My 35th Birthday Celebration At Mozer's, Bukit Jelutong With Family
Untuk sambutan harijadi saya yang ke 35 yang jatuh pada tahun ini, saya minta Kimchi bawa belanja makan saya dan gediks family di Mozer’s Bukit Jelutong. Tiba-tiba terasa rindu nak makan makanan arab yang sedap. Tu sebab pilih restoran Mozer’s tu. Pernah makan di restoran ni beberapa kali masa kerja di ALH dulu. Memang guarantee tau makanan masakan arab di restoren sedap.
Restaurant ni dah expand. Ada tambah lagi satu lot kedai. Enterior deco pun dah bertambah cantk. Sejuk je mata menikamti deco restaurant ni.
Gediks family pun turut bersetuju dengan saya selepas merasa makanan yang diaorang pilih. Saya order yang ada wrap, yang taka da nasi. Saya suka betul makanan yang berasakan wrap dan kebab ni. Saya order Grilled Beef Cubes. Meal say ani ada fries jugak. Saya memang seboleh-bolehnya pilih meal yang ada fries. Supaya boleh Dak Zafirah dan Dak Zayden makan. Yang best meal saya order ni ada yang saya nak iaitu wrap dan ada yang dua ketul suka iaitu French fries.
Untuk dessert order churros. Rasanya maintain sedap dari dulu. Walaupun ada empat ketul tapi besar churronya. So boleh seketul boleh dua orang makan. Dipping sauce adalah caramel dan coklat.
Churros
Order jugak classic chocolate cake. Nama pun sambut birthday kan. Kenalah ada cake untuk pelengkap sambutan harijadi. Mintak lah tulis birthday wih di atas kek. Tapi lepas pilih di kaunter, ingat dia hantar camtu je kat meja. Rupanya kek itu siap diletak lilin yang bernyala dan waiter terus nyanyikan lagi birthday. Terus family ikut nyanyi jugak. Aduii malu sekejap bila semua tertumpu pada kau walaupun sekejap je pun. Ahaks.
Terubat rindu makan makanan arab di Mozer’s. Thanks Kimchi belanja saya dan Gedik Family di Mozer’s. Moga bertambah-tambah rezeki lagi supaya boleh belanja banyak-banyak lagi. Ehhh. Haha.
0 comments:
Post a Comment