Grandma tiga ketul rasa ralat sedikit dengan tiga ketul sebab tiga ketul tak dapat mandi sungai masa bercuti di Tanjung Hill. Kat Tanjung Hill ada sungai tapi time nak pergi mandi, deras pulak. Sebab baru lepas hujan.Aktiviti mandi sungai pada hari kedua di Tanjung Hill. Ikutkan kalau mandi masa hari pertama, dapatlah mandi sebab tak deras sangat. Tapi hari pertama main atv dulu dan terdrag sampai ke maghrib. Jadi dua-dua tak dapat mandi sungai.
Grandma rasa serba salah dengan cucu-cucunya sebab cucu cucunya duklah berzikir nak main air. So, dua minggu selepas percutian di Tanjung Hill, grandma ajak berkelah di Air Terjun Serendah. Grandma siap prepare makanan untuk lunch untuk aktiviti berkelah. Dan pilih Serendah sebab dekat dari rumah kami di Saujana Utama.
Dari
PJ, singgah ambik kami di Saujana dahulu. Kimchi tak dapat ikut sebab
demam panas. Dari Saujana Utama ambil masa setengah jam untuk sampai Air
Terjun Serendah. Sebelum sampai Air Terjun Serendah, akan jumpa
perkampungan orang asli dahulu. Comel-comel semua rumah orang asli. Then
ternampak toilet orang asli. Erhmm. Nasib baik air terjun nak mandi
kena pi atas lagi. Huhu.
Dah sampai area Air Terjun, sampai
agak awal sebab dapat port berkelah yang best dan strategik. Dapat port
yang tak jauh dari tempat part kereta. So tak jauh nak angkut barang.
Pastu port kami ada pokok besar yang kami boleh duduk bawahnya. Dapat
port redup. Tapi port kami penuh sampah. Taknak spoil mood berkelah,
bersihkan dulu. Sia pada botol arak kaca tu. Nasib baik tiga ketul tak
terpijak. Port kami pilih jugak ada pasir sungai yang Zafirah dan Zayden
boleh main. Nasib baik bawa alat main pasir pantai tu.
Air
sungai perghhh sejuk giler tapi tak laju. Just nice. Tapi still kena
pegang Zafirah dan Zayden bila berada dalam sungai sebab badan kecik.
Budak-budak especially Zafran memang seronoklah dapat mandi
sungai.Maknya dapat healing jiwa dan raga dengan lihat persekitaran
pohon-pohon hijau di sambal rendam kaki dalam air sungai.
Actually port kami jauh sedikit dari air terjun. Air terjun ni kiranya signature kepada tempat ni. Dah nama signature memang ramailah yang nak duduk kat port dekat dengan air terjun. Kami dapat port yang dekat dengan air sungai pun ok dah untuk kami. Pastu dekat dengan kereta jugak. Kalau port kat air terjun kena berjalan jauh sedikit dari kereta. Memang taklah nak berjalan jauh. Denga nada tiga ketul dan kena carry banyak barang.
Untuk
lunch grandma masak ayam masak merah dan nasi. Sup ayam untuk Zayden
dan Zafirah. Sedap betul makan lepas beredam dalam air sungai macam baru
keluar dari peti ais ni. Berkelah sampai pukul 12 tengahhari macamtu.
Then bersiap untuk balik.
Thankslah
grandma melepas kan hajat mandi sungai tiga ketul mandi sungai yang
tidak kesampaian masa bercuti di Tanjung Hill haritu. Tiga ketul had fun
sangat-sangat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHot air fryers utilize warmed air rather than hot oil to cook food.
ReplyDeletehttps://airfryermaster.com/