28 January 2023

Farid Belanja Makan Di Cili Kampung, Hartamas Sempena Mus Punya Birthday & Dapat Kerja Baru

Baru perasan tiap kalo godiks family keluar makan bersama-sama duk pilih tempat makan western. So makan makan godiks kali ni tukar selera dengan makan di kedai makan bercitarasa melayu pulak. Harusla back to root. Tempat makan nya adalah di Sri Hartamas iaitu Cili Kampung. Haaa confirm lah menu masakan melayu sebab nama kedai pun tersangatlah melayu.


Tempat ni Farid yang pilih dan juga belanja kami semua jugak. Katanya tempat ni pernah dikujungi oleh golongan ternama  dan berpengaruh.salah seorang nya adalah Vivy Yusof. Camne tau Vivi pernah makan di kedai makan ni. Dia ada tinggalkan signature nya di gambar yang tergantung di dinding kedai tu. Hmm bila kedai tu customernya adalah level Vivy Yusof boleh agaklah harga menu di situ.

kat gambar dinding ni la ada signature Vivy Yusof

Semua jenis lauk masakan melayu ada dijual di Cili Kampung. Untuk makan-makan kami, menu yang di order adalah Siakap, sotong sambal cili api, daging salai masak lemak cili api, siakap sambal cili api, ayam masak kicap dan telur dadar.





Rasa semua menu yang order kecuali telur dadar kenalah dengan nama kedai, semuanya pedas-pedas. Kecuali telur dadar tak pedas. Even ayam masak kicap pun pedas. Sebab saya ni tak kuat pedas, rasa pedas dah menguasai deria rasa saya. So just rasa pedas je. Tapi family feedback semua masakan sedap. Saya jela tak dapat menikmati kesedapan semua menu ni sebab rasa peds dah overpower rasa sedap.


Tapi jatuh cinta dengan air coconut shake.Rasa vanilla dan kelapa yang cukup pekat dan sedap. Dah dicampur dengan isi kelapa muda yang fresh dalam airnya. Sedap sangat sampai order dua kalilah air coconut shake cili kampung ni.

Coconut shake cili kampung sedap giler

Suka jugak dengan suasana dan enterior design dalam kedai Cili Kampung ni. Enterior design berkonsepkan tropikal dan jugak tradisional melayu. Sebab ada banyak hiasan pokok tiruan hijau dan hiasan kraf tangan. Cuma agak crowded la tempatnya.



Nak makan sini kena book dan bayar deposit RM100 dahulu. Then slot kita dapat tu boleh makan ikut masa yang diberi sahaja iaitu dalam sejam macamtu. Katanya supaya dapat beri customer lain pulak makan di situ. So tak boleh nak lepas lama-lama. Agak tak puasla tak dapat nak spend lebih masa di situ. Tempatnya cantik. Then rate kayangan lagi.

Apapun, thanks to Farid belanja kami semu makan di Cili Kampung. Dapat wonderful dine in experience makan di Cili Kampung. Next time belanja kami semua lagi. Ahaks.

15 January 2023

Had Adventurous Waterpark Fun At Riverine Splash, Amverton Cove With Family

Baru tahu dekat belah Klang sana iaitu di Pulau Carey ada water themepark rupanya. Yeala bila sebut pasal Klang ni bukanlah tempat yang keluarga akan pergi bercuti. Tapi sekarang dah ada waterpark iaitu Riverine Splash. Tapi di Pulau Careyla. 

 

Water themepark nya pun boleh tahan best dan juga besar. Last time pernah dengar pasal tempat Pulau Carey ni just tahu ada hotel dan padang golf. Yeala Pulau Carey start dengan ada hotel dulu. Dah naik sedikit tempat ni, baru buat water themepark. Tapi dah lama dahla ada water themepark ni. Saya je baru tahun ni.

 

Tahu pun bukan tahu sendiri. Dari salah seorang member group keluarga suami-suami kastam. Ajak pi Riverine Splash untuk diskusi pasal percutian Pulau Redang dan sekalilah bercuti bersama-sama di Riverine Splash.


 

Ada banyak tarikan di Riverine Splash iaitu ada 12 kesemuanya. Tarikan yang paling budak-budak suka adalah kiddie beats pool. Sebab ada banyak jenis ride dan slide yang ada design dan cartoon yang menarik untuk kanak-kanak. Ada lagi water gun, dunk tank dan banyak lagi. Masa di Riverine Splash banyak spend di Kiddie Beats Pool je.



 

Then ada juga extreme slide. Tapi saya dan Kimchi naik satu jea. Dapat naik satu je pun dah cukup baik dah. Itupun boleh mintak tolong member jagakan budak-budak. Kalau percutian sendiri memang tak dapatlah main extreme slide. Sapa nak jagan tiga ketul kalau nak main extreme slide ni.

Nak naik extreme waterslide kena naik slide tower sampai atas. Then dari atas naik waterslide berpusing-pusing dengan naik tube. Boleh tahan nak tercabut jantung naik extreme waterslide ni. Dah turun gelongsor ni then cukuplah. Cukup dah syarat pergi waterpark. Then pergi ke tiga ketul untuk bermain air dengan diaorang pula.  

