Farid Belanja Makan Di Cili Kampung, Hartamas Sempena Mus Punya Birthday & Dapat Kerja Baru

Baru perasan tiap kalo godiks family keluar makan bersama-sama duk pilih tempat makan western. So makan makan godiks kali ni tukar selera dengan makan di kedai makan bercitarasa melayu pulak. Harusla back to root. Tempat makan nya adalah di Sri Hartamas iaitu Cili Kampung. Haaa confirm lah menu masakan melayu sebab nama kedai pun tersangatlah melayu.


Tempat ni Farid yang pilih dan juga belanja kami semua jugak. Katanya tempat ni pernah dikujungi oleh golongan ternama  dan berpengaruh.salah seorang nya adalah Vivy Yusof. Camne tau Vivi pernah makan di kedai makan ni. Dia ada tinggalkan signature nya di gambar yang tergantung di dinding kedai tu. Hmm bila kedai tu customernya adalah level Vivy Yusof boleh agaklah harga menu di situ.

kat gambar dinding ni la ada signature Vivy Yusof

Semua jenis lauk masakan melayu ada dijual di Cili Kampung. Untuk makan-makan kami, menu yang di order adalah Siakap, sotong sambal cili api, daging salai masak lemak cili api, siakap sambal cili api, ayam masak kicap dan telur dadar.





Rasa semua menu yang order kecuali telur dadar kenalah dengan nama kedai, semuanya pedas-pedas. Kecuali telur dadar tak pedas. Even ayam masak kicap pun pedas. Sebab saya ni tak kuat pedas, rasa pedas dah menguasai deria rasa saya. So just rasa pedas je. Tapi family feedback semua masakan sedap. Saya jela tak dapat menikmati kesedapan semua menu ni sebab rasa peds dah overpower rasa sedap.


Tapi jatuh cinta dengan air coconut shake.Rasa vanilla dan kelapa yang cukup pekat dan sedap. Dah dicampur dengan isi kelapa muda yang fresh dalam airnya. Sedap sangat sampai order dua kalilah air coconut shake cili kampung ni.

Coconut shake cili kampung sedap giler

Suka jugak dengan suasana dan enterior design dalam kedai Cili Kampung ni. Enterior design berkonsepkan tropikal dan jugak tradisional melayu. Sebab ada banyak hiasan pokok tiruan hijau dan hiasan kraf tangan. Cuma agak crowded la tempatnya.



Nak makan sini kena book dan bayar deposit RM100 dahulu. Then slot kita dapat tu boleh makan ikut masa yang diberi sahaja iaitu dalam sejam macamtu. Katanya supaya dapat beri customer lain pulak makan di situ. So tak boleh nak lepas lama-lama. Agak tak puasla tak dapat nak spend lebih masa di situ. Tempatnya cantik. Then rate kayangan lagi.

Apapun, thanks to Farid belanja kami semu makan di Cili Kampung. Dapat wonderful dine in experience makan di Cili Kampung. Next time belanja kami semua lagi. Ahaks.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. menu nampak menarik, kalau pedas kenalah dengan saya yang memang sukakan pedas ni

    ReplyDelete