30 March 2023

Lunch at Bananabro, Setia City Mall to celebrate farewell

Ada lunch di Bananabro, Setia City Mall untuk celebrate farewell staff yang satu division dengan saya. Dia adalah antara yang paling saya suka nak tanya apa-apa berkaitan dengan kerja. Tak terkata bertapa sedihnya hati melihat sorang demi sorang yang sama division meninggalkan kami semua. 

Bananabro adalah kedai makan yang menyajikan makanan yang berkonsepkan India. Kena pulak dengan race  yang nak diraikan iaitu India jugak. Bananabro ni baru dibuka di Setia City Mall last year. Banyak kali terasa nak makan Bananabro.



Sebab Nampak macam best jea makanan nya. Dengan makan atas daun pisang sekali. Tapi setiap kali lalu depan Bananabro mesti penuh. Kadang-kadang sampai kena beratur untuk tunggu giliran dapat tempat.


Kali ni dapat jugak makan di Bananabro. Itupun time kerja dah flexicle. Boleh keluar lunch seawall pukul 11 pagi. Sharp pukul 11 pagi dah keluar office untuk book tempa makan.


Untuk menu, hanya ada satu set yang boleh dipilih. Tapi satu set ni ada nasi, tiga  jenis kuah curry dan kuah dhal, dua jenis sayur, peria gorang tepung, papadam dan pencicah yogurt. Semuanya adalah refillable. Tapi taka da lauk yea. Kena order lain untuk lauk. Harga satu set RM12.90


So untuk lauk, since tiga orang makan, order fried squid ring. Dulu lagi terliur tengok sotong goreng ni kalau tengok orang makan di Banana bros. Dan order jugak ayam goreng dan ayam Varuvel. Harganya setiap lauk RM9.90.




Rasanya semuanya sedap. Tak pedas langsung. Sangat okla untuk saya sebab tak suka pedas. Tapi masakannya macam manis-manis sedikit. Yang goreng tepung macam sotong dan peria, sangatlah crunchy gorengan tepungnya. Sotong pun fresh. Ditambah pulak makan atas daun pisang. Naiklah aroma daun pisang pada makanan.

Seorang dalam RM40++ makan di Bananabro tapi puas hati makan di sini sebab sedap. Banyak kali makan di Bananabro pun tak akan jemu. Yang penting dapat sambut farewell staff yang kami sedih nak berpisah di tempat makan yang best.

20 March 2023

Aktiviti berkelah dan mandi-manda di Burmese Pool, Taiping

Di Taiping ada sungai yang well known untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda especially kepada yang tinggal di area Taiping iaitu Burmese Pool. Tapi saya ni setiap kali balik Taiping sejak kahwin hinggalah dah anak dah masuk tiga orang tak pernah mandi di Burmese Pool. Salah satu reason nya dulu dah pernah ada kes kencing tikus.

Tapi sekarang dah ok dah sungai tu. Burmese pool dah dikunjungi oleh ramai orang. Saya masih lagi tak pergi berkelah jugak sungai ni. Saya pun takt ahu apa reason kenapa tak pernah nak berkelah di Burmese Pool. Maybe di Taiping banyak sangat tempat attraction boleh pergi dan less renyah. Berkelah  ni kan renyah sebab banyak benda nak kena prepare in advance dulu. Tempat makan viral pun banyak.



Tahun ini saya sampai Burmese Pool untuk berkelah di situ. Itupun ada family Hakimi yang initiate. So, dah ada yang mengajak, kami pun on ja. 




Like as I said earlier, bila dah Namanya berkelah, banyak preparation nak kena buat. Pack pakaian mandi dan lepas mandi, makanan untuk berkelah, dan etc. Nak kena sampai awal jugak kalau nak dapat port yang best. Kalau tidak, ntah ntah port nak even barang pun dah penuh.

Alhamdulillah, kami semua Berjaya sampai awal sebab Berjaya dapat port yang best. Port yang kami dapat muat untuk bentang tikar, meja lipat dan betul-betul dekat dengan sungai. Nyamuk tetap banyak jadi kena pasang ubat nyamuk. Untuk makanan, prepare nasi lemak dan sandwich.


Air sungai macam biasalah sejuk macam air batu. Mampu rendam sekejap je. Tapi budak-budak mana ntah dapat energy mampu rendam lama-lama. 

Sangat mendamaikan jiwa mandi sungai sambal menikmati pohon-pohon hijau di tepi sungai. Nak healing pun dengan pergi ke Burmese Pool. Best lah berkelah dan mandi-manda di Burmese Pool.

19 March 2023

GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering

Saya ni kalau tak jaga sedikit makan makanan berserat iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga kurang minum air kosong, mulalah akan kena sembelit. Ada masa pregnant ada nombor berapa dah tak ingat, pernah kena hemmeroid tahap kedua. Perghh sakit hanya tuhan sahaja tahu. Tu belum kena teruk dari tahap kedua. 

Buasir ni sebab masalah pencernaan. Nak lancarkan masalah pencernaan, kenalah makan makanan berserat iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak minum air kosong. Yeala kadang-kadang tak berapa nak praktikkan. Tu sebab start ambil supplemen yang bantu lancarkan proses pencernaan. Supplemen yang saya suka ambil untuk bantu lancarkan proses pencernaan adalah GKB Probiotics.

GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Produk GKB juga mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nak share tentang produk GKB yang bantu lancarkan proses pencernaan pulak. Ada tiga yang bantu lancarkan proses pencernaan pulak iaitu GKB Probio+, GKB G-Pro Gold dan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.  

GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering

GKB Probio+ adalah supplemen yang mampu bantu proses pencernaan dan juga mengurangkan sembelit. Ini kerana GKB mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta empat jenis prebiotic. Supplemen ini dalam bentuk sachet. Setiap sachet ada kombinasi kesemua bakteria probiotik dan prebiotic yang bantu beri perlindungan kepada saluran usus dan bantu proses pencernaan. 

Saya makan satu sachet GKB Probio+ setiap hari selepas makan. Tak perlu campur air pun sebab terus larut dalam mulut. Selepas dalam satu minggu lebih, saya tidak lagi mengalami masalah sembelit. Tiada lagi ada masalah buang air besar. Saya dah tak perlu risau kalau banyak hari tidak minum air kosong mencukupi sebab pemgambilan GKB Probios+ bantu elak saya mengalami sembelit.

GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering



Suami saya Kimchi risau dengan gain weight sebab dah tak sempat nak bersenam. Yela tempat kerja sekarang sangat jauh. Sampai rumah nak dekat maghrib. Bila masanya nak bersenam. Ditambah pulak umur makin meningkat, metabolisma makin berkurang. So kalau dia makan banyak makanan berlemak dan berkolesterol tinggi, lagi cepat naik berat badan.

So saya suggest dia makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 supaya dapat maintain berat badan yang normal. Ini kerana Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi bakteria yang boleh menyerap minyak. So setiap kali makan makanan berkolesterol tinggi, bakteria ini akan bantu mengurangkan penyerapan kalori dalam badan. 

Kimchi makan satu kapsul setiap hari tapi pengambilannya bersama-sama dengan juadah yang berat. Kimchi feedback selepas pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, berat badan tak akan naik sangat even banyak kali makan tak ingat dunia. Hehe. Memang sangat membantu supplemen untuk maintain berat badan yang normal. 


GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering



Kimchi juga ada ambil GKB G-Pro Gold. Supplemen yang bantu mengatasi masalah sembelit dan juga melancarkan proses pencernaan. Dengan pengambilan GKB G-Pro Gold mengandungi sepuluh jenis probiotik dan dua jenis prebiotic mampu membantu meningkatkan metabolisme dalam usus seterusnya menyihatkan system pencernaan. 

Kimchi makan hanya makan satu kapsul GKB G-Pro Gold setiap hari sebelum atau selepas makan. Selepas few weeks pengambilan GKB G-Pro Gold, Kimchi setiap hari ada buang air besar. Ini tandanya sistem pencernaan Kimchi bertambah baik. Bila system pencernaan semakin sihat, juga dapat bantu Kimchi untuk mantain berat badan yang normal.


GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering




Selain ada masalah sembelit, saya juga ada masalah kembung perut. Saya akan kena kembung perut bila makan tak ingat dunia. Means macam-macam jenis makanan saya makan at one time. Dulu-dulu tak ada tau masalah ni. Lately start ada masalah perut meragam bila makan macam-macam jenis makanan.Faktor umur kot. Huhu.

Bila acap kali ada masalah kembung perut, saya try GKB Probizymes. GKB Probizymes yang ada probiotik, prebiotic, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus bantu menangani masalah kembung perut. Saya makan GKB Pribio+ hanya makan satu sachet setiap hari selepas makan. Tak perlu campur air jugak. Alhamduliillah, masa berbuka di rumah mak baru-baru ni, tak ada kena perut kembung dah. Tahulah kan berbuka di rumah makan makan macam-macam makanan. Tapi perut dah tak meragam macam terjadi sebelum ni.


GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering




Last supplemen yang saya nak share adalah GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus. Suka juga supplemen ni sebab sangat membantu masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit especially kulit kering seperti saya. Saya sememangnya ada masalah kulit kering. Then suka banyak hari minum air tida mencukupi ditambah musim sekarang kejap panas kejap hujan, bertambahlah. Kering kulit saya. Tapi dengan pengambilan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus bantu mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitivity kulit dan mempromosikan kesihatan kulit.

Cara pengambilan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus hanya makan satu sachet setiap hari selepas makan. Tak perlu campur air pun. Nak campur air pun boleh. Kalau saya saya suka terus makan. Tak campur air pun sebab bila terus masuk dalam mulut terus larut dan terus boleh telan. Kulit saya dari kering terus jadi lembap dan sihat selepas pengambilan selama beberapa minggu. Suka sangat-sangat bila kulit menjadi semakin sihat ni.


GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering


Saya dan Kimchi semakin sihat dengan pengambilan produk GKB ini. Masalah sembelit pun juga berkurangan. Berat badan normal juga dapat mantain, Yang besntya ada GKB Probiotics telah mendapat dapat sijil Halal dari JAKIM. Boleh tengok bawah screenshot dari website Jakim bagi status perakuan Halal untuk GKB Probiotics.

GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan & Kulit Kering

Kepada yang berminat yang nak dapat manfaat pengambilan produk GKB, boleh dapatkan produk  keluaran GKB seperti link di bawah.

Website : http://www.mygkb.com/ 

Facebook : https://www.facebook.com/mygkb 

Instagram : https://www.instagram.com/mygkb/

TikTok: http://www.tiktok.com/@gkbmsia

YouTube: https://www.youtube.com/@mygkb01

Selain itu, boleh jugak didapati di kesemua Farmasi Alpro. Selain itu boleh beli secara atas talian di shopee di bawah shop [GK Bio International].

GKB Official Selling Platform:

All major pharmacies in Malaysia, including

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 




5 March 2023

Eat and Heal At Barbabros & Cuz, Tamarind Square, Cyberjaya

Mak nak belanja makan di luar sempena selesai mengundi haritu. Pi keluar makan haritu sehari selepas hari Pilihan Raya. Tapi even dah sehari dah berlalu hari pilihan raya pun masa tu masih lagi sebab akak dilantik jadi Perdana Menteri sebab SPA announce tiada parti yang menang majoriti mudah.

Ikutlah siapa yang jadi PM. Hidup tetap kena teruskan. Mak nak belanja makan di café yang ada deco asthetic tapi taknaklah mahal-mahal sangat. Mus suggest cari café di Tamarind Square. Tamarind Square itself pun dan ada enterior deco dan landskap yang asthetic dan cantik. Dah sampai situ, pilih café mana yang mak nak belanja kami.


Tamarind Square adalah di Cyberjaya. Sampai sahaja Tamarind Square, dapat lihat satu open mall yang besar. Boleh parking di luar atau di dalam. Masuk sahaja dalam Tamarind Square, dapat lihatlah  kawasan ni penuh dengan pohon dan dedaun hijau merimbun. Struktur binaan pun sangat menarik. Sangat menyejukkan dan mendamaikan jiwa jalan-jalan di dalam open mall berkonsepkan urban nature macamni. Kalau nak healing, Tamarind Square adalah salah satu tempat yang boleh pergi.


Sebelum berjalan-jalan untuk menikmati keindahan deco dalam Tamarind Square, isi perut dulu. So cari café yang suit dengan budget mak. Survey punya survey pilih untuk lunch di Barbaros & cuz Café. Bila tengok menu yang ada disediakan di tepi entrance café ni, rangenya untuk makanan plus minuman dalam RM30/pax. Kalau café lain dalam RM50/pax.


Untuk makan, sebab terasa nak makan burger saya order Smashed Beef Burger. Untuk drink Iced Caramel Latte. Mus pun order burger jugak Rasanya memang sedaplah. Daging burger juicy dan tender. Coffee pun sedap. Untuk burger ada side dish, French fries. Dapatlah bagi Zayden dan Zafirah makan. Sebab tu suka order western menu. Western menu mesti ada sekali French fries yang dapat bagi dua ketul makan.


Mak order pasta creamy cabonara. Cukup rasa sos cabanara nya. Didi order Grilled Chicken Chop with Black Pepper Sauce. Sauce tak rasa pedas menyegat tu macam ada saya pernah rasa kat kedai makan lain sebelum ni. Sauce pedas-pedas ni tersangatlah turn off. Tak dapat menikmati rasa sauce dan protein. Sibuk tahan pedas je. Chicken chop sedap dan juicy.

