Baru tahu dekat belah Klang sana iaitu di Pulau Carey ada water themepark rupanya. Yeala bila sebut pasal Klang ni bukanlah tempat yang keluarga akan pergi bercuti. Tapi sekarang dah ada waterpark iaitu Riverine Splash. Tapi di Pulau Careyla.
Water themepark nya pun boleh tahan best dan juga besar. Last time pernah dengar pasal tempat Pulau Carey ni just tahu ada hotel dan padang golf. Yeala Pulau Carey start dengan ada hotel dulu. Dah naik sedikit tempat ni, baru buat water themepark. Tapi dah lama dahla ada water themepark ni. Saya je baru tahun ni.
Tahu pun bukan tahu sendiri. Dari salah seorang member group keluarga suami-suami kastam. Ajak pi Riverine Splash untuk diskusi pasal percutian Pulau Redang dan sekalilah bercuti bersama-sama di Riverine Splash.
Ada banyak tarikan di Riverine Splash iaitu ada 12 kesemuanya. Tarikan yang paling budak-budak suka adalah kiddie beats pool. Sebab ada banyak jenis ride dan slide yang ada design dan cartoon yang menarik untuk kanak-kanak. Ada lagi water gun, dunk tank dan banyak lagi. Masa di Riverine Splash banyak spend di Kiddie Beats Pool je.
Then ada juga extreme slide. Tapi saya dan Kimchi naik satu jea. Dapat naik satu je pun dah cukup baik dah. Itupun boleh mintak tolong member jagakan budak-budak. Kalau percutian sendiri memang tak dapatlah main extreme slide. Sapa nak jagan tiga ketul kalau nak main extreme slide ni.
Nak naik extreme waterslide kena naik slide tower sampai atas. Then dari atas naik waterslide berpusing-pusing dengan naik tube. Boleh tahan nak tercabut jantung naik extreme waterslide ni. Dah turun gelongsor ni then cukuplah. Cukup dah syarat pergi waterpark. Then pergi ke tiga ketul untuk bermain air dengan diaorang pula.
Owh tak citer pasal tiket. Sekarang ni nak pergi tempat-tempat macamni, memang kena standbylah harga tiket lebih RM30/sorang. Tak akan dapat kalau nak taknak spend duit banyak kalau pergi tempat macamni. Harga tiketnya RM58/adult dan RM38/kids. Harga tiket yang kayangan. Tapi nasib baik best dan semua facilities di situ dalam keadaan yang baik.
Actually ada banyak lagi pool lain, ada pool yang ada ombak buatan, pool yang ada air terjun dan banyak lagi. Tapi tak pergi sangat pools ni sebab taka da ride yang boleh dimain. Hanya main air semata-mata. Lebih spend main di Kiddie Beats Pool sebab macam-macam waterslide dan ride boleh dimain di situ.
Facilities seperti toilet dan surau sangatlah bersih dan good condition. Café pun banyak jual makanan dan harga oklah. Kenalah kan jual variety of foods sebab tak boleh bawa makanan luarkan. Servis café pun ok. Oklah facilities di Riverine Splash ni.
Makan ice cream lepas dah penat main air. Kids memang have fun main air di Riverine Splash.Sememangnya kids sangat have fun main air di Riverine Splash ni. Lagi best compare yang kat Shah Alam. Just Bangi tak pernah sampai lagi. Kalau oklah kalau repeat lagi pergi Riverine Splash.
No comments:
Post a Comment