Geng Legend Pre Ramadhan Gathering At My Humble Crib

Bulan puasa tahun 2023 tinggal tak sampai sebulan sahaja lagi.  Bila dah nak dekat bulan puasa, akan, sahabat Geng Legend wajib buat aktiviti perjumpaan pre Ramadhan. Tak pernah miss buat setiap tahun sebab akan ada yang mengigatkan untuk berjumpa sebelum tiba bulan Ramadhan.


Pre Ramadhan Gathering Geng Legend tahun-tahun sudah ada dengan buat bercuti bersama-sama, ataupun  aktiviti makan-makan di sesuatu tempat. Untuk tahun ini majoriti pilih untuk gathering di rumah sahaja. Sebab taknak penat sangat. Kalau gathering di luar macam picnic di sungai, lagi memenatkan sebab banyak benda nak kena uruskan. Pre Ramadhan tahun ini, pilih untuk buat potluck di rumah saya.




Untuk potluck, setiap family digalakkan bawak at least satu menu berat dan satu menu dessert. Menu yang saya prepare adalah order/ready made iaitu ayam panggang, cream puff dan cheese tart. Ada ajak mak, abah dan didi jugak join potluck since buat kat rumah saya. So mak pun ada bawak spaghetti bolognaise dan kuih seri  muka.





Aktiviti potluck geng Legend start dari pukul 3pm ke atas. Means start dengan high tea hingga ke dinner. Plan asal nak start dengan lunch. Tapi ramai yang dapat join petang. Tu untuk time tukar ke petang tu. Tapi bila start petang, kita pun jadi tak rushing.





Aktiviti kami makan dan membawang. Nampak macam gatering biasa tapi ini pun dah cukup merapatkan ukhwah kami sebab kami semua ni susah nak dapat berkumpul bersama-sama. Semua busy dengan urusan masing-masing. Yanie pun dah nak menunaikan ibadah umrah pada 1 Mac. Makan, bersembang & repeat sampailah dalam pukul 11am. Nasib baiklah buat hari Sabtu. Esoknya masih lagi cuti dan dapatlah nak rehat-rehat lagi. 

To sahabat Geng Legend, semoga ikatan persahatan kita kekal selamanya. Next gathering maybe iftar Bersama-sama. Kalau tak dapat iftar Bersama-sama, akan jumpa time baraan raya Geng Legend. Baraan Raya Geng Legend juga adalah aktiviti wajib Geng Legend setiap tahun.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment