Dua perkara perlu dititikberat sebelum beli rumah pertama
Ada terbaca satu sharing oleh agen hartanah di tiktok beliau review rumah mewah Shuk yang bernilai RM1.2 juta. Beliau mengongsikan Shuk begitu all out renovate rumahnya kerana nampak sangat mewah dan cantik. Tetapi terpaksa dijual sebab nak bayar cukai LHDN, hutang kad kredit, hutang bank dan etc. Shuk start tidak mampu meneruskan membayar loan rumahnya kerana kewangannya terjejas yang salah satu puncanya dari pandamik Covid 19. Punca lain saya taknak sentuh.
Sebab itu sebelum nak beli apa-apa hartanah termasuklah rumah pertama iaitu hartanah yang semua orang target nak miliki, first thing first kena buat tentukan bajet kewangan kita dahulu. Dari pendapatan kita sekarang, kita boleh anggar berapa banyak kita boleh allocate untuk bayar loan hartanah. Kalau nak kira berapa monthly installment kena bayar based on bank interest rate, loan dan etc, boleh kita di Kalkulator Pengiraan Pinjaman Rumah. Kat calculator ni kita boleh agak-agaklah, cukup ke tak pendapatan kira selepas dah tahu monthy installment kena bayar.
Pendapatan kita selepas dah tolak monthly installment dan juga komitmen lain, ada balance tak untuk saving pulak. Kena ada allocate untuk saving atau tabung kecemasan. Tabung kecemasan ni sangat penting untuk diguna untuk perkara-perkara yang tak dijangka macam Covid-19 ni lah. Habis ramai terkesan sebab pandemic Covid-19 termasuklah Shuk.
Yang kedua kena ambil kira kalau nak beli hartanah adalah lokasi. Ramai pembeli hartanah, dapat dah hartanah yang kosnya dalam linkungan bajet tapi lokasi pulak out. Jauh dari tempat kerjalah, tak banyak kemudahan, jem teruk dan macam-macamlah. At the end rumah yang dah dibeli tak dapat didiami sebab lokasi tak strategik. So lokasi pun penting untuk dittikberatkan sebelum nak beli rumah.
Jadi inilah dua tips yang bagi saya sangat penting untuk dititikberatkan sebelum nak beli hartanah. Saya pun masa nak beli rumah pertama dengan husband, memang dua perkara ni tak terlepas dari fikiran saya. Alhamdulillah, selamat dah memiliki rumah pertama tanpa mengalami masalah yang serius.
Harga rumah pun tersangatlah mahalnya sekarang
ReplyDelete