 

tengah queu nak naik extreme waterslide

Owh tak citer pasal tiket. Sekarang ni nak pergi tempat-tempat macamni, memang kena standbylah harga tiket lebih RM30/sorang. Tak akan dapat kalau nak taknak spend duit banyak kalau pergi tempat macamni. Harga tiketnya RM58/adult dan RM38/kids. Harga tiket yang kayangan. Tapi nasib baik best dan semua facilities di situ dalam keadaan yang baik.

Actually ada banyak lagi pool lain, ada pool yang ada ombak buatan, pool yang ada air terjun dan banyak lagi. Tapi tak pergi sangat pools ni sebab taka da ride yang boleh dimain. Hanya main air semata-mata. Lebih spend main di Kiddie Beats Pool sebab macam-macam waterslide dan ride boleh dimain di situ.









 

Facilities seperti toilet dan surau sangatlah bersih dan good condition. Café pun banyak jual makanan dan harga oklah. Kenalah kan jual variety of foods sebab tak boleh bawa makanan luarkan. Servis café pun ok. Oklah facilities di Riverine Splash ni.

Makan ice cream lepas dah penat main air. Kids memang have fun main air di Riverine Splash.
 

Sememangnya kids sangat have fun main air di Riverine Splash ni. Lagi best compare yang kat Shah Alam. Just Bangi tak pernah sampai lagi. Kalau oklah kalau repeat lagi pergi Riverine Splash.

7 January 2023

A Holiday At Avillion Admiral Cove, Port Dickson Was Beyond My Expectations

Previously ada beli travel voucher promo Avillion dari member. Semua geng legend pakat beli voucher ni sebab boleh guna untuk bercuti Bersama-sama. Harganya RM150/night. Time tu rasa murah sangatlah sebab hotel Avillion tu. Asal sebut Avillion ingat Avillion water chalet 4 star tu. Rate paling murah RM400++.

 
Rupanya Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Baru tahu ada Avillion satu lagi di PD jugak tu yang selain water chalet. Avillion Admiral Cove bukan water chalet. Apartment Hotel dan 3 stat. Kalau tengok rate di salah satu travel booking website, rate nya dalam RM160++. Owh dapatlah diskaun beberapa puluh ringgit kalau guna voucher Yanie. Tak apalah yang penting bercuti Bersama-sama dengan kawan-kawan untuk mengukuhkan lagi ikatan ukhwah among sahabat geng legend. Tempat penginapan letak belakang.

 

 

Actually Avillion Admiral Cove pun sangat melebihi my expectation. Best jugak hotelnya. Avillion Admiral Cove juga ada di Pangkor dan juga Cameron Highland. Actually lagi haha. Previously yang percutian Pangkor dengan Geng Legend, plan asal nak check in Avillion Admiral Cove Pangkorlah. Dah book semua then tinggal beberapa hari sebelum hari nak pi, keluarga Yanie ada kena Covid. Book bilik guna apps account Yanie. Makanya tak dapatlah check in di Avillion Admiral. Dan kena check in hotel lain iaitu Hornbill Resort. Resort yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata condition nya. Huhu.



 
Banyak jugak cerita di sebalik percutian nak guna voucher Yanie. Apapun ikatan kami jadi lebih utuh dan kami sangat have fun.

Ok berbalik pada Avillion Admiral Cove, PD. Kenapa saya cakap beyond ny expectation. Actually saya dah tak mengharap lebih on this hotel sebab banyak kali tak dapat nak guna voucher beli dari Yanie ni. Dan at the end salah Avillion pulak tu. So just fikir nak bercuti dengan kawan-kawan je.



Bila check in, tengok hotel ni agak besar. Betul-betul menghadap laut. Sangat suka persekitaran macamni. Then di sekelilinh hotel ni ada disediakan walking route yang dapat melihat permandangan laut. Route nib oleh untuk jalan kaki dan nak main basikal pun boleh. Haa Avillion Admiral ada sediakan servis sewa basikal kalau nak main. Tapi tak sempat main sebab masa tight sangat.



 
Swimming pool pun sama best. Exterior design swimming pool sangat cantik. Ada dua pool. Satu untuk dewasa yang dalam satu lagi untuk kids. Then ada jambatan di tengah swimming pool. Cantik untuk OOTD di situ. Di pool dewasa siap ada bench di dalam pool. Dapatlah duduk di bench untuk bersembang sambil berendam. Pool pun menghadap laut. Haa di hotel ni jugak tempat parking kapal layer. Dapatlah tengok jugak kapal-kapal layer mewah berlabuh di tepi laut. Budak-budak sangat seronoklah mandi kolam hotel ni.

  


 

 



 
Untuk bilik yang kami dapat pulak yup beyond my expectation. Bilik sangat besar. Ada dua katil queen besar. Bilik air pun luas. Ada sofa dan balkoni jugak. Tapi balkoni kami tak menghadap laut. Menghadap bangunan pulak. Tapi balkoninya tak berapa bersih. Bilik bersih.


 
Berdekatan hotel ini, ada pantai. Fuhh nasib baik. Dak Zafirah asyik duk sebut nak main sandcastle. Tapi nak kena berjalan sedikit kalau nak pergi pantai. Tak apalah berjalan sedikit asalkan Dak Zafirah dapat main pasir. Pantainya tak ramai orang. Tapi banyak sampah sedkit pantai ni.





 


So sememangnya best Avillion Admiral Cove, Port Dickson dan sangat beyond my expectation. Yang paling penting dapat bercuti besama-sama dengan sahabat geng legends dan kids had fun.