan Malaysia punya info dan juga barang peninggalan sejarah. Kalau orang-orang biasa especially yang tak berapa gemar nak membaca memang tak berapa gemar lah ke tempat macamni. Mesti kerajaan bagi subsidi dengan bagi tiket murah bagi mengalakkan rakyat Malaysia melawat Muzium Negara.

Muzium Negara ada dua tingkat dan setiap tingkat ada dua seksyen atau kat situ panggil galeri.  Kalau nak lawatan mula dengan flow yang betul start dengan Galeri A yang berada di tingkat bawah. Galeri A adalah Sejarah Awal. Galeri A Sejarah Awal adalah koleksi pelbagai kaedah pengebumian seperti pengkebumian tempayan, keranda kayu balak dan kubur kepingan batu dan juga senjata-senjata kuno.


Di Galeri A Sejarah Awal. Gambar gelap sebab lighting situ malap. Saya pun edit tak berapa pandai

Lepas lawatan diteruskan ke Galeri B iaitu galeri Kerajaan – kerajaan Melayu. Masuk-masuk je galeri ni akan melangkah melewati sebuah pintu yang sangat besar dan cantik. Ada juga patung Avalokitesvara dan juga mural yang menggambarkan pahlawan Hang Tuah.

Di pintu gerbang di Galeri B Kerajaan-kerajaan Melayu



Gambar Hang Tuah

Dah habis tour galeri-galeri yang di tingkat ke bawah, akan naik ke tingkat atas untuk pergi ke Galeri C iaitu Era Kolonial. Galeri Era Kolonial menonjolkan era pentadbiran kuasa asing manakala galeri Malaysia Kini memaparkan perjalanan kemerdekaan negara.

 Galeri C iaitu Era Kolonial

Dan Galeri yang terakhir adalah Galeri D iaitu Malaysia Kini. Galeri Malaysia Kini galeri Malaysia Kini memaparkan perjalanan kemerdekaan negara.

Budak-budak yang dah sekolah termasuklah Dak Zafran memang excited baca setiap info dan penerangan yang terdapat di setiap bahan pameran. Sebab Dak Zafran dapat kaitkan dengan apa yang di belajar di sekolah. Pastu ada favoutite uncle auntie diaorang iaitu adi dan mimi yang suka melayan dan bercerita kat diaorang. Lagilah Zafran rasa seronok nak ambil tahu tentang semua yang dipamerkan di Muzium Negara.

Tapi untuk Dak Zafirah dan Dak Zafran sebab kecik lagi kan. Muzium ni cukup heavy untuk both my these cheeky kids. Meragam sebab bosan. Tak faham apa-apa kan. Cuba tunjuk kendaraan lama dan antik yang ada dipamerkan di luar bangunan Muzium Negara kat Dak Zayden pun tak berjaya nak menenangkan. Padahal Dak Zayden ni suka je tengok apa jenis kendaraan. Untuk Dak Zafirah, saya pun tak dapat menafikan tak ada kot di Muzium Negara yang boleh menarik perhatian Zafirah. Huhu.

Takpe sekejap je masa berlalu. Tiba-tiba je nanti semuanya dah sekolah. Tak kecik dah. Just enjoy the moment. Apapun sememangnya Muzium Negara tempat yang terbaik untuk nak tahu lebih mendalam tentang Malaysia. Pergi banyak kali pun takpe sebab tiket pun murah.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment