Staycation at Qaseh Aireen Homestay, Mantin for Gediks Family Double Celebration With Enon Clans

Setiap  awal tahun Godiks Family akan rancang percutian bersama-sama untuk sambut ulang tahun perkahwinan mak dan abah. Tarikh ulang tahun perkahwinan mak abah adalah pada 2 Februari. Combine jugak celebrate my only fruit kid, Dak Filzah yang jarak beberapa hari je dengan date anniversary mak abah. Birthday Dak Filzah pada 30 January.


Vacation planner iaitu adalah Mus. Mus cari tempat percutian yang flexible dan convenient untuk semua gediks dari segi lokasi, jarak, kos dan etc. Paling penting kena ada swimming pool untuk kanak-kanak riang main air. Eh ak pak kanak-kanak riang pun sama nak main air jugak. 

Cari punya cari akhirnya pilih Homestay Qaiseh Aireen yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Actually sebelum jumpa Homestay Qaseh Aireen ni, banyak tempat yang Mus tanya. Tapi mostly fully book dan ada tempat yang nak kena book dua malam. Memang idoklah book 2 malam. Family gathering biasa setakat satu malam dah cukup.

Homestay Qaseh Aireen ni adalah banglow semi-D. Ada enam bilik, lima bilik air, ada dry kitchen, wet kitchen, dining room, living room yang ada tv dan Netflix dan juga BBQ area. Kelengkapan BBQ dan memasak juga disediakan. Ratenya adalah RM2k/night.

Bedroom pertama; Master Bedroom

Bedroom kedua

Bedroom ketiga

Ruang berkumpul di tingkat atas

Tangga untuk naik tingkat atas jenis ada tingkap see through macamni. Tak ada langsir. So memang kena berpakaian sopanlah kalau staycation di homestay ni

Living area

Dry kitchen

Dining area

Bedroom keempat. Berdekatan dengan swimming pool

Bedroom kelima

Since homestay ni besar dan keluarga godiks taklah besar mana so open kepada semua keluarga Enon untuk join kalau berminat. Almost separuh keluarga join untuk memeriahkan event Godiks family. Ada yang even tak dapat overnight tapi still datang untuk join memeriahkan sambutan anniversary mak abah dan birthday Filzah.


Since ramai keluarga Enon join, lepas acara kemuncak potong double celebration cake oleh mak, abah dan Filzah, diaorang semua dapat banyak hadiah. Filzah memang seronoklah dapat banyak hadiah hari jadi.





Selepas potong cake, ada sesi quiz dan hadiah untuk pemenang ditaja oleh Godiks Family. Ada soalan yang sekali attempt je dijawab. Ada soalan sampai kena beberapi kali attempt untuk dapat jawapan yang betul. Soalan adalah related dengan birthday Filzah dan anniversary mak abah.

After selesai sambutan, diteruskan dengan makan malam. Haa makan malam pun meriah dengan makanan sebab ramai bawak makanan. Main menu adalah makanan BBQ seperi burger, ayam dan etc. Sangat meriah lah bilah ramai join macamni.



Then selesai main acara, aktiviti yang buat bersembang dan mandi kolam sehingga check out. Haa pasal swimming pool, swimming pool Qaireen Aireen Homestay sangat luas dan cantik. Siap ada dihiasi pokok-pokok hijau dan air terjun pun ada. Di keliling swiiming pool, siap disediakan set meja dan kerusi rotan untuk nak duduk santai-santai.





Semua kemudahan yang ada homestay sangat bersih dan dalam keadaan yang baik. Tapi ada slacknya. Semua toilet okay tapi masalahnya semua toilet shower tak boleh guna. Ada bathtub tapi air shower takmau keluar. Tak dapatlah nak berendam air dalam bathtub. Tapi air paip still laju dan nasib baik ada disediakan baldi dan gayung. So nak mandi tadah air dalam baldi jeala.

Apapun still rasa berbaloilah bercuti di homestay ni. Kalau nak repeat duduk homestay ni untuk nak buat gathering untuk ramai orang, memang okay je. Sebab best gathering di Homestay Qaireen Aireen di Tampin ni.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment