Pembelajaran Anak Di Sekolah Lebih Selesa Dengan Kasut Sekolah Pallas

Sesi baru Darjah Tiga Dak Zafran start 20 March 2023. Jadi kena start dah la beli kelengkapan sekolah Dak Zafran. Kalau beli betul-betul time dah nak buka sekolah, jatuh time bulan puasa tu. Kalau dah nama bulan puasa, kena shopping untuk raya jugak. Taknak kalut di kemudian hari, duit habis sekali gedebok, kenalah start shopping kelengkapan sekolah sekarang.

Banyak barangan sekolah nak kena beli sebab ada yang dah tak muat.Ada yang rosak jugak. Salah satunya kasut sekolahnya lah. Untuk kasut sekolah, saya suka beli jenama Pallas.


Sangat suka kasut sekolah jenama Pallas. Kasut sekolah jenama Pallas dari zaman kita kecik lagi pun dah ada. Yeala ada sejak tahun 1979 kan iaitu tahun kasut jenama ini mula diperkenalkan. Ada sampai sekarang tu. Punya lama jenama ni bertahan. Padahal  jenama baru yang ada di pasaran sangat banyak bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Kenapa suka sangat dengan kasut sekolah jenama Pallas ni dan kenapa boleh bertahan sejak dari tahun 1979. Semestinya sebab kualinya lah dan juga mempunyai banyak ciri keistimewaan yang lain. Meh saya cerita satu-satu ciri keistimewaan kasut sekolah jenama Pallas ni.


First semestinya sebab Kasut Pallas mempunyai pengudaraan yang baik. Memang pentinglah untuk anak-anak kasut yang ada pengudaraan yang baik ni sebab barulah anak-anak dapat pakai kasut dengan selesa. Sebabnya kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik ni, kasut akan cepat kering dan udara mudah untuk keluar masuk. Jadi takdelah kaki anak-anak berpeluh dan membuatkan dia rengsa memakai kasut yang lama. Pembelajaran di sekolah juga tidak terganggu.

Kasut Pallas juga mempunyai sistem penyerapan hentakan. Feature ni lagilah penting untuk anak-anak termasuklah Dak Zafran sebab tahulah kan kanak-kanak kan aktif bergerak. Suka nak berlari je Bila ada kasut mempunyai sistem penyerapan hentakan ni kaki anak-anak kurang rasa penat dan sakit. Sebabnya kasut ini memberi perlindungan yang lebih baik daripada kesan berjalan pada sendi anak-anak.


Selain itu, terdapat Corrective insole pada kasut Pallas. Corrective insole adalah untuk memberikan sokongan kepada gerbang semula jadi kaki. Kesannya akan melegakan ketegangan pada otot kaki anak-anak semasa berjalan dan dalam keadaan berdiri lama. Bukan setakat itu sahaja. Kasut Pallas juga mempunyai “sokongan kepada gerbang” (Aarch Support) insole/cushion. Aarch support ini penting untuk anak-anak yang “high arch” atau “low arch/flat footed untuk dapat sokongan yg lebih baik dan selesa.

Bila dengar ada Kasut Pallas ada banyak ciri keistimewaan, mesti ingat kasut tebal dan juga berat kan. Sebab nak tamping banyak features. Ohhh tdak. Walaupun ada banyak features, tapi Kasut Pallas Masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ringan malah semua latest design lebih ringan berbanding model terdahulu. Memang anak-anak sukalah pakai kasut tak berat-berat ni.


Jadi apa lagi cepat-cepatkan dapatkan Kasut Pallas untuk anak-anak untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak seterusnya membantu anak belajar di sekolah dengan lebih focus. Kasut Pallas boleh dibeli di mana-mana pasarraya biasa atau di online store mereka di www.wow2wee.com


Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari di:


Webiste: https://www.pallas.com.my/

FB: https://www.facebook.com/PallasMalaysia/

IG: https://www.instagram.com/pallasmalaysia/


Share this:

CONVERSATION

14 comments:

  1. selesa kan kasut pallas ni? anak IQ pn suke pakai, selesa katanya, anak sulung radhia dah darjah 3 yer, kejapnya da besar pnjang

    ReplyDelete
  2. selesa,pilihan dr dulu, jenama lejen dah beli jugak tuk anak

    ReplyDelete
  3. Betul selesa dna tahan lasak kaut pallas ni

    ReplyDelete
  4. Cantik dan segak sungguh dak zafran pakai kasut pallas. Abg Qi pun beli jenama yang sama. Geng!

    ReplyDelete
  5. Pallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Wah bergaya sungguh Zafran dengan kasut sekolah Pallas ..

    ReplyDelete
  6. Selesa dan ringan kasut Pallas. Anak2 pun boleh belajar dgn selesa sbb kasut ni tak panas

    ReplyDelete
  7. Pallas menjadi pilihan sejak dulu. Tahan lasak pulak tu!

    ReplyDelete
  8. Anak-anak Kak Nina pun pakai kasut Pallas. Puashati ketahanan kualiti lasak nya. Berbaloi

    ReplyDelete
  9. Kami memang setia dengan pallas sejak dari zaman sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun kami pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!

    ReplyDelete
  10. Sama pilihan kita. Design Pallas sekarang pun dah makin trendy. Harga sangat berbaloi dan dari segi kualiti tu memang best la

    ReplyDelete
  11. lin pun belikan anak-anak kasut pallas tahun ni. Memang cantik dan berkualiti...

    ReplyDelete
  12. Tini pun sangat mempercayai kualiti kasut Pallas. Ia sememangnya pilihan utama untuk kasut sekolah anak-anak. Nampak trendy dan selesa je kan.

    ReplyDelete