Jalan Santai di Colmar Tropicale dan Japanese Village, Bukit Tinggi Untuk feeling Oversea
Lepas tamat Percutian Gediks Family dan sebahagian Enon Clans di Janda Baik, ramai yang nak singgah Colmar Tropicale Bukit Tinggi pulekk. Bukit Tinggi kan otw ke KL. Since semua nak hala KL dan dah tak apa-apa plan lepas check out Tanjung Hill, so sambung berjalan di Bukit Tinggi pulak. Sememangnya semuanya kaki berjalan. Iolss yang kaki berjalan on ja. Lagipun tiga ketul tak pernah sampai Colmar Bukit Tinggi lagi.
Kali terakhir saya sampai Bukit Tinggi tahun 2012. Tu second time saya sampai Bukit Tinggi dan pergi dengan family Gediks dan Induk ada join jugak time. First time tahun 2010 kot dengan Kimchi. Belum kahwin lagi. Pi dating situ.
Nak masuk Colmar Tropicale Bukit Tinggi kena bayar RM16/pax untuk dewasa dan RM8/pax untuk kanak-kanak. Sampai sana, cuaca agak best time tu. Redup dan berangin je. Colmar ni pulak Resort bertemakan French. Lagilah menambahkan feeling berada di Europe pada musim sejuk.
Tempatnya maintain cantik sama macam pernah sampai 10 tahun dahulu. Yeala tiket masuk pun pricey. Tak maintain gak memang kena kecamlah.
Yang
bestnnya dah ada kedai yang rakyat marhaen macam haku nib oleh pergi.
Macam yang pergi 10 tahun dahulu just ada café yang harga makanannya
sangat kayangan. Mampu tengok dari luar café je. Nak makan paling
nearest, kena pi makan di R&R Genting Sempah. Now dah ada 7e.
Pastu ada jugak Kedai Pastry iaitu Boulangerie. Harga ok lagilah. Kena pau dengan tiga ketul tak adalah ketar nak bayar. Satu lagi starbuck pun ada. Yeala sampai bilalah just ada kafe kayangan tu je yang T20 je mampu. T20 pun tak bercuti di Bukit Tinggi. Bukak 7e kat situ dapatlah B40 dan M40 beli kudapan-kudapan.
Dah
kat Colmar Bukit Tinggi, memang duk bergambar ajealah kat situ.
Bangunan di situ berwarna-warni, jadinya banyaklah port cantik untuk
bergambar. Panjat jugak Menara Colmar. Tapi yang naik Menara just kami
sekeluarga je. Sebab tiga ketul nak naik sangat. Yang lain tak mau join
sebab kena naik tangga.
Dah berjalan-jalan di Colmar, then pergi Japanese Village pulak. Abah tak mampu join sekali pi Japanese Garden. Sebabnya dari parking kena naik 200 lebih anak tangga. Dah naik tangga, kena panjat bukit pulak. Mak tak konpiden dengan tahap kesihatan jantung abah. So better tunggu jeala di parking.
Taman
yang landskap nya terasa berada di jepun. Banyak pokok-pokok kecik. Ada
sungai buatan manusia yang ada ikan koi. Ada replica rumah Jepun jugak.
Kat rumah Jepun boleh nak sewa pakai baju kimono. Time pergi tu, taka
da pulak. So just bergambar jeala.
Dah
habis pusing, then kembali ke dunia nyata dengan balik rumah.
Jalan-jalan di Colmar Bukit Tinggi ni best time cuaca tak panas dan
berangin. Terasa seperti di negara Eropah. Kalau panas terik better
jalan-jalan tempat percutian di KL je. Dengan harga tiket yang lebih
kurang sama, lepas je pergi Bird Park, Butterfly Park dan etc. Pun boleh
dapat jugak pengalaman percutian yang menyeronokkan. Then tak banyak
aktiviti boleh dibuat di situ jugak. Tempat tu tak besar. Boleh habis
pusing dalam setengah hari je.
Apapun convenience store untuk rakyat marhaen yang ada dibuka di Colmar Tropicale Bukit Tinggi dah menjadikan lebih best untuk pergi, compare 10 tahun dahulu.
Seni bina bangunan2nya nampak unik
ReplyDeleteCool family trip
ReplyDeletedah lama juga saya tak ke sana tapi nampak semuanya masih sama
ReplyDelete