Grilled Chicken Chop

Pasta creamy cabonara



Dah siap makan, nak jalan-jalan di sekitar dalam mall sebab cantik kan. Banyak port cantik untuk OOTD. Siap ada kolam ikan, banyak pokok menghijau yang cantik dan ada tangga yang ada struktur binaan yang sangat menarik. Tapi tak dapat nak pusing semua tempat dan bergambar semua port cantik due to macam biasalah salah seorang Dak tiga ketul meragam. Dak Zafirah la yang tengah phase tantrum. Jadi terpaksalah balik.








Gabungan nature dan architecture di Tamarind Square menjadikan tempat ini menarik untuk dikunjungu especially untuk  nak healing. Makan Barbabros & Cuz pun sedap dan harga pun agak ok sebab bukan level T20.

4 March 2023

Bawak Cucu-cucu Mohd Noor Mendalami Sejarah Malaysia dengan Melawat Muzium Negara

Pada cuti sekolah akhir tahun lepas, family ipar dan ayah mertua yang duduk di Perak, ada datang KL untuk bercuti di KL. Sebelum datang KL, adalah discuss dalam group whatapps family tempat menarik di KL untuk bercuti. Discuss punya discuss tempat yang dinak pergi adalah Muzium Negara dan juga Farm Fresh. 

Farm Fresh akan share di entri lain. Entri ni nak cerita pasal bawak kanak-kanak riang bawak ke Muzium Negara. Nak bawak diaorang lawat Muzium Negara sebab ada yang tak pernah sampai. Main purpose of course nak bagi budak-budak kenal Malaysia dengan lebih mendalam.

Tiket masuk Muzium Negara hanya RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Murah kan. Dah nama pun Muzium Negara. Muzium untuk negara Malaysia. Tempat yang menempatkan Malaysia punya info dan juga barang peninggalan sejarah. Kalau orang-orang biasa especially yang tak berapa gemar nak membaca memang tak berapa gemar lah ke tempat macamni. Mesti kerajaan bagi subsidi dengan bagi tiket murah bagi mengalakkan rakyat Malaysia melawat Muzium Negara.

Muzium Negara ada dua tingkat dan setiap tingkat ada dua seksyen atau kat situ panggil galeri.  Kalau nak lawatan mula dengan flow yang betul start dengan Galeri A yang berada di tingkat bawah. Galeri A adalah Sejarah Awal. Galeri A Sejarah Awal adalah koleksi pelbagai kaedah pengebumian seperti pengkebumian tempayan, keranda kayu balak dan kubur kepingan batu dan juga senjata-senjata kuno.


Di Galeri A Sejarah Awal. Gambar gelap sebab lighting situ malap. Saya pun edit tak berapa pandai

Lepas lawatan diteruskan ke Galeri B iaitu galeri Kerajaan – kerajaan Melayu. Masuk-masuk je galeri ni akan melangkah melewati sebuah pintu yang sangat besar dan cantik. Ada juga patung Avalokitesvara dan juga mural yang menggambarkan pahlawan Hang Tuah.

Di pintu gerbang di Galeri B Kerajaan-kerajaan Melayu



Gambar Hang Tuah

Dah habis tour galeri-galeri yang di tingkat ke bawah, akan naik ke tingkat atas untuk pergi ke Galeri C iaitu Era Kolonial. Galeri Era Kolonial menonjolkan era pentadbiran kuasa asing manakala galeri Malaysia Kini memaparkan perjalanan kemerdekaan negara.

 Galeri C iaitu Era Kolonial

Dan Galeri yang terakhir adalah Galeri D iaitu Malaysia Kini. Galeri Malaysia Kini galeri Malaysia Kini memaparkan perjalanan kemerdekaan negara.

Budak-budak yang dah sekolah termasuklah Dak Zafran memang excited baca setiap info dan penerangan yang terdapat di setiap bahan pameran. Sebab Dak Zafran dapat kaitkan dengan apa yang di belajar di sekolah. Pastu ada favoutite uncle auntie diaorang iaitu adi dan mimi yang suka melayan dan bercerita kat diaorang. Lagilah Zafran rasa seronok nak ambil tahu tentang semua yang dipamerkan di Muzium Negara.

Tapi untuk Dak Zafirah dan Dak Zafran sebab kecik lagi kan. Muzium ni cukup heavy untuk both my these cheeky kids. Meragam sebab bosan. Tak faham apa-apa kan. Cuba tunjuk kendaraan lama dan antik yang ada dipamerkan di luar bangunan Muzium Negara kat Dak Zayden pun tak berjaya nak menenangkan. Padahal Dak Zayden ni suka je tengok apa jenis kendaraan. Untuk Dak Zafirah, saya pun tak dapat menafikan tak ada kot di Muzium Negara yang boleh menarik perhatian Zafirah. Huhu.

