6 November 2022

Main ATV di Dinda ATV, Janda Baik Buat Semua Happy

 Percutian di Tanjung Hill, Janda Baik baru ni suppose just buat aktiviti duduk santai di rumah panjang sambil menikmati alam semula jadi. Tapi ada jugak tu diselitkan dengan aktiviti main ATV. Tak terfikir dalam kepala pun nak main ATV time percutian keluarga keluarga di Janda Baik tu. 


 
Yeala, semua peringkat umur kan yang join percutian ni. Ada yang umur 50s macam mak, abah dan Maklang. Main ATV n ikan aktiviti dak dak muda. Mana datang idea tunggang ATV ni. Of coursela datang dari yang berjiwa young, wild and free iaitu Dak Mus. Dak Mus kata kalau percutian ni haruslah diisi dengan aktiviti lasak. Barulah lagi memorable. Iyola Mus.

 
Mus yang arrange everything untuk book slot main ATV. Main ATV di Dinda ATV. Harganya RM100/single dan RM200/double. Mak, abah, saya & Kimchi, Maklang dan Najla ambil double ride. Yang double ride ni geng ada penunggang yang malas nak bawak ATV. Sayalah salah seorang nye. Ahaks. Of coursela tak boleh bawak ATV. Ada Dak Zayden kan kena pegang.

 
Main ATV pada hari pertama di Tanjung Hill. Sampai je Tanjung Hill, terus bersiap nak pergi ke lokasi main ATV. Tapi lokasi yang kami kena berada tu adalah pick up point di mana ATV crew ambil kami naik 4WD untuk ke tempat Dinda ATV. Tak boleh naik kenderaan sendiri untuk ke tempat ATV tu sebab bahaya. Jalan tak berturap, kecil dan naik bukit tinggi. 4WD je yang mampu melalui jalan ni dan dipandu oleh pemandu yang bertauliah.

4WD yang kami naik untuk ke Dinda ATV dari pick up point
 


Dah sampai ke lokasi ATV, terus pakai helmet dan semua pilih ATV untuk dipandu. Ada sesi taklimat oleh crew ATV untuk Langkah keselematan dan cara pemanduan. ATV trip kami ada tiga crew yang join ATV trip kami. Boleh bawak slow slow je sebab ada pemandu yang umur 50s iaitu abah. 

 

Bila dapat laluan yang sukar dan mencabar macam kena naik dan turun bukit  tinggi, , redah sungai yang ada halangan batu besar, crew kena turun padang untuk tolong abah. Supaya abah boleh melepasi halangan sukar ni. Terbaiklah servis yang diberikan oleh Dinda ATV crew. Sangat professional. Teruk macam mana pun penunggang ATVnya punya driving, diaorang akan make sure kami semua ride dengan baik dan dapat memperolehi pengalaman naik ATV yang menyeronokkan.



 


Level ATV yang kami ambil ni adalah easy track sebab penunggang ada banyak peringkat umur dari baby hinggalah almost warga emas. Easy track pun dah cukup mencabar bagi kami. Macam-macam halangan kena lalui. Drive di laluan berliku-liku, laluan berlopak, sungai yang ada batu sungai, drive dan turun bukit tinggi dan etc. Kalau ambik extreme track, takut tak habis pusing je track extreme ni. Huhu. Crew tu bagitau kalau extreme siap ada kena bawak atv atas kayu balak dan etc. Fuhh dengar pun terasa mencabar. Belum betul-betul ride di extreme track ni.

 pit stop di puncak bukit 


Budak tiga ketul memang enjoylah naik ATV. Tak menangi langsung walaupun banyak kali ada kena laluan yang ada bouncing. Permandangn sepanjang ATV track kami pun sangat mendamaikan. Paling best ada redah sungai dan kena melepasi batu sungai. Sangat melibatkan adrenalin rush bila nak kena drive melepasi batu besar dalam sungai tu.

Bergambar dengan Dinda ATV crew
 


Kami start main ATV dalam pukul 4pm. Habis dalam pukul 6:30 petang. Sangat berbaloi spend RM100/pax sebab sangat dapat pengalaman main ATV yang best. Then servis dari Dinda ATV pun terbaik. Kalau ada nak repeat main ATV di Janda baik, memang akan main ATV di Dinda ATV lagi.

No comments:

Post a Comment