Takpe sekejap je masa berlalu. Tiba-tiba je nanti semuanya dah sekolah. Tak kecik dah. Just enjoy the moment. Apapun sememangnya Muzium Negara tempat yang terbaik untuk nak tahu lebih mendalam tentang Malaysia. Pergi banyak kali pun takpe sebab tiket pun murah.

1 March 2023

Pembelajaran Anak Di Sekolah Lebih Selesa Dengan Kasut Sekolah Pallas

Sesi baru Darjah Tiga Dak Zafran start 20 March 2023. Jadi kena start dah la beli kelengkapan sekolah Dak Zafran. Kalau beli betul-betul time dah nak buka sekolah, jatuh time bulan puasa tu. Kalau dah nama bulan puasa, kena shopping untuk raya jugak. Taknak kalut di kemudian hari, duit habis sekali gedebok, kenalah start shopping kelengkapan sekolah sekarang.

Banyak barangan sekolah nak kena beli sebab ada yang dah tak muat.Ada yang rosak jugak. Salah satunya kasut sekolahnya lah. Untuk kasut sekolah, saya suka beli jenama Pallas.


Sangat suka kasut sekolah jenama Pallas. Kasut sekolah jenama Pallas dari zaman kita kecik lagi pun dah ada. Yeala ada sejak tahun 1979 kan iaitu tahun kasut jenama ini mula diperkenalkan. Ada sampai sekarang tu. Punya lama jenama ni bertahan. Padahal  jenama baru yang ada di pasaran sangat banyak bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Kenapa suka sangat dengan kasut sekolah jenama Pallas ni dan kenapa boleh bertahan sejak dari tahun 1979. Semestinya sebab kualinya lah dan juga mempunyai banyak ciri keistimewaan yang lain. Meh saya cerita satu-satu ciri keistimewaan kasut sekolah jenama Pallas ni.


First semestinya sebab Kasut Pallas mempunyai pengudaraan yang baik. Memang pentinglah untuk anak-anak kasut yang ada pengudaraan yang baik ni sebab barulah anak-anak dapat pakai kasut dengan selesa. Sebabnya kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik ni, kasut akan cepat kering dan udara mudah untuk keluar masuk. Jadi takdelah kaki anak-anak berpeluh dan membuatkan dia rengsa memakai kasut yang lama. Pembelajaran di sekolah juga tidak terganggu.

Kasut Pallas juga mempunyai sistem penyerapan hentakan. Feature ni lagilah penting untuk anak-anak termasuklah Dak Zafran sebab tahulah kan kanak-kanak kan aktif bergerak. Suka nak berlari je Bila ada kasut mempunyai sistem penyerapan hentakan ni kaki anak-anak kurang rasa penat dan sakit. Sebabnya kasut ini memberi perlindungan yang lebih baik daripada kesan berjalan pada sendi anak-anak.


Selain itu, terdapat Corrective insole pada kasut Pallas. Corrective insole adalah untuk memberikan sokongan kepada gerbang semula jadi kaki. Kesannya akan melegakan ketegangan pada otot kaki anak-anak semasa berjalan dan dalam keadaan berdiri lama. Bukan setakat itu sahaja. Kasut Pallas juga mempunyai “sokongan kepada gerbang” (Aarch Support) insole/cushion. Aarch support ini penting untuk anak-anak yang “high arch” atau “low arch/flat footed untuk dapat sokongan yg lebih baik dan selesa.

Bila dengar ada Kasut Pallas ada banyak ciri keistimewaan, mesti ingat kasut tebal dan juga berat kan. Sebab nak tamping banyak features. Ohhh tdak. Walaupun ada banyak features, tapi Kasut Pallas Masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ringan malah semua latest design lebih ringan berbanding model terdahulu. Memang anak-anak sukalah pakai kasut tak berat-berat ni.


Jadi apa lagi cepat-cepatkan dapatkan Kasut Pallas untuk anak-anak untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak seterusnya membantu anak belajar di sekolah dengan lebih focus. Kasut Pallas boleh dibeli di mana-mana pasarraya biasa atau di online store mereka di www.wow2wee.com


Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari di:


Webiste: https://www.pallas.com.my/

FB: https://www.facebook.com/PallasMalaysia/

IG: https://www.instagram.com/pallasmalaysia/